Sabah, sering mendapat jolokan sebagai syurga alam semulajadi, menawarkan lebih daripada sekadar panorama yang memukau dan kaya dengan biodiversiti. Dalam suasana indah ini, tersembunyi juga permata agropelancongan yang menghasilkan minuman-minuman paling aromatik di Malaysia.
Tahukah anda, budaya kopi di negeri Sabah merupakan hirupan secangkir Kopi Tenom panas di waktu pagi sebagai pemulaan hari. Daerah Tenom sememangnya amat terkenal dalam penghasilan biji kopi Robusta.
Jenama kopi yang terkenal dari Sabah, Yit Foh ditanam, dituai, dipanggang, dikisar dan dibungkus secara tempatan merupakan perintis industri kopi di Negeri di Bawah Bayu. Taman Kopi Yit Foh yang terletak di Kampung Chinta Mata, Tenom, Sabah kini bukan sekadar kilang kopi.
Ia telah berkembang menjadi sebuah destinasi pelancongan yang popular untuk bersiar-siar selain mempunyai kemudahan tempat penginapan yang kini menjadi pilihan pelancong yang inginkan gaya percutian yang berbeza dari kebiasaannya.
Ads
Ingin merasai sendiri keenakan Kopi Tenom segar? Di sinilah tempatnya. Kilang Yit Foh menggunakan kayu api untuk memanggang biji kopinya. Tahukah anda, penggunaan arang meningkatkan aroma biji kopi? Bagi penggemar kopi, pasti anda lebih menghargai secawan kopi yang kaya dengan aromanya yang tersendiri!
Sememangnya Sabah kaya dengan pelbagai destinasi pelancongan yang menarik dan bersesuaian dengan setiap lapisan umur. Mana tidaknya, dari ladang kopi Tenom yang terletak di bahagian Selatan, kawasan utara pantai barat Sabah iaitu Ranau juga terkenal dengan teh iaitu Teh Sabah.
Sememangnya ladang Teh Sabah merupakan salah satu daripada beberapa ladang teh organik di dunia. Daun Teh Sabah yang terbaik, dituai dari kaki Gunung Kinabalu yang terletak kira-kira 2,272 kaki dari paras laut.
Ads
Suhu yang dingin di kawasan tanah tinggi seperti musim bunga, membolehkan hasil kualiti tuaian Teh Sabah yang banyak dan segar. Lebih istimewa, Teh Sabah dihasilkan tanpa sebarang pewarna tambahan dan bebas semburan kimia. Ia sememangnya kaya dengan rasa.
Pucuk daun pokok teh Camelia Sinesis dipilih dengan teliti, dituai dan diproses untuk menghasilkan teh hitamnya. Apabila dibancuh dengan susu pekat, gabungan ini akan menghasilkan minuman Teh Tarik Sabah yang sangat sedap!
Antara aktiviti yang boleh dijalankan di Ladang Teh iaitu memetik sendiri teh
Inovasi Teh Sabah
Meskipun sudah lama berada di pasaran, Teh Sabah turut menawarkan pelbagai pilihan teh yang inovatif. Anataranya termasuklah minuman teh pandan Sabah dan kuih lempeng buatan sendiri yang popular dan mendapat tempat di hati para pelanggan di restoran mereka.
Ads
Seperti Yit Foh, Ladang Teh Sabah juga memiliki sebuah resort yang dinamakan Sabah Tea Resort. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Tourism, Julinus Jimit, Sabah Tea Resort memberikan kemudahan kepada pengunjung untuk menikmati percutian yang santai disamping pengunjung boleh menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan.
“Tetamu yang bermalam mempunyai pilihan untuk menginap di rumah panjang, kabin, banglo atau bagi mereka yang gemar membuat stargazing dan tidur di bawah bintang, kawasan ini mempunyai tapak perkhemahan yang luas.
Lawatan ke ladang teh juga memberikan manfaat pendidikan dengan mengajar pengunjung cara pemprosesan daun teh. Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti rekreasi di kawasan rekreasi Sapaon, mendaki denai ke puncak Bukit Kamunsu, atau ‘night walk’ untuk memerhati serangga yang unik. Selain itu, rumah pokok yang terletak bersebelahan dengan restoran dan ladang rusa juga dibuka untuk pengunjung.
Sekadar info, ladang Teh Sabah juga merupakan titik bersejarah yang penting dalam sejarah Perarakan Maut Perang Dunia Kedua. Pakar telah mengesan laluan Sandakan Death March dan mendapati bahawa laluan yang dilalui oleh tawanan perang (POW) melintasi kawasan yang kini dikenali sebagai Ladang Teh Sabah. Apabila menyedari kepentingan sejarah tapak tersebut, pengurusan Ladang Teh Sabah telah membina sebuah tugu peringatan bersempena peristiwa itu.
Matta Fair yang bakal berlansung pada bulan September akan menghimpunkan kedua-dua tarikan dan mempamerkan minuman ikonik mereka dari Sabah. Taman Kopi Yit Foh, Tenom dan Ladang Teh Sabah akan ditampilkan sebagai pempamer di Zon Sabah sebagai tempat tarikan pelancong yang terkenal, seterusnya mempertingkatkan kehadiran negeri Sabah di Matta Fair edisi ini sebagai destinasi pilihan bersama negeri Sarawak untuk ‘Discover Borneo: Malaysia’s Favourite Destination’
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Jenama kecantikan terkemuka dari China, Fan Beauty Diary, kini rasmi memasuki pasaran Malaysia melalui rangkaian Watsons, sekali gus menandakan langkah besar dalam pengembangan globalnya.
Pengasasnya, Fan Bingbing, yang digelar “Ratu Masker”, hadir memeriahkan majlis pelancaran gilang-gemilang di ibu negara bersama selebriti tempatan Dato’ Aaron Aziz dan Nazim Othman, mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan pencinta kecantikan.
Lebih bermakna, Fan turut dianugerahkan gelaran berprestij Datuk oleh Kerajaan Negeri Melaka menjadikan beliau pelakon wanita pertama dari Tanah Besar China menerima penghormatan tersebut atas sumbangannya dalam sektor pelancongan.
Sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024, kempen beliau berjaya melonjakkan kedatangan pelancong China sebanyak 224%, di samping mencatat rekod 1.5 bilion capaian digital di platform WeChat.
Antara produk unggulan yang kini boleh didapati di cawangan utama Watsons seperti TRX Mall dan Sunway Pyramid termasuk Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask, Acids Double Cleansing Clay Mask serta Dragon’s Blood Lentinus Fermentation Facial Treatment Mask.
Watsons turut merancang memperluas penjualan ke 100 cawangan di seluruh negara. Pelancaran ini mencipta rekod baharu sebagai jualan tertinggi dalam sehari bagi jenama kecantikan luar negara di Watsons Malaysia, dengan Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask habis terjual hanya dalam beberapa jam.
Rahsia Penjagaan Kulit Fan Bingbing di Iklim Tropika
Fan memukau peminat semasa sesi lawatannya ke Watsons TRX dengan peranan berganda sebagai pengasas dan Ketua Pegawai Pengalaman Fan Beauty Diary. Ratusan peminat sanggup menunggu berjam-jam untuk melihat selebriti itu, yang turut berkongsi rutin penjagaan kulit kegemarannya: “Cleanse-Hydrate-Repair”, diolah khas untuk cuaca lembap Asia Tenggara.
“Gabungan Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask bersama Acids Double Cleansing Clay Mask adalah rahsia saya untuk kulit seimbang dan berseri,” dedah Fan, sekali gus mencetuskan fenomena membeli-belah. Hadirin menyifatkan sesi tersebut sebagai “peluang emas” untuk mempelajari rahsia kecantikan secara langsung daripada ikon global itu.
Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Tourism Malaysia YBhg. Datuk (Dr.) Yasmin Binti Mahmood, Datuk Bandar Kuala Lumpur Dato’ Seri Maimunah Mohd Sharif, Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia merangkap Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, A.S. Watson Group, serta Dato’ Aaron Aziz, Nazim Othman dan Encik Selwyn Chiu, Penolong Pengurus The Exchange TRX.
Sempena pelancaran, beberapa cawangan Watsons turut ditransformasi menjadi ruang seni mempesona, Pink Palace di Sunway Pyramid menampilkan patung Fan Bingbing bersaiz sebenar dengan Peony Youth Capture Brightening Mask, manakala pop-up bertema futuristik biru di TRX menonjolkan Seagrape Deep Hydrating Water Gel Mask dalam paparan gantung eksklusif.
“Farid berangan, tidak ada apa lagi boleh diselamatkan” itulah antara ungkapan yang diuahkan oleh Diana Dianelle sewaktu ditemubual wartawan. Perkongsian itu disampaikan sendiri oleh Diana selepas sebutan pertama prosiding cerai yang difailkannya terhadap Farid di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Manakala pada 20 November lalu, peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan mahkamah mengesahkan status pasangan itu masih suami isteri setelah kembali rujuk pada 31 Ogos tahun lalu.
Ia susulan Akberdin memaklumkan perakuan rujuk perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang difailkan pada 4 November lalu.
“Farid Berangan, Tidak Ada Apa Lagi Boleh Diselamatkan”
Seperti mana yang dilaporkan Diana tindakan Farid Kamil tidak bersetuju melafazkan cerai sesuatu yang sangat memualkan.
“Tindakan dia (Farid) hari ini amat memualkan dan saya rasa dia tidak berpijak ke bumi yang nyata. Dia berangan kerana tidak ada apa lagi yang kita boleh selamatkan.
“Selama setahun kita rujuk, bukankah itu peluang untuk kita berdamai dan cuba perbaiki keadaan? Tetapi dia gagal.
“Banyak peluang yang awak boleh dapat, tetapi bagi saya dia buang masa. Pijaklah di bumi yang nyata… lepaskan saya, jangan zalimi saya,” ungkap Diana seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Tetapkan Pendirian Untuk Bercerai
Aktres itu juga sangat tegas dengan keputusannya, dan dek kerana Farid mengambil pendirian untuk memanjangkan kes, dia juga akan membuat satu tuntutan nafkah terhadap suaminya itu.
“Tindakan seterusnya adalah saya akan tuntut nafkah yang sebelum ini tertunggak. Kalau dia lepaskan saya, saya tarik semula kes itu.
“Saya masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya tetap akan teruskan penceraian walaupun panjang. Saya cuma mahu bercerai,” sambung Diana.
Pada masa yang sama, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan kes pasangan itu disambung ke peringkat Jawatankuasa Pendamai (JKP) memandangkan Farid enggan melafazkan cerai.
Sebutan semula kes tersebut akan bersambung pada 24 Mac depan.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebuah lagi drama yang sarat dengan emosi kini menghiasi kaca televisyen. Rumah Tanpa Luka, terbitan Suhan Movies & Trading bersama BamBam Studios, mula bersiaran di Astro Ria sejak 1 September lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.
Apa yang membezakan drama ini daripada karya lain adalah keberanian produksinya mengangkat tema anak istimewa seorang kanak-kanak Down Syndrome yang kelahirannya tidak diinginkan oleh ibu bapa sendiri. Ia bukan sekadar sebuah kisah, tetapi cerminan realiti yang wujud dalam masyarakat.
Kisah Anak Istimewa Yang Dipinggirkan
Watak Rose Ameena, lakonan kanak-kanak istimewa Naura Arissa, hadir sebagai nadi cerita. Dia dianggap beban, malah dilabel sial oleh keluarganya, sedangkan jiwanya penuh kasih dan cita-cita. Rose sering dibuli di sekolah, namun tetap tabah bersama seorang teman baik, Dewi.
Melihat lakonannya, penonton tidak hanya tersentuh, tetapi juga belajar bahawa cinta seorang anak tidak pernah berkurang meski ditolak.
Dua Lelaki, Dua Sisi Emosi
Drama arahan Nur Ain Sharif ini turut mengangkat kisah dua lelaki dengan sifat berlawanan.
Shukri Yahya membawakan watak Qiuzi (Q), seorang mekanik yang dalam diam memiliki lima bengkel kereta. Dia lelaki green flag mudah didekati, setia, merendah diri, malah tidak pandai bermain cinta. Karakter sebegini jarang hadir di layar drama, namun menjadi dambaan setiap wanita.
“Qiuzi seorang yang easy going dan down to earth. Dia humble, setia, malah tak pandai mengorat. Dia lelaki impian ramai, tapi entah wujud atau tidak di dunia nyata,” ujar Shukri.
Sementara itu, Nadhir Nasar memegang watak Hayden Hayyan, karakter red flag yang penuh kontradiksi. Ada sisi antagonis yang meresahkan penonton, tetapi dalam diam dia seorang anak lelaki yang bertanggungjawab kepada keluarga.
“Paling mencabar buat saya adalah kawalan emosi Hayden. Ada masa dia terlalu marah, ada ketika dia tenang. Ia roller coaster yang tidak boleh dibaca,” jelas Nadhir.
Pengalaman Bersama Anak Istimewa
Baik Shukri mahupun Nadhir, keduanya sepakat bahawa pengalaman berlakon bersama Naura Arissa adalah sebuah keberkatan.
“Sangat mudah bekerja dengan adik Naura. Dia memberi, dia faham rentak ‘action’ dan ‘cut’. Cuma kita perlu jaga hati dia agar tidak terkejut atau takut. Seronok sekali,” kongsi Shukri.
“Saya luangkan masa bersamanya di set. Bila dia sudah kenal, dia faham bila kita berlakon. Ia bukan cabaran, malah satu rezeki untuk kami,” tambah Nadhir.
Menurut Nadhir, judul drama ini sendiri adalah sebuah metafora.
“Setiap rumah pasti ada luka. Kalau terlalu bahagia pun, pasti ada sedikit calarnya. Drama ini akan membuka mata tentang luka yang jarang kita nampak.”
Drama ini bukan sekadar hiburan. Ia sebuah cerminan: tentang anak yang dipinggirkan, tentang tanggungjawab anak perempuan sulung, tentang lelaki red flag dan green flag, serta tentang keberanian wanita menanggung luka demi keluarga.
Drama ini boleh ditonton di Astro Ria serta distrim di Astro One dan Sooka.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.