Tahniah diucapkan buat pelakon Mawar Rashid yang sudah selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Raden Seri Rosabella Cinta.
Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017 dan turut dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael yang kini berusia dua tahun.
Raf pula turut mempunyai sepasang anak daripada perkahwinan terdahulu.
Mawar Rashid Selamat Menimang Cahaya Mata Kedua
Berita gembira tersebut telah dikongsikan sendiri Mawar menerusi akaun Instagramnya.
Mawar selamat menimang cahaya mata perempuan yang juga anak keduanya di sebuah perubatan swasta pada pagi Sabtu.
Ads
“Syukur Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan kesemuanya,” tulis Mawar ringkas.
Biarpun belum bersedia berkongsi wajah penuh anak perempuannya itu, Mawar memilih untuk berkongsi nama puterinya itu sebagai Raden Seri Rosabella Cinta.
MW: Tahniah diucapkan buat Mawar Rashid dan suami. Semoga puteri kesayangan mereka ini diberikan kesihatan yang baik dan membesar sebagai seorang yang soleha.
Hari ini, bermulalah hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi beberapa negeri terpilih dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini. Iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah seperti mana dalam ucapannya dalam sidang media sebelum-sebelum ini, sekali lagi merayu kepada orang ramai untuk terus kekal berada di rumah, jangan ke mana-mana serta mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang dua minggu pelaksaan PKP ini.Bagi beliau ia amatlah penting bagi memastikan kes harian berkurangan, sekaligus dapat membendung penularan virus ini.
Memetik hantarannya di Twitter, dalam menghadapi gelombang ketiga pandemik ini orang ramai digesa untuk tidak menghadiri sebarang aktiviti yang menyukarkan penjarakan sosial, serta mengehadkan aktivit-aktiviti luaran yang tidak penting seperti yang digariskan dalam SOP.
Katanya lagi, pematuhan SOP ini penting dikala trend jangkitan COVID-19 di Malaysia jelas menunjukkan peningkatan yang agresif.Diramalkan menjelang bulan Mei 2021, peningkatan kes harian boleh mencecah sehingga 8,000 kes.
Selain PKP, PKPB pula dilaksanakan ke atas 6 negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan, dan PKPP di Perlis dan Sarawak.
MW: Setuju sangat dengan saranan oleh Ketua Pengarah Kesihatan ini. Sama-samalah kita tetap terus duduk di rumah dan hadkan pergerakan yang tidak perlu. Semoga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 2 minggu ini, dapat membantu mengekang gelombang ketiga pandemik COVID-19 ini di negara kita.
Penyanyi terkenal dan disegani ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah menghantar bantuan berupa barangan keperluan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan mangsa banjir di beberapa tempat di Benta dan Kuala Lipis, Pahang, semalam.
Difahamkan, bantuan fasa pertama itu turut diedarkan kepada mangsa banjir atau keluarga yang tidak dapat ke PPS.
“Bekalan barangan keperluan dihantar dari Kuala Lumpur kerana beberapa hari ini sukar mendapatkan bekalan yang cukup dari daerah sekitar di Pahang yang mengalami banjir.
“Semoga perjalanan team kami ke sana dipermudahkan Allah, fasa pertama dan moga dilapangkan terus rezeki untuk fasa seterusnya.
“Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tetapi keadaan saya tak mengizinkan.
“Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa?
“Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana.
“Moga dipermudahkan buat kita semua,” kongsi Siti menerusi hantaran di akaun Instagramnya.
“Alhamdulillah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat saya membesar.
“Jauh di mata, dekat di hati. Terus tabah, moga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Sebelum ini Siti meluahkan rasa sedih apabila sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di Kuala Lipis ditenggelami banjir hingga paras bumbung.
Penyanyi yang sedang hamil anak kedua ini menerusi Instagram telah memuat naik gambar bangunan menempatkan kelasnya dulu, kini hanya kelihatan bahagian bumbung saja akibat ditenggelami banjir.
“Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya. Allah!
“Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir. Ada ni akaun di bawah.
“Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir.
Repost @rozisangdewi
“Melihat keadaan SMK Clifford, Lipis, pagi ini membuatkan saya sebak. Sekolah yang sudah berusia lebih 100 tahun, mempunyai khazanah-khazanah tahun bertahun, sejarah yang tak mungkin ada galang ganti, hampir tenggelam sepenuhnya.
“Bangunan sekolah, asrama, surau, dewan, pejabat guru, galeri, padang dan kantin, sudah tidak kelihatan kecuali bumbung sahaja.
“Hari ini, sebagai Naib Yang DiPertua, alumni LOCA atau Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford, Lipis, Pahang, saya mengalu-alukan jasa baik dan sumbangan kalian dalam bentuk kewangan (kecemasan) .
“Akaun Maybank LOCA
556114503768
“Dan sumbangan lainnya pada hari gotong royong pembersihan nanti seperti tenaga sukarela, waterjet, makanan, minuman dan sebagainya. Saya akan maklumkan lebih formal selepas ini.
“Moga Allah memudahkan usaha ini. Aamiin” kongsi Siti.
MW: Semoga segala bantuan yang disalurkan dapat memberikan membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Kuala Lipis.
Kalau ditinjau dapur mak-mak, memang penuh dengan alat perkakasan dapur. Macam-macam corak, bentuk dan jenis, ini belum lagi aneka kuali, periuk dan sebagainya. Sudip kayu, rasanya mesti setiap dapur mak-mak ada dengan alat ini.
Bukan setakat sudip kayu, ada juga mak-mak suka gunakan jenis besi, silikon dan warna yang pelbagai dan tentunya mak-mak gunakan mengikut kesesuaian dengan periuk memasak. Betul tak?
Malah, tak hairanlah ada mak-mak yang suka guna sudip satu jenis sahaja, baik memasak atau menggoreng sampaikan ada yang dah tak nampak ‘rupa’. Sebab sayang dan ‘sedap’ guna sudip ini.
Tak kisahlah apa bentuk jenis, corak atau warna senduk atau sudip pun. Tapi yang ingin ditekankan di sini adalah tentang sudip kayu yang biasa mak-mak gunakan. Hati-hati tiap kali mak gunakan. Boleh bahaya kan diri, malah bimbang kita sahaja turut terkesan kalau terjadi pada ahli keluarga kita.
Perkongsian daripada Nur Iffahain ini boelh dijadikan panduan buat mak-mak teutamanya yang suka menggunakan sudip kayu. Inilah yang dialami sendiri oleh dirinya. Malah, dia bersyukur kerana tidak berlaku pada anak-anaknya.
Selumbar dari sudip kayu. Sangat-sangat bahaya. Bagaimana rasa sakitnya yang bernyut-denyut.
Kejadian yang berlaku pada waktu petang. Ketika itu, dia tidak perasan selumbar yang sudah pecah dan terkeluar dam masuk dalam sambal yang dimasaknya.
Apabila makan hidangan tersebut, dia mula terasa sakit sebab selumbar telah tersangkut dalam tekak.
Malamnya tidak dapat tidur dan makin berdenyut-denyut. Memandangkan sakit yang tidak mampu ditahan-tahan, dia pergi ke hospital di bahagian kecemasan. Daripada pemeriksaan, doktor telah menjolok dalam tekak untuk melihat apa yang menyebabkan rasa sakit itu. Hasilnya tidak nampak apa-apa.
Oleh kerana masa pemeriksaan itu sudah lewat malam, doktor hanya memberi ubat tahan sakit dan meminta dia merujuk ke Klinik ENT keeseokkan harinya.
Keesokkan paginya, dia terus ke Klinik ENT dan berjaya membuang selumbar (masuk kamera) yang melekat pada tekak.
Hati-hati dengan sudip kayu. Dia bersyukur kerana dirinya yang kena bukan anak. Maklum sahaja, sudip inilah yang selalu dia gunakan untuk memasak menu kesukaan anak-anak.
Jadi, pesanan untuk mak-mak di luar sana:
MW: Pesanan untuk diri sendiri juga. Kalau dah lama guna, buang sahaja, gantikan yang baru. Tak perlulah sayang nak buang. Kena fikir kesihatan dan kesihatan siri serta keluarga.
Lagi kejadian kanak-kanak terjatuh dari apartment di Kajang Selangor. Cukup tragis kerana anak lelaki berusia 11 tahun itu masih bersuara waktu jatuh dan akhirnya disahkan pergi buat selama-lamanya.