Semalam telah ditetapkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 ke atas seorang kerani wanita atas kesalahan memandu secara melulu.
Mahkamah Tinggi memberikan hukuman tersebut kerana pemanduan wanita itu kira-kira lima tahun lalu menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak.
Terkesan dengan kes yang melibatkan kerani wanita ini, Dr Yazeed Hair Johari berkongsi rumusan mengenainya.
Memandu Secara Melulu Adalah Serius
Selepas baca kes mahkamah tentang kematian 8 mangsa geng basikal lajak,
Apa yang aku faham dari perbicaraan tu.
(Ini pemahaman aku sahaja. Maaf kalau aku salah)
Aku dapati satu pengajaran yang aku telah belajar dari rumusan kejadian itu.
Memandu secara merbahaya adalah kurang serius
Memandu secara melulu adalah serius
Untuk kes ni, wanita ini dikatakan memandu secara melulu pada malam kejadian.
Maaf kan aku jika salah.
Melulu bermaksud macam memandu secara laju. Meononong tanpa mengambil tahu risiko apa yang bakal berada di hadapan walaupun keadaan malam itu agak gelap dan berbukit.
So kita sebagai pemandu, tak kiralah apa jua keadaan sekali pun. Memang kena sentiasa berjaga-jaga. Sentiasa kena expect yang sesuatu bakal tiba-tiba muncul di hadapan. Tak boleh ada perasaan yang jalan akan clear dan tak ada apa apa di depan.
Ads
Perlahankan Kenderaan Bila Penglihatan Kurang Jelas
Tambahan pula waktu malam yang gelap. Kurang jelas dan berbukit. Sepatutnya kita sebagai pemandu perlu memperlahankan lagi kenderaan kita bila kita rasa penglihatan jalan semakin kurang jelas.
Bentuk fizikal jalan yang berselekoh, berbukit atau tidak rata, mahupun apa jenis cuaca. Kita perlu lebih berhati-hati dan berjaga-jaga.
Bukannya meneruskan pemanduan dengan kelajuan yang sama.
Kesimpulannya, pengajaran di sini. Kita sebagai pemandu kena 24 jam berwaspada. Kalau jalan gelap, berbukit, selekoh, berkabus sehingga menjejaskan penglihatan sepatutnya kita kena memandu dengan lebih perlahan dan sentiasa memberi perhatian apa yang bakal muncul di hadapan.
Berbalik pada persoalan kenapa ada budak-budak tu bermain atas jalan?
Ads
Sebenarnya tak kira lah apa pun jenis objek, siapa saja yang ada di depan. Lembu/binatang, pemandu motosikal dan sebagainya.
Kita sebagai pemandu ni lah yang perlu memastikan pemanduan kita sentiasa berjaga-jaga. Kalau kita memandu dengan lebih perlahan, kemungkinan kita akan sempat brake pada masanya itu adalah pasti .
Bermakna kita sentiasa perlu memandu dalam keadaan yang jelas. Kalau hujan lebat atau berkabus . Kita kena slow down dan pastikan pernglihatan kita jelas untuk jarak yang tertentu.
Senang cite kepada semua driver di luar, apa saja yang kau langgar di depan, kau salah. Sebab sepatutnya kau nampak tapi kau tak ambil tindakan awal.
Lebih bagus jika ada standby dashcam. Senang nak bela diri.
Ini apa yang aku faham. Dari siri perbicaraan di mahkamah.
Ads
Pesanan Untuk Mak Ayah Di Luar Sana
Aku bukan nak backup sapa-sapa. Tapi ini lah yang aku paham dari apa yang kes ni cuba sampai kan.
Kepada parent di luar sana, kena beringat lah. Pastikan anak ada di rumah waktu malam. Kalau siang pun pantau-pantau lah aktiviti dorang. Kita pun pernah muda. Pernah ada rasa nak buat aktiviti lasak dan merbahaya. Parent memang perlu main peranan utama.
Rider basikal yang dewasa pun sama. Hati-hatilah yang suka ride dekat highway, Jalan Kuala Kelawang, Ulu yam dan sebagainya. Safety come first.
Lepas baca kes ni, aku terus rasa seram nak bawak kereta.
P/S – Ini bukan hujahan aku, Bukan Pendapat aku …!!!! Ini adalah kes nota yang dibicarakan di mahkamah. Aku rumuskan saja !
I’m no expert . Tapi aku tulis ni salah satu pengajaran yang aku belajar hari ni.
Betulkan aku jika salah.
Mingguan Wanita : Menjadi tanggungjawab mak ayah untuk memastikan anak-anak ada di depan mata. Selepas Maghrib tu kalau anak tak nampak batang hidung, wajiblah mak ayah mula rasa resah gelisah. Dan carilah.
Bukan mudah bagi wanita bergelar isteri untuk berkongsi kasih dengan wanita lain. Faktor rasa cemburu, keadilan dan kemampuan suami dalam memberikan kasih sayang sama rata pada semua isteri sering menjadi alasan.Namun suami kepada 8 orang isteri ini mungkin antara yang ‘bertuah’!
8 Isteri Tinggal Sebumbung
Seorang lelaki mendapat perhatian dalam media sosial selepas mendedahkan dia mempunyai lapan orang isteri yang hidup sebumbung.
Ong Dam Sorot yang merupakan seorang artis mencacah tatu menerusi satu wawancara dalam YouTube, memaklumkan dia berkahwin dengan lapan wanita kerana mempunyai ‘perasaan cinta yang adil terhadap mereka’.
Detik Berjumpa Semua Isteri
Ong turut memperkenalkan semua isterinya dalam wawancara itu dan menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan semua wanita itu dan berkahwin.
Kelapan-lapan isterinya menyifatkan Ong sebagai suami yang baik, bertimbang rasa dan pandai mengagihkan masa.
Menurut Ong, dia bertemu dengan isteri pertamanya di majlis kahwin rakannya, isteri kedua dalam pertemuan di pasar, ketiga (di hospital), keempat, kelima dan keenam (dalam media sosial), ketujuh (di kuil) dan kelapan (ketika bercuti).
“Ong mungkin merupakan lelaki paling penyayang yang pernah kami jumpa,” menurut kelapan-lapan isterinya.
Dua daripada isteri Ong kini hamil anak pertama mereka dan lelaki itu sudah memiliki seorang anak dari isteri pertamanya.
Mingguan Wanita: Bukan calang-calang untuk mempunyai 8 orang isteri yang boleh tinggal sebumbung. Pastinya lelaki ini sangat berkemampuan dan bersikap adil pada semua isteri-isterinya.
Tak nafikan harga bahan mentah dah semakin naik. Tapi kalau macam inilah gaya caj harga untuk sebungkus nasi goreng cina kosong, memang ‘boleh pergi haji cepat’ lah tokey kedai tu.
Inilah yang jadi dekat mantan penyanyi kumpulan Elite, Fiza Abd Halim apabila dia kirim belikan makanan untuk anak-anak pada sepupunya.
Lebih terkejut bila tengok harga untuk 2 bungkus nasi goreng cina yang isinya cuma nasi dan telur, dia dicaj RM23.60.
Anak-anak Fiza yang comel dan manis.
Berbaloikah 2 Nasi Goreng Kampung Kosong Dicharge RM23.60
Bermakna satu nasi goreng cina itu harganya RM11.30. Yang menambah ketidakpuasan hati, bila nasi goreng cina yang sampai ke tangan semata-mata nasi dan telur.
Dalam instagram miliknya Fiza meluah rasa bertanyakan pada para followernya adalah berbaloi dengan pembelian 2 bungkus nasi goreng cina kosong, tak ada sayur, tak ada ayam. Just nasi dan telur sahaja dia dicaj sehingga RM23.60.
Makanan yang dikirim itu untuk anak-anaknya.
Sebelum Letak Harga, Tengok Dulu Apa Pembeli Beli
“Terkejut beruk saya dengar bila cousin saya bawa balik nasi dan bil ni. Takkan nasi goreng bodoh macam ini jatuh sampai RM11 lebih.”
“Agak-agak lah pun nak ikut menu nya harga.”
“Tengoklah makanan dulu sebelum nak kira kan. Gila ke apa hanya nasi dan telur harga dikenakan sampai macam ini.”
Pintanya agar pihak yang berkenaan memantau para pekerja mereka yang baginya tidak adil langsung untuk dirinya sebagai pembeli.
MW : Pun setuju dengan apa yang Fiza luahkan itu. Kadangkala peniaga ini pun, letak harga macam tak agak-agak rasionalnya.
Hakak sendiri pernah dicaj RM16 untuk 2 bungkus nasi kosong dan sepinggan kecil sotong goreng kunyit.
Yang lebih rasa PEDIH tu, gerai makan itu taraf-taraf gerai tepi jalan je.. bukan bistro atau restoran tau.
Puas suruh kira semula. Tetap peniaga tegaskan itulah harga betul yang dia letak. Hmm… dunia.. dunia..
Sebelum ini, mak-mak rasa lega bila Menteri Pendidikan, Dr Maslee Malik keluarkan kenyataan akan menukar kasut putih pelajar sekolah kepada kasut hitam.
Bermakna kasut putih yang sedia ada itu, anak-anak kita masih boleh gunakan lagi. Mak-mak masih punya masa. Tidaklah nanti jatuh membazir. Terkini timbul pula persoalan mengenai warna stokin pelajar.
Sebagaimana yang dibangkitkan oleh Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin beliau mahukan penjelasan kementerian mengenai penyelarasan warna stokin.
Adakah dikekalkan stokin putih atau sebaliknya, selaras dengan penguatkuasaan pemakaian kasut hitam kelak.
Penjelasan daripada pihak kementerian akan memudahkan para peniaga bersiap sedia dengan stok stokin hitam pada tahun hadapan.
Ini Jawapan Dr Maszlee Malik Mengenai Warna Stokin Pelajar
Kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kementeriannya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai warna stokin selepas pihaknya mencapai persetujuan dengan pihak yang berkaitan.
Bermakna mak-mak tak perlu lagi tergesa-gesa membeli kasut hitam. Sebabnya kementerian masih memberi masa selama tiga tahun untuk benar-benar menukar sepenuhnya pemakaian kasut hitam.
Tentunya mak-mak tak sabar nak tukar kasut putih anak kepada hitam. Tak ada lah nanti ada adegan ‘jeritan tarzan’ bila tiba bab basuh kasut sekolah.
Mak-mak pula pilih yang mana stokin putih atau hitam?
Sumber/Foto : Sinar Harian, Utusan Online
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...