Kecantikan

Masker Skrub Serbuk Kopi Terpakai, Ini Cara Alami Singkirkan Kedutan Pada Wajah

Share

Semakin meningkat usia, ditambah pula dengan melalui proses bersalin membuatkan kulit wajah wanita berubah. Tak lagi setegang sebelumnya. Akan timbul juga kedutan pada tepi-tepi mata. Rupanya dengan masker skrub serbuk kopi terpakai berkesan hilangkan kedutan pada kulit wajah.

Mereka yang jenis kulit sensitif pada produk yang ada bahan kimia pun sesuai mencuba kaedah menggunakan bahan semula jadi ini. Ikuti perkongsian daripada Azwani Muzammel

cara membuat masker skrub serbuk kopi terpakai dengan campuran bahan alami.

Kulit Flawless Dengan Masker Skrub Serbuk Kopi Terpakai

Dah lama nak kongsikan tips ini. Sambil-sambil memasak dan membasuh pun boleh tepek ni. Sebelum tidur, saya spray facemist dan belai diri dengan minyak serai wangi

.’

Cara ini merawat kedutan pada kulit. Ia juga menjadikan kulit muka lebih tegang selepas perawatan.”

Serbuk kopi lepas guna sayang nak buang. Jadi Gaulkan dengan serbuk kopi dan putih telur (Boleh gantikan dengan air mawar atau bedak sejuk).

 

 

Gaulkan rata dan oleskan pada wajah anda. Biarkan sampai kering kira-kira 15 ke 20 minit. Sambil itu boleh sambung buat kerja rumah.

 

 

Lepas 20 minit, bersihkan wajah dengan air dingin. Lepas cuci bersih-bersih, serius rasa lain sangat dekat kulit muka.

 

 

Sumber/Foto : Azwani Muzammel

 

 

IKLAN