Meringue Kisses memang cantik dan sedap.Teksturnya pula rangup di luar lembut di dalam. Bahan-bahan yang digunakan pula tak banyak hanya 4 bahan, namun paling penting kena tahu cara dan tekniknya barulah jadi Meringue Kisses ni.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri di rumah untuk kudapan raya nanti boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Sari Zainal ini. Menurut wanita ini, Meringue Kisses ini dibuat niaga dan berpuluh kali mencuba barulah menjadi.
Berikut resipi dan cara yang dikongsikan.
“Sebelum saya mula jual 4 tahun lepas, saya try & error sampai berpuluh bijik telor & berkilo gula terrrrbazir. Tapi tu dulu la. Berbelas resepi Google try (derhaka konon tanak gi belajar), akhirnya ada jugak yang kena. Tapi rugi la banyak bazir ahahah. Meringue kisses ni ralit kalau buat, 200 kali bake pun mesti rasa ‘whoa cantiknya!’.”
“Nah saya share resepi share rezeki, boleh try buat kuih raya air tangan sendiri. Sesuai untuk beginner, selamat mencuba!
(Meringue Kisses Ralit Chantek)
Bahan-Bahan:
4 biji Putih telur (saiz B sehingga AA pun boleh)
Secubit garam
200g Gula halus
1 Sudu teh Esen vanila
Kalau ada stand mixer, terbaik. Kalau takda, hand mixer pun boleh tapi lenguh sikit. Kalau takda jugak, ada orang guna blender, boleh la try, rasa macam boleh pegi jugak.
Cara Membuat:
1. Panaskan oven 105 Celcius. Get ready parchment paper atas loyang.
2. Campur putih telur, garam, dalam mangkuk yang 300% bebas minyak. Kalau ada 0.01% pun grease, kem salam.
3. Pukul mixture low speed, dah nampak macam buih sikit, naikkan high speed.
4. Waktu high speed, masukkan gula sudu demi sudu. Jangan derhaka.
Habis masukkan gula, mixture tadi akan bertukar menjadi ‘peak’.
5. Bila dah ‘stiff peak’, tambah ekstrak vanila. Time ni jugak kalau nak tambah coloring, flavor, semua boleh. Tapi gaul perlahan-lahan dengan spatula. Kalau pukul guna mixer nanti ‘overbeat’, game over.
6.Transfer meringue dalam piping bag (dulu guna plastik isi lauk je, hujung tu gunting bagi jadi muncung hahah)
7.Bake selama 1 jam. Lepastu keluarkan & chill pada suhu bilik lagi sejam dua. Derhaka makan terus memang melekit-lekit, tak jadi tekstur rangup di luar lembut di dalam.
Info Ekstra!
- Bentuk ni macam-macam ada, beli dekat kedai bakeri, cari ‘piping nozzle’. Ni contoh piping nozzle, yang dalam gambar ni dia guna buttercream untuk hiasan atas kek. Kalau nak buat resepi meringue saya ni pun boleh guna nozzle yang sama.
- Nak dapat warna pelangi buat macam ni. Satu color satu bag, so contoh ada 3 color, so satukan tiga bag kecik tu sekali untuk satu piping bag lebih besar. Piping bag yang khas untuk banyak color pun ada jual tapi saya buat sendiri je malas beli.
Baca Lagi Di Sini: Samperit Cheese Unicorn, Tak Pakai Mixer Kacau Dengan Senduk Boleh Jadi
MW: Terima kasih berkongsi resipi dan tip ‘Meringue Kisses’ yang dibuat jual. Semoga murah rezeki. Jadi mak-mak boleh cuba buat untuk raya nanti. Anak-anak mesti suka.
Sumber: Sari Zainal
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI