Masakan tradisi tak pernah mengecewakan. untuk dinikmati sekeluarga dan kongsikan dengan golongan muda agar masakan tradisi ini tidak lapuk dek zaman. Kalau makan, tak sah kalau tak bertambah ye.
MASAKAN GULAI MINANG NANGKA BERSAMA BABAT
BAHAN-BAHAN:
500 gram nangka muda – potong dadu dan rebus
300 gram babat/perut – cuci bersih, rebus dan hiris kecil
500 ml santan
3-4 helai daun limau purut
2 batang serai – titik
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
6 biji cili padi
2 biji cili merah
4 biji buah keras
IKLAN
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serai, daun limau purut dan kacau lagi.
3. Seterusnya masukkan babat, kacau seketika, masukkan santan.
4. Setelah mendidih, masukkan nangka, asam gelugur.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setelah cukup rasa, tutup api.
7. Gulai nangka sedia dihidangkan.
IKAN PARI ASAM TUMIS BEREMPAH BERSAMA TERUNG
BAHAN-BAHAN:
500 gram ikan pari – cuci bersih dan tos
5-6 biji terung Siam (warna ungu kecil) – buang tangkai
3 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan air asam jawa
4 helai daun limau purut
1 sudu makan rempah biji
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
3 sudu makan minyak masak – untuk menumis
IKLAN
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah biji, serbuk jintan manis, pes cili kering, daun limau purut bersama bahan kisar.
2. Selepas naik bau, masukkan air asam jawa.
3. Kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan ikan pari.
4. Tambahkan sedikit air, setelah mendidih, masukkan terung.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, biarkan mereneh seketika baru tutup api.
7. Sedia dihidangkan.
Bila fikir nak masak menu apa untuk keesokan pagi, ibu-ibu mesti jadi pening. Sebenarnya senang saja janji kita kreatif dan pandai berjimat.
Lebihan Sambal Bilis Nasi Lemak yang dibuat sehari sebelum boleh disimpan di dalam peti dan kemudian dijadikan menu yang mudah dan sedap iaitu Pau Goreng Inti Sambal Bilis.
Sarapan ringkas namun enak.
Pau Goreng Inti Sambal Bilis Boleh Disejukbeku
Selain mudah, memang gerenti sedap. Jangan risau jika kuih yang dibuat banyak berlebihan sebabnya pau ini juga boleh disejukbeku. Jadi goreng saja mana yang hendak dibuat selebihnya simpanlah dalam peti sejuk ya.
Apatah lagi hari ini ramai ibu-ibu yang sudah keluar bekerja, jadi bolehlah kuih ini disejukbeku bila-bila rasa nak makan, keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Mudah kan!
Bantu Jana Pendapatan
Selain itu, jika ibu-ibu dirumah yang nak menolong suami menjana pendapatan boleh juga jadikan kuih ini sebagai bisnes. Kuih Frozen Pau Goreng Inti Sambal Bilis Ini tidak memerlukan modal yang besar. Semua barang masakan mesti ada di dapur anda!
“Tak Dapat Nasi Lemak Tak Apa, Asalkan Dapat Pau Goreng Inti Sambal Bilis”
Resipi Pau Goreng Inti Sambal Bilis yang dikongsi oleh Mama Shida kali ini cukup istimewa.. Mama Shida menerangkan sememangnya kuih ini menjadi kesukaan turun terumun sejak dia kecil lagi.
“Bila ada sikit kelapangan teringin pulak nak kongsi Pau Goreng Inti Sambal Bilis. Pau ni zaman sis sekolah, ia memang kuih paling laris dan popular di kantin. Lambat beratur kempunanlah jawabnya. Nasib sis dah kawtim dengan akak kantin, simpankan tiga biji setiap hari. Tak dapat nasi lemak pun takpa asal dapat pau goreng ni.
“Bila dah ada anak-anak sis cubalah buat pau macam akak kantin tu punya, sekali dua tak berapa menjadi tapi bila dah kerap buat, ubah sana sini, akhirnya menjadi dan anak-anak suka. Biasanya, alang-alang buat tu sis akan buat lebih dan diforzenkan, bila teringin terus goreng je.
“Kalau korang nak tau, rasanya lebih kurang je dengan Burger Malaysia, bezanya bau ini inti di dalam dan lebih mudah dimakan berbanding Burger Malaysia tu dibelah tengah, dimasukkan sambal dan hirisan timun.
“Rasanya kalau korang nak buat kuih frozen atau jual, sis yakin ia mesti laku. Nak cuba ini resipinya, sis share:
PAU GORENG INTI SAMBAL BILIS
BAHAN-BAHAN: 1 paket yis kering 1 sudu pekat susu pekat manis 1 sudu makan gula 1 cawan air suam
BAHAN KERING: 4 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh garam 1/2 cawan minyak atau marjerin
BAHAN INTI SAMBAL BILIS: 1 cawan ikan bilis yang siap kopek | cuci bersih dan kisar kasar 1 biji bawang holland | potong dadu 2 ulas bawang putih | cincang halus 3 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan air asam jawa 1 kiub pati ikan bilis Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis dan menggoreng pau.
CARA MEMASAK:
Campurkan yis, susu pekat manis, gula dan air suam dalam mangkuk adunan.
Kacau dan biarkan yis kembang lebih kurang 15 minit.
Sementara itu, semua bahan kering kekcuali minyak disatukan diayak dalam belas.
Masukkan minyak atau marjerin adun hingga menjadi seperti serbuk roti.
Setelah campuran yis kembang, masukkan ke dalam adunan bahan kering.
Uli sebati lebih kurang 7-10 minit atau hingga doh tidak melekat di tangan lagi.
Tutup dan biarkan mengembang lebih kurang 45 minit.
Sementara itu bolehlah buat inti sambal bilis.
Panaskan minyak, tumis bawang holland hingga layu, kemudian masukkan bawang putih.
Apabila wangi, masukkan pes cili, kacau rata hingga timbul minyak.
Masukkan ikan bilis dan air asam jawa. Tambah sedikit, dan biarkan ia mereneh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tumis hingga sambal bilis garing dan timbul minyak.
Angkat dan tapis minyaknya, Ketepikan dan sejukkan.
Doh pau yang sudah siap dibulat-bulatkan sebesar bola pingpong,
Leperkan kemudian masukkan inti dan bulatkan hingga menjadi kuih bom. Buat sampai habis.
Rehatkan lebih kurang 10 minit dan goreng atas api kecil hingga pau berwarna keperangan.
Pau sedia dihidangkan.
PETUA MAMA SHIDA:
Sambal boleh buat awal, selain sambal bilis, korang boleh juga guna sambal sardin, kentang atau rendang, terpulang pada cita rasa.
Sumber/Foto: Facebook @Shida Yasin dan Blog Dapur Shida
Kalau nak buat sotong bakar thai, sila sediakan sotong lebih banyak. Sebab kata Puan FadhilahEsa, nanti tak cukup dan berebut!
Haa… nampak gaya macam sedap sungguh ya. Tengoklah, siap ada inti dalam sotong, dilagakan dengan pencicah tu pula. Bagi mak-mak yang nak cuba menu ini, boleh rujuk resepi yang dikongsi.
Bahan-bahan Buat Sotong Bakar:
Sotong saiz besar
Isi Udang segemgam
Telur 1 biji
Bahan Sos:
5 ulas Cili kecil
4 sudu Gula
secubit Garam
3 sudu Cuka makan
3 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
sedikit air
Hirisan daun ketumbar
Bahan kisar untuk inti:
1 ulas Bawang merah
2 ulas Bawang putih
3 hirisan Halia
Cara-cara buat inti:
Hancurkan isi udang dan gaul dengan telur dan bahan kisar
Cara sumbat:
Sumbat inti tadi dalam sotong. Ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
Cara-cara masak sotong:
Bakar sotong sumbat tadi, (saya guna pemanggang ajaib shj) kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.
Cara-cara Buat Sos:
Tumis semua Bahan. Masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Cara-cara hidangan:
Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan siap utk dimakan.
Lain orang lain caranya nak buat air koktail. Masing-masing ada rahsia nak bagi sedap. Mahunya tak cukup satu gelas, ditambah pula dengan aneka campuran buah-buahan yang pelbagai.
Kali ini Mohamad Hafidz Idris berkongsi resipi koktail yang menjadi rahsia 7 keturunan, katanya. Nak tahu apa rahsia nak bagi sedap, boleh ikut resipi yang diberinya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...