Sumber Foto : Instagram Diana Amir

Mohon sahabat berhati mulia doakan, begitulah antara ungkapan yang diluahkan oleh pelakon Diana Amir tentang dirinya yang kini sudah berniqab.

Mohon Sahabat Berhati Mulia Doakan

Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Instagramnya, Diana akui dirinya berasa segan apabila hendak memberi kupasan tentang dirinya.

Namun menerusi ruangan komen ternyata ramai rakan-rakan selebriti dan juga pengikut setia Diana begitu terharu dan mendoakan Diana terus istiqamah.

“MasyaAllah hebat, moga Allah kuatkan diana untuk terus istiqomah berniqab sampai bila-bila aamiin. Moga ada rezeki saya juga untuk jumpa dan bersahabat dengan diana,” begitulah antara doa dari pengikut di Instagram menerusi akaun shahirahmuhamad92.

Segan Nak Kupas Isu Niqab

Diana sendiri akui dirinya juga berasa segan untuk memberi kupasan mengenai isunya berniqab. Namun dia mohon sahabat untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“#BismillahiMashaAllah

IKLAN

“Sebenarnya saya segan nak kupas isu niqab ni, kalau ada org tanya saya hanya minta mereka doakan saya.

“Jadi mohon sahabat-sahabat yang berhati mulia doakanlah saya yang banyak lagi nak belajar ni diberi kefakihan agama, taufiq dan hidayah daripada Allah SWT, Amin Ya Mujib.

“Bersangka baik dengan Allah”

“Harini Allah test saya dengan apa yang saya sampaikan.

“Sebenarnya pagi ni saya dapat dua berita yang mendukacitakan. Something out of my control happened but it is affecting me in a big way. Tak boleh nak share news apa tapi sy nak share apa yang saya tengah fikir.

IKLAN

“Seperti biasa saya akan tanya tuan guru yang mulia dan yang saya sayangi, al- fadhil encik suami apa pendapat beliau.

“He shared, “tiada apa yang berlaku tanpa izin Allah, walaupun perkara itu bagi kita sesuatu yang buruk dan pastinya kita tidak suka.

“Tapi ia perlu berlaku untuk kita dan orang sekeliling ambil pengajaran”.

“Sedang Nabi Muhammad SAW diuji dengan pelbagai tohmahan, kesakitan yang jika dibanding ujian pada diri ini tidak terbanding, namun Nabi terus sabar dan menyebar dakwah kerana sayang yang sangat tinggi pada ummat.

“Dugaan Ini Kecil Sahaja InsyaAllah.

“Jika ini yang terbaik untuk berlaku padaku pada saat ini, berikanlah kesabaran, redhailah aku dan berikanlah jalan keluar daripada musibah, Ya Allah.

IKLAN

“Saya harap anda semua yang berhati mulia doakan saya dan keluarga. Sesungguhnya hidup ini pentas ujian, semoga kita berjaya dan kembali padaNya dengan husnul Khatimah..

“Semoga anda yang sedang diuji juga diberi rasa tenang, kesabaran dan jalan keluar daripada musibah, amin! Wallahua’lam,” luah Diana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir)

Menarik Lagi : Diana Amir Kongsi Resipi Pancake Simple Tapi Sedap! Dah Jadi Menu Breakfast Wajib Setiap Hari

Mingguan Wanita: Semoga Diana diberi istiqomah dalam berniqab dan dijauhi dengan segala musibah.

Sumber Foto : Instagram Diana Amir

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita