Mila Syukur Allah Tak Bolak-Balikkan Hati Untuk Kekal Berhijab
Menerusi perkongsian sebuah video di akaun rasmi Instagramnya, selebriti dan juga bergelar usahawan wanita berjaya, Mila Jirin mengulas tentang isu buka tudung kerana dia sendiri akui sebelum ini niatnya mengenakan hijab adalah “tak betul”.
Sebagai insan biasa, dirinya juga tidak lari dari sebarang ujian Allah. Walaupun sebagai orang Islam kita tahu menutup aurat itu wajib, namun ada saja halangan melintang.
Mila juga menerangkan dek kerana rambut rosak teruk dia terdetik untuk memakai tudung.
“Saya masih ingat ketika itu rambut saya rosak teruk disebabkan kerakusan diri saya sendiri nak gayakan macam-macam jenis gaya. Sekejap kerinting, sekejap straight dan akhirnya padan muka rambut rosak.
“Namun saya bersyukur pada Allah ia menjadi asbab saya bertudung, dan Dia tak bolak-balikkan hati saya.
“Walaupun niat pada awalnya tak betul, alhamdulillah Allah sudah betulkan niat itu dan saya dapat bertudung, dapat tutup aurat sekarang,” kongsi Mila.
Ads
Sahabat Diuji Allah
Mila menyambung bila mengetahui ada sahabat yang diuji Allah dengan membuka hijab, sebagai rakan dirinya mendoakan yang terbaik agar Allah berikan hidayah buat sahabat tersebut.
“Jadi bila hari ini bila dapat tahu ada sahabat kita diuji Allah, mungkin Allah sedang bolak-balikkan hatinya.
“Jadi kita yang membaca dan tahu akan cerita ini sebaiknya kita doakan dia, agar Allah memberi dia hidayah dan membimbing dirinya ke arah kebaikan.
Ads
“Sebab kita semua tak sempurna, kita sendiri pun banyak dosa. Tapi itulah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur dan harapnya sudah dilaksanakan.
“Insyallah kita doakan yang baik-baik,” ungkap Mila.
“Semoga Allah Menjaga Hati & Pelihara Iman Kita Semua”
Ramai yang memuji dan mendoakan Mila terus istiqamah.
Mingguan Wanita : Semoga Allah tak bolak-balikkan hati kita untuk kekal berhijab.
Kehidupan seorang remaja yang menguasai hampir 16 bahasa di Kemboja kini bertukar 360 darjah malah semakin popular kerana mendapat perhatian pelbagai pihak.
Thuch Salik, 14, hanya seorang remaja biasa datang dari keluarga susah namun memiliki keunikannya tersendiri. Salik, mempelajari kesemua bahasa itu ketika berinteraksi dengan pelancong ketika menjual cenderamata seperti pelekat magnet dan poskad di hadapan kompleks kuil Angkor di Krong Siem Reap, Kemboja.
Mendapat Perhatian Ramai
Susulan videonya yang bercakap dalam pelbagai tersebut viral di media sosial, kehidupan Salik sekeluarga kini sudah mula berubah.Baru-baru ini, mereka dijemput menjadi tetamu dalam program televisyen tempatan.
Malah, terdapat juga orang-orang perseorangan yang mendermakan basikal dan permainan baru, serta turut berjanji untuk membiayai pendidikan Salik sehingga ke peringkat universiti.
Dengan situasi kewangan keluarganya yang semakin baik dan stabil, Salik komited untuk belajar dan meningkatkan kemahiran bahasanya.
Menurut ibunya, Mann Vanna, dia tidak lagi membenarkan anaknya menjual cenderahati kerana ingin menumpukan pelajaran.
“Saya tidak membenarkan Salik bantu saya menjual cenderahati, jika ada kelapangan, baru dia boleh bantu saya.
“Keutamaan adalah pelajarannya kerana saya mahu dia menjadi insan berguna,” katanya.
Tidak Sedar Anak Bijak
Malah Vanna mengakui tidak menyedari anaknya itu seorang yang bijak sehingga mampu mempelajari begitu banyak bahasa dalam tempoh masa yang singkat.
Kisah Salik sebelum ini mendapat perhatian selepas video dia berkomunikasi menggunakan 16 bahasa antaranya Rusia,Mandarin, Jerman, Tagalog, Jepun dan Itali, viral menerusi perkongsian di laman sosial.
MW: Kemahiran menguasai pelbagai bahasa adalah sesuatu anugerah yang tidak ternilai buat remaja ini. Semoga kelebihan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya dan mampu merubah kehidupan keluarga dengan lebih baik.
Pasangan suami isteri yang positif Covid-19, bersyukur kerana dapat jiran yang baik kerana sanggup ambil risiko jaga anak mereka buat sementara waktu.
Buat masa sekarang pasangan ini perlu menjalani kuarantin, jadi anak-anak yang negatif dari virus ini sudah tentu perlu dijaga orang lain kerana masih kecil.
Tindakan jiran mereka harus dipuji kerana sanggup membantu biar pun tahu berisiko untuk mereka juga dijangkiti.
Bersyukur Dapat Jiran Yang Baik
“Bersyukur dapat jiran yang baik, biasanya orang lain pasti jauhkan diri tetapi mereka sanggup ambil risiko tolong jaga anak kami buat sementara waktu ini,” kata ibu dua anak, Nor Era Fadzirah Mahat.
Nor Era Fadzirah, 27, memberi reaksi itu selepas dia dan suaminya, Mohamad Ramzi Mohamed Yusof, 30, disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada Khamis lalu.
Menurutnya, dia tiada pilihan lain dan terpaksa membuat keputusan menyerahkan anaknya kepada jiran, tambahan pula kakaknya, Nor Fadzilah Mahat, 36, dan suaminya, Wan Mohamad Khairy Ahmad Harun, 35, turut disahkan positif Covid-19 kerana menetap di rumah yang sama di Setapak, Kuala Lumpur.
Jelasnya, hanya dua anaknya yang berusia 10 bulan dan tiga tahun, selain anak kepada kakaknya yang berusia lima tahun disahkan negatif daripada wabak itu.
“Keputusan (ujian calitan) keluar jam 11 malam pada hari sama dan klinik maklumkan semua orang dewasa positif, manakala keputusan kanak-kanak pula negatif.
“Pada waktu itu, kami semua buntu sebab anak kecil lagi, urusan penjagaan macam mana,” katanya ketika dihubungi.
Sanggup Ambil Risiko Jaga Anak Buat Sementara
Menurutnya, mujur jiran sebelah rumahnya yang sudah dikenalinya sejak tiga tahun menghulurkan bantuan secara sukarela menjaga dua orang anaknya dan anak buahnya itu.
“Agak sedih sebenarnya bila sebut pasal anak sebab tak pernah berenggang dan kami terpaksa berjauhan dalam masa yang lama.
“Kerana itu kami ingin nasihatkan kepada ibu bapa di luar sana supaya lebih berhati-hati kerana kanak-kanak tidak salah, kita sebenarnya pembawa virus itu apabila kita keluar bekerja dan sebagainya.
“Orang tua kita, anak dan golongan berisiko yang menjadi mangsa. Memanglah setengah kanak-kanak mempunyai antibodi lebih kuat tapi kita tidak tahu apa akan jadi nanti dan kami tidak mahu ambil risiko,” katanya.
Percaya Pada Jiran
Nor Era Fadzirah berkata, dia percaya jirannya dalam urusan penjagaan kerana sudah mengenali hati budi masing-masing selain turut mempunyai dua orang anak yang berusia tiga dan tujuh tahun.
“Semalam, jiran sendiri sudah menjalani ujian calitan dan keputusannya negatif. Saya harap sangat pada ujian kali kedua keputusan masih sama.
“Pada awalnya memang kami ingin bagi keluarga sendiri jaga iaitu mak cik saya tetapi jiran nasihat lebih baik duduk dengan mereka.
“Ini kerana mak cik saya menghidap asma dan kesihatannya mungkin berisiko jika dijangkiti Covid-19,” katanya.
Menurutnya, sebagai langkah berhati-hati dia mengemas barang keperluan anaknya itu dengan memakai set alat perlindungan peribadi (PPE) buatan sendiri.
Malah, katanya, dia turut mengurangkan sentuhan dan mengasingkan diri daripada anaknya sebaik keputusan keluar dan menyerahkan penjagaan anak kepada jiran pada pagi Jumaat lalu.
“Alhamdulillah, setakat ini mereka baik-baik saja. Anak saya yang bongsu juga sudah mula minum susu tepung jadi tiada masalah.
“Tiga kediaman di kawasan rumah kami juga ada keluarga positif dan kami masing-masing maklumkan di kumpulan WhatsApp supaya orang lain dapat berhati-hati.
“Dari segi barang basah dan keperluan lain, jiran serta ahli keluarga lain ada tolong belikan dan hantar sementara kami kuarantin di rumah sekarang,” katanya.
Berhubung Dengan PKD
Katanya, kini dia dan ahli keluarga yang positif Covid-19 sudah berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa dan bakal membuat pemeriksaan kesihatan di sana.
Terdahulu, perkongsian suaminya mengenai anaknya yang terpaksa diserahkan kepada jiran sebagai langkah pencegahan Covid-19 mendapat perhatian warganet di aplikasi TikTok dengan tontonan lebih 519,000 kali setakat ini.
Menerusi video berdurasi 1 minit 1 saat itu kelihatan anaknya yang seolah-olah keliru dengan situasi itu menangis kerana terpaksa berpisah dengan ibu bapanya di pagar rumah sebelum diambil jirannya.
MW: Sesiapa pun tidak mahu dijangkiti Covid-19, apatah lagi anak-anak. Kasihan pada anak-anak apabila menjadi mangsa dan perlu berjauhan daripada mak, ayah terutamanya yang masih kecil. Semoga mak, ayah ini kembali sihat dan dapat bersatu dengan anak-anak secepat mungkin.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Tragedi batang lali, selepas azan 4 mayat ditemui lagi pagi ini & berbaki 3 masih hilang. Pencarian mayat dalam tragedi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya semakin ke penghujungnya apabila empat lagi mayat ditemukan sebentar tadi.
Dalam satu makluman terkini dari Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri pagi ini empat mayat telah ditemui di lokasi kejadian.
Tulis mereka, “berkat doa rakyat Malaysia, empat lagi mangsa telah dijumpai pagi ini, menjadikan tiga lagi yang masih hilang. Salam takziah kepada waris dan keluarga mangsa.
Ini bermakna masih ada lagi tiga yang hilang dan pencarian masih diteruskan. Jika dilihat pada usaha dilakukan pihak berkuasa, selain menggunakan teknologi penggunaan jentera, ada anggota yang melaungkan azan dalam membantu usaha pencarian mayat semalam. Dalam selepas usaha itu dilakukan, mayat ke 26 telah ditemui.
Sejak semalam, mayat seorang lelaki dewasa ditemui di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR), menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 26 orang.
Menyayat hati, mangsa ditemukan berpelukan dengan salah seekor bangkai anjing di sektor B (Farmview) pada pukul 11.19 pagi semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor memaklumkan, pihak mencari telah meletakkan satu jengkaut di sektor B dan hari ini kita jumpa suspek lelaki bersama dua ekor anjing dan dia sedang berpelukan dengan salah seekor anjingnya.
Ibu Fatin Syazwani luah kesedihan, "Makcik memang takut duduk seorang diri dalam sel lokap polis. Dipakaikan baju tahanan reman selain dipisahkan dari suami dan...