Bagi peminat menu kerabu, Kerabu Perut Muda Pucuk Paku Taugeh ini wajib dicuba. Memang sangat sedap nak mudah dibuat. Ratah begitu sahaja pun boleh habis sepinggan. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Kebanyakkan biasa ada di dapur.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Ctie Zubaidah ini sebagai panduan.
Menu meratah hari nie. Kerabu perut pucuk paku taugeh.
Bahan-Bahan:
Perut Muda (direbus)
Pucuk paku (dicelur)
Taugeh (dicelur)
Air limau
Bawang besar dihiris
Bahan Kisar:
10 biji cili padi
5 batang serai
2 biji bawang besar
1 inci halia
Lengkuas (saya tak letak)
Santan
Kerisik
Belacan
Garam
Perasa
Cara Membuat:
1. Kisar halus cili padi, serai, bawang besar, halia, lengkuas.
2. Masukkan santan, kerisik, belacan, garam dan perasa. Kacau sebati semuanya.
3. Kemudian, curahkan atas perut muda, pucuk paku, taugeh. Perahkan dengan air limau dan masukkan hirisan bawang merah.
Sesekali buat pencuci mulut untuk minum petang seperti ‘Peach Buttercake’ini sedap juga. Menariknya, nak buat kek ini tak perlu guna serbuk penaik pun, namun tetap gebu dan lembut.
Boleh cubaa resipi yang dikongsikan oleh Dani J Tang ini.
Sesekali buat kek ok jugak kan. Masih lagi dengan resepi tanpa serbuk penaik perkongsian dari seorang chef. Sangat sesuai untuk orang yang tak simpan penaik sebab jarang baking. Saya olah sikit je pada resepi ni. Nak try buat boleh cekidaut resepi. Tapi kalau takut kek tak jadi, boleh je puan-puan nak letak penaik 1 sudu kecil.
Bahan-Bahan:
250g butter (majerin dalam resepi asal)
220g gula castor (saya guna 200g, sesuai selera)
250g tepung gandum (diayak)
4 butir telur
70ml fresh milk
1 sudu kecil air lemon @ cuka
1 penutup esen vanilla (saya guna french V)
Cara Membuat:
1.Panas kan oven ikut kesesuaian oven atau AF masing² ye. Saya guna oven industri suhu atas bawah 150 selama 20 min kemudian turunkan suhu 130 selama 20min lagi.
2. Sukat susu kemudian masukkan perahan lemon @ cuka, biar selama 10min. Ketepikan (resepi asal hanya guna susu sahaja ya. Saya olah masukkan lemon @ cuka).
3. Sambil tu, pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang gebu. Jangan lupa kaup tepi-tepi bekas.
4. Masukkan esen vanilla, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji (masukkan sebiji, pukul sehingga rata, ulang seterusnya sampai habis 4 biji telor).
5. Masukkan tepung separuh dahulu, kaup balik / pukul sebati, kemudian masukkan susu, sebatikan & masukkan baki tepung. Kaup balik @ pukul sehingga rata. Jangan terlebih pukul ye.
6. Masukkan dalam loyang saiz 8 atau boleh guna aluminium cup atau muffin pan / cup.
7. Boleh pelbagaikan ikut kreativiti masing-masing nak letak buah atau nak warnakan atau di biar kosong je. Saya guna buah pic dalam tin.
8. Bakar selama 40min ye atau sehingga masak.
Semoga kita semua dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, semoga wabak yang melanda sekarang ni berakhir & kita semua kembali berpeluang untku pulang bertemu ibu ayah & ahli keluarga.
Mudah je rupanya nak buat Cucumber Pickle atau Jeruk Timun yang rangup dan sedap ini di rumah.Rendam timun semalaman,esoknya dah boleh makan.Kalau mak-mak perasan selalu jumpa timun jeruk ni bila makan burger di restoran makanan segera.
Boleh cuba perkongsian cara buat jeruk timun ini di rumah oleh PuanAJ Idrissebagai rujukan.
“Cucumber Pickle @ Jeruk Timun. Yang selalu kita jumpa dalam burger McD, Subway, A&W tu.Sedap tapi nak beli selalu mahal. Buat sendiri, semudah ABC”
Bahan-Bahan:
Timun yang dibasuh bersih. Saiz kecil macam ni tak perlu dipotong
Daun dill (kalau suka atau kalau ada)
Bawang putih (seulas dua pun cukup),
Garam, gula, cuka (mana-mana jenis cuka pun boleh- cuka makan, cuka epal, cuka kurma atau cuka anggur) – tiada sukatan sebab ikut anggaran masing-masing je ya
Air mineral
Cara Membuat:
1.Rebuskan air, cuka, garam dan gula hingga mendidih.
2.Susun timun dan bawang putih di dalam balang macam ni.
3.Bila bahan rebusan tadi dah suam-suam kuku, masukkan dalam balang berisi timun tadi. Tutup dan biarkan semalaman.
Dah siap… Biarkan dalam balang tu ya. Bila nak makan baru keluarkan timun tu.
Sedap dimakan begitu saja. Gigit sebiji-sebiji pun boleh. Nak letak dalam sandwich, potonglah nipis-nipis 🙂
Info Ekstra!
Kalau guna timun besar kena belah, toskan buang air-air dari timun tu.
Kalau guna timun besar yang biasa, kena salut garam dulu biarkan airnya keluar dan supaya tak bergetah.
Nanti dah habis timun jeruk tu, masukkan je timun fresh yang lain. Tambah cuka, gula dengan garam lagi sikit.
Saya guna air lebih sikit dari separuh balang, tambahkan bahagian cuka untuk penuhkan balang. Garam 7 sudu besar, gula 3 sudu kecil.
Ni ikut citarasa masing-masing ya, kalau tak suka cuka kuat, kurangkan cuka. Tak suka masin, kurangkan garam. Tapi pastikan campuran air rebusan cukup untuk penuhkan balang dan tenggelamkan timun.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Selamat mencuba!
Cendawan celup tepung memang ramai yang suka. Rasanya macam ‘ayam goreng’ pun iya. Namun ada caranya untuk buat cendawan celup tepung yang super rangup dan tak serap minyak ni. Rupanya kena masukkan sikit air kapur dan digoreng garing-garing.
Nak faham lebih lanjut caranya boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira ini sebagai rujukan.
Terasa nak mengunyah cendawan celup tepung. Goreng garing-garing sangat ranggup! Sedar tak sedar dah licin. Jom tengok resepi cara #dapurpolis
Bahan Kering:
1 cawan tepung bestari pedas (tak suka pedas boleh pilih yang original)
2 sudu besar penuh membukit tepung jagung
3 sudu besar penuh membukit tepung beras
Sedikit serbuk kunyit ikut warna kuning yang diingini
Bahan Berikutnya:
1 peket cendawan tiram
2 sudu besar air kapur makan
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Satukan semua bahan kering dalam bekas kacau rata.
2.Masukkan air sedikit-sedikit sambil kacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
2.Masukkan separuh dahulu cendawan ke dalam adunan dan biar salut sekata.
3.Panaskan minyak saji dan masukkan satu persatu cendawan goreng hingga garing.
Siap.
Tip Ekstra!
Tip nak ranggup mesti masuk sikit air kapur, basuh cendawan jangan sampai serap air, sekadar lalu selawat dan mesti kena goreng garing-garing baru cendawan tak serap minyak dan akan ranggup.
MW: Semoga bermanfaat! Mak-mak boleh cuba tip dan resipi cendawan celup tepung yang dikongsikan ini barulah rangup, garing dan paling penting tak serap minyak.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...