sembelit

Sembelit ketika berpantang antara masalah yang paling ditakuti oleh kebanyakan ibu. Ada yang masih seriau selepas melahirkan bayi, takut tersilap teran luka jahitan akan terbuka.

Lagi parah kalau si ibu ada sejarah buasir, tambah seram jadinya. Nak pula makanan tak boleh bedal sebarangan, kenalah pandai pilih makanan berkhasiat.

Tapi dalam situasi berpantang pun, ada ibu yang gigih niat nak kurus, jadi nak BONUS dua dalam satu itu, anda boleh amalkan petua yang dikongsi oleh Puan Nurul Moleek Cereprove‎ ini…

Saya sudah cuba minum setiap malam, pukul 7 mula minum dan akan enyang sampai nak tidur. Cerita sembelit tak payah ceritalah sebab terus hilang. Lagi best susu makin meriah dan anak akan kenyang, tidaklah meragam… lena tidurnya!

Nak tahu tahap mana bagus petua ini, sila sediakan bahan dan buat sendiri.

Bahan-bahan:

1 biji epal hijau

2 biji kurma

IKLAN

1 sdt serbuk Kayu Manis Ceylon

1 gelas susu (saya pilih susu berkrim tu sebab rasa lemak lagi sedap. Nak lagi bagus pilih yang low-fat punya)

*Saya amalkan Kayu Manis Ceylon tu sebab khasiat dia yang lagi baik dari kayu manis biasa. Dari segi rasa, Aryan Kayu Manis Ceylon ni kurang rasa rempah dia dan lebih manis & sedap sebab gred paling tinggi.

Cara buat:

1. Potong buah kurma dan epal kecil-kecil. Jangan buang kulit epal sebab kandungan Flavonoid yang ada di kulit bagus untuk pelihara jantung dan elakkan stroke.

IKLAN

2. Masukkan susu dan buah-buah yang dipotong tadi. Nak lagi sedap, boleh masukkan ais. Cuma dalam ini say tak masukkan ais. Then masukkan Kayu Manis Ceylon.

3. Blender sampai halus semua bahan tu. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali.

Ini hasilnya, rasa pun sedap manis dan masam. Nak minum 2 gelas pun ok. Boleh amal setiap hari. Buncit-buncit lepas mengandung pun dah kurang bila selalu amal.

IKLAN

KHASIAT MINUMAN INI

1. Kayu manis ceylon mengawal paras glukosa dan mengawal penyimpanan lemak .

2. Kandungan karbohidrat dan kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama.

3. Singkirkan toksin dari badan.

4. Atasi sembelit dan usus tersumbat.

5. Boleh mencegah masalah perut dan usus.

Haa… buat mak-mak yang lepas bersalin, bolehlah cari bahan-bahan yang disebut dulu. In shaa Allah, ada hasilnya!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI