Mat Dan Latih Lidah Makan Makanan Berbau, Sedap Boh!

Baunya memang busuk, tapi sedap tak hingat! Sebut saja petai, jering, kerdas, budu, tempoyak, cencaluk, belacan, pekasam; mak ai! Memang baunya menusuk hidung, tapi tetap jadi pujaan ramai kerana rasanya yang enak!

Selain dimakan mentah, ia boleh dimasak dengan pelbagai masakan seperti sambal, masak lemak cili padi, rendang dan sebagainya. Peh, menjilat jari!

Sebab itu, ulam-ulaman yang berbau ini masih jadi pilihan ramai sebagai perangsang selera tiap kali menikmati hidangan. Tapi, ramai juga yang tak gemar, alasan baunya yang ‘busuk’, tak boleh tahan. Ada juga yang malu untuk makan, sebab kata mereka orang kampung saja yang makan makanan/ulaman berbau ini!

Itu pendapat masing-masing. Tapi kalau pun tak makan, jangan sampai merendah-rendahkan makanan tersebut. Malu dan bimbang dianggap kampung konon, sedangkan orang luar pun suka makan dan mengakui akan khasiatnya!

Mat Dan Latih Lidah Makan Makanan Berbau, Sedap Boh!

Selebriti ‘mat saleh’ yang sudah lebih 10 tahun tinggal di Malaysia ini, dikenali sebagai Mat Dan, mengakui, walau pun berasal dari UK, namun dia suka dengan makanan yang berbau seperti petai dan budu.

IKLAN

Mainan Minda Saja…

Berkongsi dengan penonton Mingguan Wanita Talkshow, Mat Dan berpendapat, tak ada satu makanan pun di dunia ini yang tak sedap. Katanya, semua itu adalah apa yang kita fikir. Tak kira makanan itu berbau, rasa pahit dan sebagainya, semua di’set’ di minda.

Malah menurut Mat Dan, selepas mengambil keputusan untuk tinggal di Terengganu, dia latih (educate) lidah dia untuk rasa dan mencuba makanan tempatan terutamanya budu. Akhirnya sekarang, semua makanan itu dah jadi favourite dia. Kata Mat Dan, lidah boleh dilatih mengikut apa yang kita nak. Yang penting, jangan takut dan malu untuk ‘explore’ dan mencuba.

Mat Dan yang mengakui dirinya sangat menggemari budu dan masakan singgang Terengganu, menyatakan terdapat banyak khasiat di dalam makanan yang dianggap ‘berbau’ ini. Contohnya petai, yang punya khasiat tersendiri dari sudut kesihatan. Pahit yang berkhasiat tinggi!

Mat Dan turut cuba memperkenalkan makanan Malaysia kepada keluarganya di UK namun setakat ini, mereka masih belum dapat terima makanan yang berbau ini termasuk durian.

IKLAN

Mat Dan Latih Lidah Makan Makanan Berbau, Sedap Boh!

Info Tambahan:

1.Ulam-ulam kaya dengan serat, termasuklah yang berbau seperti petai dan jering. Namun, untuk mendapatkan khasiatnya, perlu konsisten memakannya.
2. Semua sayuran termasuk petai boleh membantu mengawal darah tinggi dan kencing manis tapi ia bukan mengubati, tapi boleh membantu mengawal/mengurangkan gula dan mengawal darah tinggi.
3. Wanita yang mengandung boleh makan makanan yang pahit seperti ulam-ulaman. Tapi elakkan makan makanan yang ada cuka dan masam kerana ia tidak menyihat.
4.Makanan yang diperam pula, dahulu diperam untuk tahan lama kerana tiada peti sejuk. Namun kini, makanan peram dikhuatiri akan menambah pengambilan sodium (garam) yang boleh meningkatkan risiko kanser perut dan usus. Untuk pengetahuan, kanser usus adalah yang kedua tertinggi untuk lelaki dan wanita di negara kita.
5.Makanan yang diperam juga dikhuatiri ditambah dengan perasa dan pewarna, yang tidak bagus untuk kesihatan, mungkin didorong harga bahan asasnya yang makin mahal.

Ikuti kupasan selanjutnya berkenaan topik ‘Busuk Tapi Sedap’ ini di dalam siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow, jam 8 malam nanti, bersama hos Siti Elizad dan Raden. Tetamu lain ialah Puan Hafizah Sobri, Pegawai Dietetik;  Omar Stirling, pakar motivasi; Lisa Surihani dan Daphne Iking.

#MingguanWanitaTV

#MingguanWanitaTalkShow

IKLAN

#MingguanWanita

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Foto: IG Mat Dan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI