Menteri Pendidikan dihina dengan komen lucah, lelaki dikecam kerana gurauan melampau tentang rogol.

Komen berunsur lucah dan menghina terhadap Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang ditulis oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Jailani Ishak mengundang kecaman ramai selepas dianggap melampaui batas dan menormalisasi budaya rogol.

Komen itu ditinggalkan susulan laporan media mengenai keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang membenarkan empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan seorang pelajar perempuan di Alor Gajah minggu lalu untuk tetap menduduki peperiksaan pada 3 November ini.

Jailani menulis secara terbuka:

“Lepas ni bagi budak-budak tu rogol Menteri Pendidikan Fadhlina pulak,”
disertai emoji ketawa, seolah-olah menjadikan keganasan seksual sebagai bahan gurauan.

Kenyataan itu dianggap tidak bermoral, menghina wanita dan berpotensi melanggar undang-undang sedia ada di negara ini. Tambahan pula isu rogol bukan budaya untuk dinormalisasikan.

Menteri Pendidikan Dihina Dengan Komen Lucah, Lelaki Dikecam Kerana Gurauan Melampau Tentang Rogol

Jangan Sesuka Hati Tulis Komen di Media Sosial, Boleh Disiasat Di Bawah Beberapa Peruntukan Undang-Undang

Pengguna media sosial hari ini perlu sedar bahawa setiap komen, status atau gurauan yang ditulis di ruang awam boleh memberi kesan besar  bukan sahaja terhadap reputasi individu lain tetapi juga diri sendiri. Tindakan menulis komen lucah, menghina, atau bersifat provokatif boleh disabitkan kesalahan undang-undang, walaupun dilakukan dalam bentuk “gurauan”.

Ads

Setiap komen di Facebook, X (Twitter), TikTok atau mana-mana platform lain boleh dijadikan bukti oleh pihak berkuasa jika ia melanggar undang-undang seperti Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya berfikir sebelum menaip, menilai kesan sesuatu kenyataan dan mengelakkan bahasa kesat, lucah, atau menghina mana-mana pihak.

Komen berunsur lucah atau penghinaan terhadap individu, khususnya tokoh awam boleh disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang berikut:

  1. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)
    Melibatkan penggunaan perkhidmatan komunikasi untuk menghantar komen lucah, palsu atau menjelikkan dengan niat mengganggu orang lain.
    Hukuman: Denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

  2. Seksyen 509 Kanun Keseksaan (Akta 574)
    — Menjenayahkan perbuatan menghina kehormatan seseorang dengan kata-kata atau isyarat lucah khususnya terhadap wanita.
    Hukuman: Penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.

  3. Seksyen 504 Kanun Keseksaan
    Kesalahan menghina dengan niat membangkitkan kemarahan sehingga boleh menyebabkan gangguan ketenteraman awam.
    Hukuman: Penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Kenyataan seperti itu juga boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual dalam talian (cyber harassment) yang kini diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.

Menteri Pendidikan Dihina Dengan Komen Lucah, Lelaki Dikecam Kerana Gurauan Melampau Tentang Rogol
Penulisan jelik meminta agar pelajar merogol Menteri Pendidkan disifatkan agak biadap

Dalam kenyataannya semalam, Menteri Pendidikan,  Fadhlina Sidek menegaskan bahawa keempat-empat pelajar yang disiasat akan tetap dibenarkan menduduki peperiksaan SPM bermula 3 November ini bagi memastikan mereka tidak tercicir dari segi pendidikan, manakala siasatan jenayah diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

Ads

“SPM (keempat-empat suspek) akan diteruskan pada 3 November. Kita akan pastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan mereka. Mangsa pula masih dirawat di hospital dan kita berikan sokongan penuh psikososial,” katanya selepas menghadiri taklimat di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah KPM, Dr Mohd Azam Ahmad, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman serta Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar.

Netizen Mahu Tindakan Tegas

Kenyataan biadab Jailani Ishak menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial.
Rata-rata netizen mengecam perbuatan tersebut dan menggesa polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat individu berkenaan sebagai amaran kepada pengguna lain.

Seorang pengguna, Has Syahida Mohamad Irani, menegur dengan lantang:

Ads

“Jailani Ishak, jahatnya komen ni!”

Netizen juga menyeru agar masyarakat tidak menjadikan rogol sebagai bahan lawak atau sindiran politik kerana ia boleh menambah trauma kepada mangsa sebenar dan mencerminkan kehilangan empati dalam masyarakat.

Hormati Mangsa, Hentikan Budaya Lucah Dalam Talian

Kes rogol membabitkan pelajar sekolah bukan sekadar isu disiplin tetapi cerminan kehilangan nilai kemanusiaan dalam masyarakat. Apabila isu jenayah seksual dipermainkan, ia bukan sahaja menghina mangsa tetapi juga mencemarkan maruah wanita secara keseluruhan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tuduh YB Fadhlina Sepupu Dengan Pengetua Sekolah Arwah Zara, Wanita Akui Fitnah Menteri Pendidikan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Isu Buli Harus Ditangani Dengan Lebih Komprehensif Dan Efektif – Menteri Pendidikan

Sesi Sekolah Bermula Januari Mulai 2026, Tiada Lagi Mac Seperti Sebelum Ini – Menteri Pendidikan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI