Masakan

Mencari Kedai Lejen Bukan Sekadar Cari Makan, Tapi Menyelami Kisah Di Sebalik Dapur

Share

Kalau sebut restoran “legend”, ramai bayangkan tempat makan yang sedap, pelanggan ramai dan menu yang dah jadi sebutan. Tapi siri Mencari Kedai Lejen membawa penonton melihat sesuatu yang lebih mendalam. Tentang kisah manusia, perjuangan dan cinta terhadap makanan.

Dua episod pertama Mencari Kedai Lejen menampilkan dua nama yang bukan asing buat pencinta makanan tempatan, Aunty T’s dan Rezeky Tomyam. Kedua-duanya bukan sekadar restoran, tetapi simbol ketabahan, warisan rasa dan semangat yang tak pernah padam.

Baca artikel: Rahsia Masakan Thai Sedap Macam Kedai, Wanita Ini Kongsi Bahan Wajib Sampai Suami Tak Keluar Malam

Aunty T’s, Dari Dapur Rumah Jadi Kedai Lejen

Di sebalik keenakan hidangan di Aunty T’s, tersimpan kisah seorang wanita berusia 70-an yang masih turun sendiri ke dapur. Malah beberapa menu

signature seperti Claypot Mutton dimasak sendiri oleh Aunty T, menjadikan setiap hidangan terasa seperti masakan rumah penuh kasih.

Apa yang bermula dari dapur kecil di rumah akhirnya berkembang menjadi restoran dengan identiti tersendiri. Bukan mudah perjalanan itu, tetapi minat mendalam terhadap masakan membuatkan Aunty T terus bertahan.

Lebih menyentuh hati, impian membuka restoran sendiri menjadi nyata dengan dorongan anak-anak yang sentiasa menyokong. Sokongan keluarga menjadi tulang belakang kepada kejayaan ini.

Ketika pandemik dan PKP melanda, cabaran datang bertubi-tubi. Menu terpaksa diolah, jumlah pekerja dikurangkan, operasi diuji. Namun Aunty T’s kekal berdiri, dibantu komuniti pelanggan setia yang tidak pernah berhenti menyokong.

Menariknya, pengalaman di sini bukan hanya tentang makanan. Mencari Kedai Lejen membawa penonton merasai suasana santai restoran dengan live band dan live show Astro, menjadikan pengalaman menjamu selera lebih hidup.

Rezeky Tomyam, Rasa Thai Asli Dengan Cerita Menyentuh Jiwa

Dalam episod kedua Mencari Kedai Lejen, penonton dibawa ke Port Dickson mengenali Rezeky Tomyam, restoran yang terkenal dengan rasa Thai asli.

Di sebalik menu popular seperti tomyam, shell out dan siakap 3 rasa, ada kisah besar seorang wanita hebat bernama Kak Tetoh.

Berhijrah dari Thailand, Kak Tetoh membawa bersama resipi warisan ibunya. Sejak umur 15 tahun, beliau sudah terbiasa memasak. Resipi asli inilah yang menjadi nadi restoran sehingga hari ini.

Namun perjalanan membina perniagaan bukan tanpa ujian.

Kak Tetoh diuji masalah kesihatan sehingga perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu. Dalam masa sama, suaminya Alias, pengasas restoran juga mengalami masalah kesihatan.

Ketika ramai mungkin memilih menyerah, Kak Tetoh bangkit mengambil alih perniagaan bersama bantuan adik iparnya, Maliki yang sanggup berhenti kerja demi membantu keluarga.

Waktu Covid pula, ramai pekerja pulang ke kampung dan operasi semakin mencabar. Tetapi seperti semangat sebenar sebuah kedai lejen, mereka bertahan.

Itulah yang membuat Mencari Kedai Lejen ini menarik. Bukan sekadar bercerita tentang makanan sedap, tetapi perjuangan di belakang setiap pinggan yang dihidang.

Tambahan pula pengalaman di Rezeky Tomyam cukup unik. Dapat menikmati masakan Thai asli sambil layan drama, sukan dan hiburan Astro 24 jam di Port Dickson. Bukan sekadar makan, tapi satu pengalaman.

Bila Kedai Biasa Jadi Lejen

Apa yang menjadikan sesuatu restoran itu “lejen”? Bukan semata-mata menu yang viral. Tetapi orang yang menggerak di belakangnya.

Aunty T’s dan Rezeky Tomyam membuktikan kejayaan bisnes F&B bukan dibina sehari. Ia lahir daripada konsistensi, resipi yang dijaga, pelanggan setia dan semangat luar biasa.

Itulah kekuatan Mencari Kedai Lejen. Siri ini  membuka mata bahawa di sebalik kedai makan yang kita singgah, mungkin ada cerita yang lebih besar daripada yang kita sangka.

Dan mungkin sebab itu kedai-kedai begini kekal dekat di hati pelanggan.

Jom Strim Mencari Kedai Lejen

Kalau anda sukakan kisah inspirasi, makanan sedap dan cerita usahawan yang bangkit melawan cabaran, siri Mencari Kedai Lejen memang wajib masuk watchlist.

Nak tahu apa dia kedai-kedai lejen ni, jom strim siri Mencari Kedai Lejen di Youtube. Jika anda seorang pemilik perniagaan F&B, jom lejenkan bisnes anda dengan AstroBiz. Daftar di https://biz.astro.com.my/

Siapa tahu, bisnes anda mungkin kedai lejen seterusnya.

Published by
Farhana Syahirah