Oles Masker Susu Di Wajah, Lepas 40 Minit Kulit Bersih Cerah Gebu

Salah satu cara kawal wajah daripada jeragat, adalah rajin memakai masker di wajah. Ini pesan pakar kecantikan spa yang mak-mak kena tahu. Jom cuba masker susu ini, cara nak buatnya pun mudah saja.

Mak-mak yang ada anak kecil lagi mudah nak buat, lagi-lagi anak yang minum susu tepung itu. Sebab itu salah satu bahannya dari 3 bahan yang akan mak-mak pakai. Petua alami ini dikongsikan oleh Yanie Rosdi.

Katanya ini rutin hujung minggunya. Yang membolehkan si pemakainya dapat kulit cerah gebu.

Rajin Pakai Masker, Hilangkan Parut Jerawat

Hilangkan felk hitam dan parut jerawat. Kalau rajin buat je setiap hari. Pasti dapat hasil yang WOW!

Sekarang ni wanita semua dah bijak memilih.

IKLAN

dah ada kesedaran tentang pentingnya makanan kulit secara alami.
Back to nature omputih cakap.

Masker wajah merupakan cara merawat wajah yang sudah lama diamalkan ramai wanita sejak dulu lagi.

Nak hasil luar biasa, usaha pun kenalah seiring kan.

IKLAN

Hanya 3 bahan di dapur mampu pudarkan parut dan putihkan wajah cara alami.
Yelah korang jangan 100% bergantung pada produk semata-mata kan.

7 Khasiat Masker Susu

1.  Mampu menghilangkan mata panda
2.  Mencerahkan kulit
3.  Mengecilkan pori-pori kulit
4.  Melembabkan kulit kering
5.  Menyamarkan noda hitam
6.  Mengencangkan kulit wajah
7.  Menghilangkan jerawat

 

IKLAN

DIY Masker Susu Putih Gebu Guna Bahan Dapur

Bahan-bahan :

Putih Telur
Lemon
Susu Tepung (pakai brand apa pun boleh)

Cara :

1. Bancuh semua dan oleskan pada seluruh muka.
2. Biarkan di wajah selama 40 minit kemudian bilas.

Nah! pegang kulit muka tu, rasa gebukan.. amalkan dari sekarang, nanti kesannya putih gebu.

Sumber/Foto : Yanie Rosdi