Misi Sumud Flotilla ke Gaza diuji serangan drone, Farah Lee mohon doa orang ramai. Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang dalam perjalanan menghantar ubatan dan makanan menuju Gaza dilaporkan berdepan serangan drone di perairan antarabangsa awal pagi tadi.
Insiden serangan dan pengeboman ini tidak menyebabkan kecederaan serius dan ia lebih kepada psikologi sahaja namun menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan sukarelawan termasuk personaliti media sosial, Farah Lee yang berkongsi situasi terkini misi kemanusiaan ini di instagram miliknya.
Ads
Dilaporkan lebih 15 drone berlegar sebelum menjatuhkan objek yang mencetuskan letupan kecil ke atas sekurang-kurangnya empat kapal termasuk Spectre. Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan dipercayai sebahagian perang psikologi juntuk melemahlan semangat sukarelawan.
Ads
Berkongsi situasi terkini serangan drone ini, Farah Lee berkata, kedengaran bom dan letupan di sekeliling kapal mereka.
“Doakan kami semua atas misi ini,” jelasnya yang berkongsi situasi terkini misi kemanusiaan itu. Dalam pada itu dilaporkan, ada sukarelawan menulis serangan bom itu mungkin kecil berbanding apa dilalui oleh warga Gaza yang dibom setiap hari oleh zionis laknatullah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jantung kanak-kanak dipukul dengan tukul terhenti 14 minit, keluarga rayu doa buat Ammar. Keluarga kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cedera parah selepas dipukul dengan tukul kini melalui detik getir apabila mangsa masih berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) selepas enam hari dirawat.
Ibunya, Nur Ayuni Mohd Kamaruzaman, 29, memaklumkan pihak perubatan ada memberitahu bahawa jantung anaknya, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, terhenti seketika kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Menurutnya, pasukan perubatan sedang berusaha sebaik mungkin menyelamatkan Ammar yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.
Sementara itu, bapanya, Muhammad Badrul, merayu orang ramai agar mengadakan solat hajat dan berdoa untuk kesembuhan anak sulungnya yang mesra dipanggil ‘Abe’.
Katanya, dirinya buntu dan sukar menerima berita apabila dimaklumkan jantung Ammar terhenti selama 14 minit pagi tadi.
“Saya tak boleh nak bercakap sekarang, fikiran saya tidak tahu ke mana dah,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Dalam tragedi yang berlaku Khamis lalu di sebuah rumah kedai di Pasar Jelawat, Bachok, Ammar dilaporkan menerima lebih 50 jahitan selepas diserang bapa saudaranya berusia 46 tahun menggunakan tukul.
Akibat kejadian itu, tempurung kepalanya retak di beberapa bahagian selain otaknya turut mengalami bengkak dan luka.
Manakala suspek yang menyerangnya kemudian ditemui meninggal dunia di Pantai Melawi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi insiden berkenaan.
“Umi jangan menangis, Alawi reda dengan apa yang Allah beri sebab penyakit ini makhluk Dia juga.” Itulah kata-kata yang lahir daripada hati seorang pelajar tahfiz, Muhammad Alawi Mohd Turmadzi, 18, selepas disahkan menghidap penyakit jantung jarang jumpa dikenali sebagai sindrom Brugada.
Menurut ibunya, Khadijah Mohamad Nor, 42, penyakit itu mula dikesan pada Disember lalu apabila anak sulungnya tiba-tiba pengsan di bilik air sehingga kepalanya terhantuk.
“Hasil pemeriksaan ECG menunjukkan bacaan jantungnya tidak normal sebelum doktor mengesahkan Alawi mengalami sindrom Brugada, iaitu gangguan genetik pada fungsi elektrik jantung yang boleh menyebabkan kematian mengejut,” jelasnya.
Tambah Khadijah, pada Jun lalu anaknya telah menjalani pembedahan memasang alat implantable cardioverter defibrillator (ICD) di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Prosedur berkenaan menelan kos RM45,000. Syukur, kos bateri ditanggung syarikat pengeluar, Boston Scientific, sementara bil hospital dapat diselesaikan dengan bantuan Tabung Kasih HAWANA.
Walaupun rutin harian keluarga tidak banyak berubah, mereka kini lebih berhati-hati kerana demam atau sakit kepala biasa boleh mencetuskan serangan jantung kepada Alawi. Katanya lagi, cabaran terbesar adalah dari segi kewangan, namun doa, solat dan amalan sedekah menjadi kekuatan untuk mereka sekeluarga.
Khadijah menzahirkan harapan agar anaknya yang akan menduduki peperiksaan SPM lebih awal tahun ini dapat menjalani kehidupan normal seperti remaja lain, sekali gus menjadi anak soleh yang dapat memimpin keluarga ke syurga.
Hasrat ‘healing’ bertukar tragedi, isteri maut, khemah dihempap pokok tumbang. Hasrat pasangan suami isteri untuk menenangkan fikiran dengan aktiviti perkhemahan bertukar tragedi apabila khemah mereka di tapak perkhemahan Pulau Santap, Janda Baik, ditimpa pokok tumbang pada pagi Jumaat.
Dalam insiden sekitar jam 7.30 pagi itu, Herini Mohammad Ali, 38, berasal dari Banting, Selangor, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Suaminya, Koperal Saidi Long, 43, memberitahu mereka memilih untuk berkhemah buat kali pertama bersama dua keluarga lain atas cadangan doktor agar isterinya yang mengalami masalah hormon tiroid dapat berehat dan menikmati suasana alam.
“Kami pertama kali datang berkhemah di sini dengan dua keluarga lain dan aktiviti ini pun atas saranan doktor kerana isteri memerlukan rehat dan menikmati alam semula jadi kerana masalah hormon tiroid yang dihidapinya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Bentong.
Menurut Saidi, sewaktu kejadian beliau bersama isterinya dan anak mereka, Muhammad Iman Syahfie yang berusia tujuh tahun sedang tidur di dalam khemah.
“Khemah kami terletak di hujung sekali. Sebelum kejadian, cuaca dalam keadaan baik tanpa hujan, angin atau ribut.
Saya dengar bunyi dahan patah, tidak sangka kena khemah kami. Sekelip mata saja berlaku, anak saya menjerit ketakutan. Saya cuba kejutkan isteri, tapi dia tidak memberi sebarang respons,” jelasnya.
Dalam suasana panik itu, rakan-rakan perkhemahan lain segera membantu dengan memotong dahan yang menimpa khemah sebelum berjaya mengeluarkan mereka bertiga.
“Mereka tarik keluar anak saya dulu, kemudian saya. Saya pun tidak berdaya kerana bahu patah dan tulang rusuk retak.
Sebelum ditarik keluar, saya sempat menarik kaki isteri tapi tetap tiada respons. Masa itu saya ingat dia masih tidur tapi tidak sangka dia sudah tiada,” katanya sebak.
Kejadian itu menyebabkan Saidi mengalami patah bahu dan retak tulang rusuk di bahagian kiri, manakala anaknya hanya mengalami cedera ringan di kaki.
Beliau menambah, mereka sebenarnya merancang pulang pada Khamis, namun menangguhkan kepulangan ke Jumaat tengah hari selepas berada di tapak perkhemahan sejak Isnin.
Sepanjang berada di lokasi tersebut, tiada perubahan sikap ditunjukkan arwah isterinya yang kekal ceria seperti kebiasaan. Jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Olak Lempit, Banting untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.