Boleh buat mee kuah ini. Senang dan simple sahaja. Mee kuah ini bila sudah siap, sukatan yang disediakan ini bolehlah 5 orang makan.
Terdapat banyak resipi mee kuah yang dikongsi oleh warganet di media sosial. Setiap orang mencipta resipi mengikut citarasa masing-masing. Oleh itu tak hairanlah jika ada antara bahan-bahan yang digunakan itu berbeza.
Teringin ingin makan mee kuah? Apa kata boleh cuba resipi yang dikongsikan Cik Puan Sarah ini. Wanita ini menggunakan udang dan rebusan air udang bagi menambah kemanisan mee kuah resipi hasil tangannya sendiri.
Boleh Cuba Resipi Mee Kuah Perkongsian Cik Puan Sarah Ini.
“Mee kuah cara saya. Senang dan simple. Cara masak saya bubuh kat bawah ye. Selamat mencuba.”
Bahan-bahan
Bahan-bahan Mee Kuah
Bawang putih 4 ulas
Bawang besar 1 biji
Bawang merah 5 biji
Cili kering (rebus)
Daging
Udang kecik
Cili sos 5 sudu
Garam/gula
Ubi keledek 3 biji (sedang besar)
Rebus ubi sampai lembut. Toskan ubi dan kisar. Kisarkan bawang dan cili yang telah direbus.
Kemudian rebus udang sampai masak. Toskan udang dan kopek kulit dan kepala udang. Air rebusan udang jangan buang ye. Kemudian kisar kulit dan kepala udang dengan air rebusan udang tadi. Kisar sampai hancur. Selepas itu tuang dan tapiskan air ini. Kemudian ambil isi udang dan kisar juga sampai hancur. Saya guna udang untuk bagi kuah ada rasa manis.
Ads
Macam ini apabila semua siap dikisar. Di sini ada ubi yang telah dikisar, bawang yang telah dikisar dengan cili, udang yang telah dikisar, dan kepala udang dan kulit udang yang telah dikisar. Sementara itu rebus daging sampai empuk. Saya rebus dalam rice cooker aje.
Panaskan minyak. Tumiskan bawang dan cili yang telah dikisar. Ikut nak pedas banyak mana ye. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan cili sos, kacau sebati. Nak letak sos tomato pun boleh tetapi jangan banyak nanti masam. Letak ½ sudu sudah cukup.
Ads
Dah agak kering cili kisar tadi, masukkan ubi. Kacau dan biarkan kering sedikit. Masukkan air daging dan air udang. Masukkan garam, gula dan kacau sebati. Masak sampai naik minyak. Saya guna api slow je.
Dah naik minyak. Kuah sudah siap. Siapkan bahan-bahan hiasan. Selepas itu tuangkan kuah ke dalam mee. Inilah hasilnya, mee kuah.
MW: Menurut Cik Puan Sarah dengan resipi yang diberikan inilah boleh lebih kurang 5 orang makan.
Ada cara dan resipi mudah rupanya nak buat Bubur Asyura Utara. Ikut sukatan ni boleh dapay 1 loyang besar. Memang puas hati dan berbaloi bila buat sendiri.
Bukan apa, selalunya bila masuk bulan Muharam atau hari Asyura pada 10 Muharam, ramai yang meraikannya dengan buat Bubur Asyura serta mengagihkan kepada jiran tetangga.
Bubur Asyura pula mempunyai pelbagai versi, bergantung pada ramuan yang digunakan mengikut negeri masing-masing. Bagi negeri-negeri bahagian pantai timur mahupun utara, Bubur Asyuranya jenis manis berlemak dan kaya dengan pelbagai jenis kekacang. Namun paling penting, ia perlu dimasak lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.
Nak belajar buat Bubur Asyura Utara boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nur Aishah Md Saad ini.Memang mudah!
BUBUR ASYURA UTARA. Hanya 2 cawan tepung dan guna santan kotak. Teringin nak makan, semalam terus buat. Resipi mudah dan cepat.
Bahan A
2 cawan Tepung beras
2 sudu Tepung jagung
1 kotak Santan (200ml)
4 cawan air (ikut cawan sukatan tepung)
1 sudu kecil garam
3 helai Daun pandan
1 cawan Gula putih, Gula merah agak-agak nak manis atau warna macam mana. Masak atau bancuh dengan 1 cawan air panas
(Campur semua bahan A siap-siap dalam kuali. Jangan buka api lagi) Setelah kacau semua baru buka api perlahan)
Bahan B
1 tin Jagung
1/2 biji Ubi keledek (potong dadu dan rebus)
1/2 cawan Kacang hijau (rebus dulu)
1/2 cawan Kacang merah (rebus dulu)
1/2 cawan Kacang kuda (rebus dulu)
(Campur semua bahan B setelah bahan A hampir nak masak).
Cara Membuat :
Masak bagi lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.
Tuang dalam bekas dan tunggu sejuk boleh makan.
Mingguan Wanita: Sedapnya, bubur asyura versi utara ni. Lemak manis rasanya. Ikut sukatan ni boleh dapat 1 loyang besar. Boleh cuba nanti buat sendiri di rumah. Boleh agih pada jiran-jiran juga.
Macam-macam versi boleh dicuba untuk masak ikan patin. Ada yang buat asam pedas, lemak atau goreng. Yang paling famous tentulah tempoyak ikan patin.
Resepi tempoyak ikan patin ini pun bermacam versi juga. Tapi versi yang dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar inilah resepi asli yang orang Temerloh biasa guna. Tak pakai bawang pun.
Bahan masakannya cuma guna cili, kunyit hidup, tempoyak ikan patin dan daun kesum. Tapi percayalah.. hasilnya memang wallah.. sedap!
Syaratnya ikut langkah demi langkah yang diterangkan dalam gambar. Ada juga sesetengahnya yang memasukkan sedikit lengkuas. Terpulang..
Dan tentulah rasa herba itu akan bertambah. Apa pun dalam memasak ini, air tangan ibu yang penting. Walau macam mana ibu godek, jika ia dari air tangan ibu tentu anak mahupun suami menambah berpinggan-pinggan.
Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang
Bahan-Bahan
1 ekor ikan patin
1 senduk tempoyak
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan
7 – 15 biji cili api – nak pedas tambah ler
1 inci kunyit hidup
Air
Garam
Gula
Step Memasak
Korang nampak bahan-bahan tuh, pegi ambil blender, blender le dengan air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut taste memasing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.
Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Campaklah sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.
Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. Cik Tie suka manis sikit. Tunggulah sampai masak. Mak jemah kat sebelah dah bau tempoyaknya, boleh la hantar kat jiran sebelah.
Sedapnya kalau dapat makan ikan kembung panggang yang dibubuh kuah percik. Sudah siap makan dengan nasi panas. Sedapnya! Nak makan begitu sahaja pun boleh.
Bagi yang tidak tahu untuk buat kuah percik, apa kata cuba resipi dan cara buat yang dikongsikan oleh Azira Mamat ini. Resipinya mudah dan bahan-bahannya guna sukatan agak-agak sahaja. Maknanya kita boleh bubuh bahan-bahan itu ikut citarasa sendiri.
Boleh Cuba Ikut Resipi Ikan Kembung Kuah Percik Oleh Azira Mamat.
“Alhamdulillah sekian lama tak masak ikan percik, ari ni buat la menu kesukaan sendiri .Kebetulan semalam gi pasar ada ikan kembong fresh dan besar so kita beli la beberapa ekor.
“Cara masak zisss buh kat gamba.Ni guna dapur biasa je,memang comot la dapur tapi siap bakar boleh je kemaskan.So tak de hal..
“Ratah pun tak cukup huhuhu.
“Silakan mencuba resepi zisss.”
Resipi Ikan
Ikan kembung
Kunyit hidup -ditumbuk
Garam
Cara Masak Ikan
1-First lumur ikan dengan kunyit hidup dan garam. Garam sikit je sebab nanti kuah percik dah masin. Bakar atas dapur.Tak nak berair toskan ikan tu ye.
Bahan Kuah Percik
*Bawang merah.
*Halia.
*Lada kering. *Kisar semua bahan-bahan ini*
Santan
Garam dan perasa secukup rasa
Asam keping
Serai
Air (Bahan-bahan agak-agak je ye)
1-Bubuh semua bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk. Masukkan sekali santan, garam, perasa dan asam keping. Air masukkan sikit je sebab tak nak kuah jadi cair.
2-Lepas itu masukkan serai. Dah masak.
3-Kuah tadi bubuh atas ikan. Biar ikan separuh masak dulu sebelum bubuh kuah.Biar je kering atas dapur. Dah kering terbalikkan dan bubuh kuah sebelah bahagian lagi.
4-Tadaa dah masakkk. Ada juga ayam percik. Resepi sama je.
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.