Seorang suri rumah yang sepatutnya menjadi pelindung rumahtangga bertukar menjadi duri dalam daging apabila didapati berpakat merompak rumahnya sendiri, semata-mata untuk melunaskan hutang. Lebih menyayat hati, barangan yang dicuri adalah milik ibu mentuanya sendiri!

Menantu Durjana Rancang Rompak Rumah Sendiri Demi Bayar Hutang Along

Kejadian berlaku di Felda Chini Timur 1, Pahang, pada malam 20 Mac lalu, namun ‘lakonan’ mangsa terbongkar apabila polis mendedahkan bahawa insiden samun itu sebenarnya dirancang rapi oleh menantu sendiri bersama sekumpulan empat individu lain.

Lakonan Mangsa, Sebenarnya Dalang

Ads

Memetik laporan  Berita Harian, Pada awalnya, wanita berusia 30-an itu tampil membuat laporan mendakwa rumahnya dipecah masuk oleh empat lelaki bertopeng bersenjatakan pisau ketika dia sedang tidur bersama dua anak dan ibu mentuanya. Katanya, kerugian mencecah RM12,000 termasuk dua telefon bimbit, rantai leher dan gelang tangan milik mentuanya.

Namun, siasatan mendalam oleh pihak polis menemui petunjuk mencurigakan. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin memaklumkan bahawa lakonan si menantu ini terbongkar apabila siasatan mendapati dia sendiri merancang rompakan itu bersama suspek lain.

Ads
Menantu Durjana Rancang Rompak Rumah Sendiri Demi Bayar Hutang Along
Gambar Hiasan

Apa yang lebih mengejutkan, barangan kemas yang ‘disamun’ itu telah dijual oleh suspek untuk membayar hutang along. Polis turut menahan lima lagi individu berusia 27 hingga 36 tahun yang terlibat dalam rancangan tersebut. Empat daripada mereka dikesan positif syabu dan memiliki rekod jenayah lampau.

Ads

Ibu Mentua Jadi Mangsa, Cucu Jadi Saksi

Lebih memilukan, kejadian itu berlaku di depan dua anak kecil serta ibu mentuanya yang dipercayai turut trauma dengan kejadian itu. Wanita itu bukan sahaja menggadaikan kepercayaan keluarga, malah membahayakan nyawa anak-anak dan orang tuanya sendiri, hanya kerana mahu melunaskan hutang dengan cara mudah.

Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan — iaitu melakukan samun berkumpulan bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI