Tak salah nak memilih kerja, tetapi sebelum para suami berhenti kerja tolonglah pastikan dah ada hala tuju. Jangan harapkan isteri pula yang tanggung semua benda atas alasan, susah nak dapat kerja!
Ini memang akan buat kaum isteri makan hati dalam diam. Yang jadi mangsa, anak-anak lah. Kadang suami isteri bergaduh pasal duit tak cukup depan anak, Allahu. Sedih.
Sebelum silap membuat keputusan, renungkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin tentang lelaki yang jenis memilih kerja.
Dapat Lelaki Yang Memilih Kerja
Bila dah jadi suami, dah jadi ayah, suka atau tak suka dengan sesebuah pekerjaan tu, tetap kena hadap dan hadam.
Layan… sementara nak dapat kerja lain.
Ads
Teringat dulu time bujang, p interview, dapat keje, baru pergi sehari, esok tak pergi dah. Bila abah tanya, “Eh, tak kerja dah ke ari ni?” Terus bagitahu kata kerja tu tak best, tak sesuai. Then cari kerja lain, kerja sana, kerja sini, seminggu, sebulan, tak tahan kena marah, kena maki, berhenti lagi. Duit tak ada, tak apa.
“Abah, mak, nak duit…”
Walaupun dah besar panjang, bila dah kawin pulak, kerja tu tak sesuai ke, tak tahan ke, selalu kena marah ke, selalu kena maki ke, dapat partner yang tak best ke, semua cabaran dan dugaan tu, tetap kena hadap jugak, kena hadam… sebab?
“Ada mulut yang nak diberi makan kat rumah tu.”
Ads
Tak boleh dah nak ikut perangai muda-muda dulu. Tak nak kerja, berhenti. Tak boleh kerja, berhenti. Sebab nanti tak ada duit, siapa nak bagi makan anak bini…? Bila fikir tentang anak bini, terpaksa lah juga telan walaupun pahit. Protes tu dalam hati je yang tahu. Tak luah, tak suarakan. Pendam sorang-sorang, bini pun tak tahu. Bila balik kerja, bini tanya,
“Kerja ok tak bang?”
“Ok ja”… ringkas jawapan. Nak cakap lebih-lebih, banyak pulak dosa menipu dia. Nak luahkan yang tak ok, nanti dia pulak risau kat laki dia. Ada tempat kerja, partner suka hilang. Sekali pergi sembahyang, sejam dua baru balik. Sampai kita pun terlepas waktu sebab tunggu dia balik. Kalau tinggal line tak ada orang, nanti bos marah.
Ads
Ada tempat kerja tu, setahun kenaikan cuma RM30, buat lah rajin mana pun, 30 hengget juga yang naik. Ada tempat kerja tu, kena kerja sampai tak ada masa untuk keluarga. Asyik kena paksa datang OT je. Off sehari, minta cuti susah nak dapat.
Jangan Lupa Minta Isteri Doakan
Kadang-kadang ada terfikir, gaji sekarang tak cukup, kena cari yang gaji tinggi sikit. Kerja ni tak ada career development, kena cari yang ada. Kerja ni tak ada kaitan langsung dengan apa yang belajar dulu, tapi tak apa ambil pengalaman setahun dua, then cari baru.
Apply sana, apply sini… then bila dipanggil interview, try…try dengan harapan mungkin ada rezeki di situ. All out bila interview, speaking london tau… siap kena buat presentation lagi.
Mintak isteri tolong doakan…
Alhamdulillah, sentiasa ada rezeki untuk suami yang nak memperbaiki kewangan keluarga. Sentiasa ada rezeki untuk suami yang memikirkan dan mengutamakan keluarga. Ianya sentiasa ada, asalkan kita pun ada niat untuk ke arah itu dan ada usaha. Selebihnya, terserahlah kepada DIA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hati-Hati Pilih Calon Menantu, begitulah pesanan Rozita Ibrahim, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri. Rozita atau lebih mesra disapa dengan panggila Bonda Rozita menitipkan pesanan agar para mentua berhati-hatilah dalam memilih calon menantu.
Memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Lebih-lebih lagi seorang wanita, perlu menyelidiki terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya. Hal ini penting kerana kaum wanita akan menerima kesan buruk apabila mereka diabaikan suami.
Dalam hal ini, ibu bapa wajib memberikan panduan bagaimana anak perempuan mereka boleh mencari bakal suami.
Hati-Hati Pilih Calon Menantu
Akui perkara yang sama, Bonda Rozita menyatakan ke mana saja dirinya pergi pasti akan mendoakan yang terbaik buat anak dan keturunannya.
“Menantu jadi hantu ..?? Berhati2 memilih calon menantu ” orang asing dalam keluarga kita ”
“Yang akan mengambil anak kita dan menentukan kekeluargaan – Genetik generasi – Nasab atau keturunan.
“Apa yang ada pada ibu dan ayah ia akan menurun melalui rupa paras sikap dan genetik ..!!” itulah antara luahan Bonda Rozita yang turut menjadi kerisauan pada ibu bapa yang lain.
Doa Tanpa Henti, Allah Bagi Keturunan Yang Baik-Baik
Bonda Rozita yang juga Pengasas Jamu Ratu Malaya sebagai seorang ibu dia begitu risaukan anak-anak terutama pada anak-anak Perempuan.
“Risau orang tua “dia ada hak pada anak-anak, lagi-lagi anak perempuan!! Doa tanpa henti doa tu kekuatan agar Allah bagi keturunan yang baik-baik beragama dan bijaksana.
“Selalu saya menung, kemana saja pergi doa paling utama ialah untuk anak dan keturunan.
“Mencari calon menantu tak mudah! Tertarik dengan kata-kata Ustaz Dasuki baru-baru ini kata Ustaz jangan salah pilih menantu. Menantu yang membahagiakan atau menantu yang sebenarnya menghantu.
Perkahwinan Tak Seindah Drama Korea Atau Hindustan
“Saya pesan pada anak , tak kawin lebih baik dari kawin dengan lelaki berguna yang tak boleh membawa anak saya kepada kehancuran dunia dan akhirat.
“Belajar dari pengalaman, perkahwinan ni, tak seindah macam drama Korea atau Hindustan di mana yang akan ada best ending.
“Menantu boleh merosakan masa depan dunia akhirat anak kita, pecah belahkan keluarga, menjemput musibah besar.
“Menyerahkan anak pada lelaki yang salah umpama meminum racun setiap detik, pada saya sebagai ibu dan masa depan anak saya!
“Setidak-tidaknya sebagai ibu kita dah ikhtiar nasihat terbaik dan penentunya Allah juga. Hanya sikap taat anak menjadi redha ibu membawa lapang dan tenang kehidupan anak-anaknya sampai kesyurga Allah,” ungkapnya.
Ibu bapa sebenarnya wajib memberikan panduan bagaimana anak perempuan mereka boleh mencari bakal suami.
Jadi, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Hal ini kerana perkahwinan bukan kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan.
Bukan nak makan ubat sangat pun tapi bila kaum isteri demam dia cuma harapkan suami tersayang ambil berat tentangnya atau paling tidak temankan dia makan bersama.
Itulah tandanya dia sangat dahagakan kasih sayang suami, nak suami belai dan mesej tanya khabar waktu dia sakit.
Andai suami gagal uruskan sudut ini, maka berkecailah rasa cinta perlahan-lahan dan sampai satu tahap rasa macam suami dah tak sayang!
Allah… itu yang kita kena jaga dan untuk ketatkan rasa sayang dalam hubungan rumah tangga, jemput baca cara merawat isteri demam oleh Abu Hurairah Asifa, yang dikongsikan di status Facebooknya baru-baru ini…
Jika isteri demam, ambillah sedikit masa untuk kita merawatnya.
Sebab kuasa penyembuhan itu, Allah ada berikan pada tangan seorang Suami.
Jangan biasakan beri panadol semata-mata, melainkan keadaankan tak mengizinkan kita untuk merawatnya.
Cara merawat Isteri demam
1. Pegang kepalanya, baca Al Fatihah dan niatkan untuk supaya Allah buangkan bisa badannya serta panasnya.
2. Niatkan juga moga Allah ampunkan dosanya. Allah surutkan demamnya. Buat dengan penuh kasih sayang.
3. Buatkan bubur nasi. Kacang goreng pedas je. Basuh beras, letak air, buka api, tunggu sampai nasi menjadi bubur. Nak power, letak isi ayam, daging ke, sayur karot skit. Atau paling akhir atau paling malas, sila ke Mcd dan beli saja bubur ayam kat situ.
4. Buat air penyejuk badan. Rebus Barli. Beli kat speedmart banyak. 60sen je sebungkus. Rebus dan ambil air, buh gula skit sekali dengan lemon. Lagi rajin buh gula batu, kurma cina, kembang semangkuk. Minum suam-suam, insyaAllah segala kepanasan akan keluar.
5. Yang penting, usaha. Isteri perlukan perhatian. Bukanlah kita nak jaga dia hari-hari, cuma saat dia demam itulah, hari isteri nak lihat kasih sayang kita sebagai Suami.
Kalau macam ngade sangat, tonyoh je lemon kat muka isteri bagi segar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila cerita pasal menantu perempuan, banyak senarai buruk yang mentua keluarkan tentang sikap menantu sendiri. Itu jadinya bila mentua dah tak sebulu dengan menantu sendiri.
Tetapi pernah tak tengok masalah menantu lelaki yang kadang orang langsung tak nampak, contoh mudah menantu lelaki yang asyik tidur bila balik rumah mentua. Langsung tak bergaul dengan keluarga yang lain.
Hah, agak-agak adil ke asyik nak tunding jari silap menantu perempuan? Nah, sebelum gigih mencari silap menantu perempuan je, jemput baca perkongsian padu daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Sama Je Menantu Perempuan Atau Menantu Lelaki
“Bila dah jadi isteri orang nanti, dah jadi menantu, kena baik dengan mertua… kena ambil hati mertua. Kena anggap dan buat mertua tu macam ibu bapa sendiri…”
Kenapa asal menantu perempuan je, kena buat semua tu? Menantu lelaki tak payah buat eh?
Ini kebanyakan yang terjadi dalam masyarakat… satu statement atau kata-kata yang hanya dilontarkan dan ditujukan kepada MENANTU PEREMPUAN. Jika menantu perempuan tak buat semua ini, maka dia BUKAN MENANTU YANG BAIK.
Jadi, menantu lelaki terlepas dari buat semua ini?
Sebenarnya tak… bila kita berkahwin, bila kita bergelar menantu, dua-dua perlu jadi baik terhadap keluarga mertua masing-masing. Baik si lelaki mahu pun si perempuan, jika si suami nak isteri itu baik dengan ibu bapanya, maka dia terlebih dahulu baik dengan ibu bapa isteri. Dia perlu menunjukkan sesuatu sebelum mendapatkan sesuatu.
Berapa banyak suami yang selalu telefon ibubapa isteri? Berapa banyak suami yang selalu bawa isteri balik berjumpa ibu bapa isteri? Berapa banyak suami yang bermalam di rumah mertua LEBIH dr rumah ibu bapanya sendiri?
Bila dia tak buat semua ni, dia tak salah… tapi bila isteri dia tak buat semua ni, isteri dia salah dan isteri itu bukan menantu yang baik.
Menantu Lelaki Pun Kena Ubah Sikap!
Ubah cara pemikiran dan persepsi terhadap MENANTU PEREMPUAN… MENANTU LELAKI juga ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dibuat. MENANTU LELAKI juga perlu baik dengan mertua, perlu ambik hati mertua, dan perlu anggap mertua itu macam ibu bapa sendiri.
Jangan hanya fokus kepada ANAK PEREMPUAN ORANG LAIN untuk menjadi menantu yang baik, tapi fokus juga kepada ANAK LELAKI SENDIRI untuk dia menjadi menantu yang baik untuk keluarga mertuanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...