Mia Ahmad Kongsi Nama Puteri Ketiga “Comelnya Imaani. Semoga Membesar Dengan Sihat & Dilindungi Sentiasa”

Share

Mia Ahmad Kongsi Nama Puteri Ketiga. “Comelnya Imaani. Semoga Membesar Dengan Sihat & Dilindungi Sentiasa” itulah antara doa dari peminat buat puteri ketiga Mia Ahmad.

Baru-baru ini Mia Ahmad menerusi akaun Instagramnya mendedahkan nama yang diberikan buat puteri ketiganya.

Mia Ahmad Kongsi Nama Puteri Ketiga

Selepas genap sebulan bersalin pada 16 Januari lalu, Mia atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi, 35, memuat naik video yang memaparkan wajah si kecil.

Malah menerusi perkongsian itu Mia turut mengumumkan nama anaknya,

“Assalamualaikum everyone! Meet our 3rd baby, Imaani Binti Mohd Izham Tarmizi,” kongsi Mia.

Walaupun nama yang diberi pendek tapi elok maknanya.

Kini Ibu Tiga Anak

Untuk rekod pelakon yang pernah popular menerusi drama Hati Perempuan dan Mr Boss Miss Stalker mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Sri Pahang FC, Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017.

Selain Imaani, mereka terdahulu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.

 

“Semoga Yang Baik-Baik Untuk Anak Ini” Warganet

Menerusi ruangan komen ramai yang memuji kecomelan anak Mia Ahmad.

Mesti baca : Dipanggil Makcik & Tak Moden Kerana Labuhkan Tudung, Mia Ahmad Akui Pandangan Allah Lebih Penting

Baca Disini : Mia Ahmad Timang Anak Ketiga “Tahniah! Semoga Dikurniakan Kebahagiaan Dunia Dan Akhirat”

Sumber / Sumber Foto : Instagram Mia Ahmad

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

Auntie Purple Raih Jutaan Views Di Tiktok

IKLAN