Cukup menyayat hati, tiada siapa yang sangka percutian di sebuah hotel bertukar tragis apabila seorang ahli keluarga terjatuh dari tingkat hotel. Dugaan yang cukup hebat buat keluarga ini.
Kisah menyayat hati ini dilaporkan di media sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkap di tingkat 14 sebuah bangunan hotel
Terjatuh Dari Tingkat Hotel, Kanak-Kanak Lelaki Maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa berusia 12 tahun dikatakan terjatuh sehingga ke beranda tingkat empat bangunan berkenaan.
Ads
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.44 pagi melalui talian kecemasan 999.
Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh tiga kilometer dari BBP Kota Kinabalu.
“Kejadian berlaku di sebuah hotel di Kota Kinabalu membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat hotel berkenaan.
“Pasukan Bomba menjalankan operasi membawa turun mangsa ke bawah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Ads
“Operasi turut ditamatkan pada jam 7.53 pagi,” katanya.
Mingguan Wanita : Moga ahli keluarga tabah hadapi dugaan ini. Salam takziah.
Bekas suami dapat hak jagaan kekal anak perempuan, Serina diberikan hak lawatan dua minggu sekali. Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam telah memerintahkan hak jagaan anak kedua pelakon, Serina Redzuawan diberikan kepada bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh.
Mengesahkan perkara itu, peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin, 46, atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas menemu bual kanak-kanak berkenaan, Isabella Saffiya O’luanaigh, 12.
Untuk rekod Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010 namun bercerai di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Seperti mana dilaporkan Sinar Harian, semasa prosiding dihadapan Hakim Syarie Zalinah Ahmad, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, mahkamah berbual dan bertanya, mengenai pilihan anak kedua itu, sama ada mahu tinggal bersama ibunya, Serina atau bapa, Gavin.
Meskipun sebelum ini mahkamah telah memberikan hak jagaan kekal Isabella Saffiya kepada Serina manakala anak sulung, Tristan Tareef O’luanaigh,13, kepada Gavin, namun Zainul Rijal berkata, wanita itu tidak pernah mengambil anak keduanya itu tinggal bersama sehingga ke hari ini.
“Berdasarkan keputusan berkenaan, hak jagaan bagi kedua-dua anak mereka diberikan kepada Gavin sementara Serina diberikan hak lawatan dua minggu sekali,” katanya.
Pada 27 Julai 2017, Serina telah memberikan hak penjagaan kekal dua anaknya itu kepada bekas suaminya itu melalui penghakiman persetujuan berdasarkan beberapa syarat dan terma lawatan yang telah dipersetujui bersama.
Pada 26 Februari 2018 lalu, Serina memfailkan permohonan untuk mengubah perintah hak jagaan kekal atas alasan Gavin tidak mengamalkan cara hidup Islam.
Pelakon itu bimbang anak-anaknya akan dibawa keluar dari Malaysia memandangkan keluarga bekas suaminya itu berada di London.
Bagaimanapun, pada Julai 2018, mahkamah menolak permohonan itu kerana hak penjagaan kekal yang dipersetujui bersama telah dicapai sebelum ini.
Mahkamah dalam keputusannya selain itu turut menegah Serina dan Gavin daripada membawa anak-anak mereka ke luar negara walaupun Serina memohon mahkamah tidak membenarkan bekas suami sahaja membawa anak ke luar negara.
Perintah itu terpakai sehingga kes induk permohonan Serina untuk mengubah perintah berkenaan.
Pada 26 Ogos 2020, mahkamah memutuskan hak penjagaan kekal terhadap Isabella Saffiya yang ketika itu berusia sembilan tahun diberikan kepada pelakon berkenaan manakala anak sulung kepada bekas suami, Gavin.
Gavin membuat rayuan terhadap sebahagian perintah tersebut pada tahun 2020 namun dua tahun kemudian, rayuan berkenaan ditolak.
Di dalam penghakiman, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa terdapat perubahan matan iaitu anak kedua boleh membuat pilihan dengan siapa beliau ingin tinggal.
Isabella Safiyya pada masa ini telah pun mencapai umur yang ‘mumayiz’ iaitu melebihi 10 tahun dan boleh membezakan antara yang baik dan buruk.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Gavin memfailkan tuntutan untuk mengubah hak jagaan Isabella Saffiya pada 9 Februari 2022.
Sebahagian alasan Gavin selaku plaintif mahu mengubah perintah hak jagaan itu ialah disebabkan, Serina sebagai defendan telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan anak kedua tersebut.
Bukan itu sahaja, Gavin mendakwa, Serina kerap berpindah tempat tinggal.
Dia berkata, bekas isterinya itu kini didapati berpindah ke Arau, sekali gus menyukarkan wanita berkenaan untuk menjalankan tanggungjawab untuk memelihara keselamatan Isabella Saffiya. – Sumber : Sinar Harian
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Ayah Hidap Angin Ahmar, Ibu Kanser” Anak Tunggal Tak Fikir Langsung Nak Kahwin. Besar tanggungjawab dan pengorbanan yang perlu dipikul oleh anak tunggal ini, apabila menjaga mak ayah yang sakit.
Sejak enam tahun lalu, kehidupan Mohd. Yusri Haiqal Mohd. Yusop, 33, mengurus dan menjaga bapa, Mohd. Yusop Sulaiman, 63, yang menghidap angin ahmar sementara ibu, Mahani Saleh, 58, pula pesakit kanser sejak dua tahun lepas.
Menurut Mohd. Yusri, ketika ini dia tidak langsung memikirkan masa depannya termasuk berumah tangga selain memastikan kedua ibu bapanya gembira di sebalik kesakitan dihadapi.
“Dulu saya kerja kilang di Kulim dan apabila ayah sakit, saya terpaksa pulang. Sebagai anak tunggal inilah tanggungjawab saya menjaga kerana dahulu mereka jaga saya sejak lahir, kini tugas itu saya pikul.
“Tak fikir langsung nak kahwin. Lagipun siapalah yang mahukan orang seperti saya,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Chegar di sini semalam.
Katanya, bapa diserang angin ahmar setelah terjatuh di rumah akibat penyakit darah tinggi sebelum ujian keluarga itu berterusan apabila ibunya pula disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga dan terpaksa menjalani pembedahan pada Oktober tahun lepas.
“Mak jalani kemoterapi di Hospital Lama Alor Setar sebanyak enam kali dan kemudian radiografi di Hospital Pulau Pinang. Saya perlu bagi semangat kepadanya,” katanya.
Jelasnya, dia kini bekerja sebagai pembantu am di sebuah kedai besi di Jalan Langgar, di sini untuk menanggung keluarga dan memerlukan pekerjaan yang fleksibel kerana perlu membawa ibu dan bapa ke hospital.
Sementara itu menurut Mahani, dia disahkan menghidap kanser itu setelah mengesan ketulan di payudara kanan.
“Tahun lepas saya ambil keputusan untuk buang payudara dan sekarang sedang kemoterapi. Rawatan ini memang melemahkan tetapi saya kena kuat. Alhamdulillah saya ada seorang anak yang sentiasa berada di sisi,” katanya.
Katanya, perbelanjaan mereka seharian adakalanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan.
Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menyumbang kepada akaun Bank Islam, 02084020262878 (Mahani Saleh).
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.