Informasi

Maybank Lancar Kad Debit Visa Edisi Terhad BTS ‘Arirang’, Peminat Boleh Dapatkan Di 12 Cawangan Terpilih

Share

Tular beberapa keping gambar orang ramai beratur demi dapatkan kad debit

visa Maybank edisi terhad BTS WORLD TOUR ARIRANG pada hari ini, sanggup ya walau makan masa!

Maybank Lancar Kad Debit Visa Edisi Terhad BTS ‘Arirang’

Kad tersebut mula ditawarkan secara rasmi di cawangan Maybank terpilih di seluruh negara hari ini (23 September) dan berdasarkan gambar serta video yang dikongsikan dalam talian, ramai peminat dilihat sanggup beratur untuk mendapatkannya.

Sebahagian peminat telah pun berkongsi gambar kad baharu mereka di media sosial selepas berjaya mendapatkannya.

Haaaa… tetapi ada limit, hanya 60 keping kad disediakan setiap hari di setiap cawangan yang terlibat.

Peminat Boleh Di 12 Cawangan Terpilih

Kad-kad ini disediakan dalam kuantiti yang terhad, jadi peminat yang ingin mendapatkannya di cawangan disarankan untuk tiba lebih awal di cawangan yang terlibat.

Bukit Bintang
Mid Valley
Cawangan Utama KL (Menara Tun Perak)
Dataran Maybank
Cawangan Utama Petaling Jaya
Cawangan Utama Shah Alam
Cawangan Utama Pulau Pinang (Kesatuan Lebuh)
Cawangan Utama Ipoh (Jalan Sultan Idris Shah)
Cawangan Utama Kuantan (Jalan Sultan Abdullah)
Cawangan Utama Johor Bahru (City Square)
Karamunsing (Bangunan Maybank)
Cawangan Utama Kuching

 

Namun bagi pemegang kad debit Maybank sedia ada yang tidak sempat mendapatkan kad tersebut di cawangan boleh memohon penggantian melalui Maybank2u mulai 28 September.

Bayaran penggantian sebanyak RM12 dikenakan untuk pemegang kad sedia ada.

Untuk info, kad edisi terhad ini merupakan sebahagian daripada kerjasama Maybank bersempena dengan siri jelajah dunia BTS yang akan datang, WORLD TOUR ARIRANG.

Published by
Nadia Mohamad