Masakan mak. Itulah makanan yang kita akan cari setiap kali balik kampung. Goreng telur mata pun rasa sedap, asalkan itu mak yang masak. Betapa ajaibnya air tangan ibu. Pergilah mana-mana, mesti tak dapat tanding dengan masakan mak. Betul tak?
Masakan mak jugalah yang cuba kita masak tapi mesti tak jadi dan tak sama kan. Hebatnya. Itulah keberkatan air tangan ibu dalam menyediakan makanan untuk suami, anak dan keluarga. Namun, ada juga mak-mak sekarang ini tidak cukup masa untuk memasak buat hidangan keluarga dan hanya membeli di kedai sahaja. Kita tak tahu dengan gaya pemakanan di luar itu telah mencorak keperibadian anak-anak.
Perkongsian daripada Zulkifli Che Noh tentang pengaruh budaya pemakanan ibu ayah kepada anak-anak ke arah pembentukkan dan keperibadian anak nanti.
Setiap Hidangan Berbeza
Kata orang, masakan ibu adalah hidangan paling sedap biar pun ringkas dan biasa-biasa sahaja.
Ya, ibu adalah orang yang bertanggung jawab memperkenalkan makanan kepada anak-anak semenjak di alam rahim lagi. Andai ibu gemar memakan petai, anak di dalam kandungan turut menikmatinya secara tidak langsung.
Begitulah kuatnya pengaruh gaya pemakan ibu dan ayah kepada anak-anak. Ibu bapa yang berketurunan Melayu sudah pasti berbeza menu hidangannya berbanding Cina, India dan sebagainya.
Begitu juga, taraf ekonomi dan sosial yang berbeza turut menentukan gaya pemakanan anak-anak.
1. Ibu Ayah makan manis, anak-anak pewaris Diabetes.
“Kenapa air ni tak manis, tak letak gula ke?” adu ayah mertua kepada anak perempuannya.
“Ayah, dah manis sangat ni!” Rasa gula melekat di tenggorokan saya.
Ads
Ketika baru berkahwin, saya agak terkejut dengan kemanisan hidangan harian keluarga ini. Namun, lama-kelamaan, lidah saya semakin dapat menerimanya.
Jika tidak dibendung, tabiat ini akan menjadi budaya. Maka, tidak hairanlah penyakit kencing manis ayah turut diwarisi oleh anak-anak pula.
Demikianlah, penyakit-penyakit berbahaya yang lain seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Alasan yang selalu didengar, “Keturunan kita memang ada penyakit kencing manis!” Benarkah begitu? Ibu ayah … anda mampu mengubahnya!
2. Pantang lalu, pasti sapu
Ibu ayah yang bijak hanya membenarkan makanan yang dipastikan halal dan bersih sahaja mengisi perut anak mereka.
Ads
Mereka yakin, makanan mempunyai pengaruh terhadap pembentukan jiwa dan keperibadian.
Anak-anak memerhati, bagaimana sensitiviti ibu bapa mereka ketika memilih restoran atau kedai makan untuk menjamu selera. Mereka juga meneliti, apakah jenis makanan yang menjadi kegemaran.
Andai, ibu ayah jenis ‘pantang lalu, pasti sapu’, ‘asal trending, mesti mahu’ tanpa memikirkan tentang status halal atau ragu, anak-anak juga akan terbiasa begitu.
3. Ibu ayah wara’ anak-anak khusyu’
Selesai menceduk lauk pauk, dia menghulurkan pinggannya kepada juruwang untuk ditentukan harga makanan.
Ads
Ketika mula menyuap ke mulut, dia baru perasan telor dadar yang diambil tadi bertindan. Dia segera bangun mengadu kepada juruwang. “Tadi, harga telor dadar ni, kira sekeping atau dua?” soalnya gusar.
Setelah mendapat penjelasan juruwang, baru wajahnya bertukar tenang. Saya terpegun, memerhati gelagat beliau dari meja sebelah.
“Tidak hairanlah, anak-anak beliau kelihatan sangat sopan dan cerdas. Ia lahir dari seorang ibu yang solehah!”
Kesimpulannya, ibu ayah yang mengambil berat soal apa yang ditelan anaknya akan menuai generasi anak-anak syurga yang sihat dan berkat, menyejukkan mata.
Sabda Rasulullah yang bermaksud; “Setiap daging yang tumbuh dari sesuatu yang haram maka neraka lebih berhak baginya.” (HR. Thabrani).
MW: Dalam memberi makanan pada anak-anak, mak ayah jangan terlalu ikutkan kehendak anak terutamanya dalam pemilihan makanan segera. Sebab inilah yang boleh mempengaruhi perkembangan anak-anak nanti.
Sumber: Zulkifli Che Noh
Hati-hati Anak Memerhati 2.0: Pengaruh Budaya Pemakanan Ibu Ayah Kepada Anak-anak)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang bertuah wanita yang merupakan ibu kepada lelaki ini. Masa kan tidak, demi rasa kasih dan tanggungjawab, seorang penghantar barang di China sanggup membawa bersama ibunya yang menghidap Alzheimer pergi bekerja tanpa rasa sukar atau mengeluh sekalipun.
Ubahsuai Motorsikal
Bukan itu sahaja, lelaki yang bernama Cai Yujun, 52, ini juga sanggup mengubahsuai motosikalnya bagi membolehkan ibunya Yang Suxiu membonceng dengan selesa ketika dia membuat penghantaran barang ke kedai komputer sekitar Chengdu.
Sejak disahkan menghidap Alzheimer tujuh tahun lalu, Suxiu yang berusia 92 tahun tidak lagi mampu menjaga diri sendiri, namun sebagai anak, Yujun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.
“Ibu telah bersusah payah sepanjang hidupnya untuk kami sekeluarga, kini giliran saya menjaganya,” kata Yujun.
Sentiasa Memegang Tangan Ibu
Pasangan ibu dan anak tersebut mengelilingi serata bandar bersama dan Yujun akan sentiasa memegang tangan ibunya setiap kali membuat penghantaran.
Bertuahkan! Semoga anak-anak kita juga memiliki sifat terpuji sebegini. Sanggup berbakti, tidak mengeluh dan mahupun mengabaikan mak ayah bila sudah tua dan tatkala diri tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri lagi.
Sekali lagi, kesihatan anak-anak aku diuji bila tersalah ubat. Barang kali ujian 2017 adalah ujian anak-anak sakit, maka terpaksalah aku bertabah biar pun perit. Anak ke-empat aku, Anaqi, sememangnya sejak berusia enam bulan, dia ada ekzema.
Tetapi taklah kronik mana, dengan bantuan krim herba organik. Gatal-gatal dan kesan-kesan merah di muka akan hilang, tetapi ia datang dan pergi.
Selepas 2 Minggu…
Namun dua minggu lepas, masalahnya Anaqi makin kronik. Selain merah-merah yang membentuk duit syiling sepuluh sen menjadi sebesar lima puluh sen dan merebak ke beberapa tempat di kawasan muka. Keadaannnya makin kronik, bila aku suami mula mengemas barang untuk berpindah. Habuk-habuk tersebut menyumbang kepada ekzema Anaqi kembali.
Melihat wajah anak yang handsome menjadi kurang kacak, sebagai ibu haruslah cuak. Apa lagi, dengan segera kami laki, bini bawa anak ke klinik pakar kulit agar dapat rawatan segera. Maklumlah klinik pakar tkenal, haruslah mahal dan aku mempercayai setiap kata doktor itu walaupun dia melihat keadaan kulut anak ku dari ekor mata sahaja.
Malam itu, kalutlah ibu ni menyapu krim yang doktor bagi siang tadi. Alhamdulilah ekzema di mukanya berkurangan, tetapi timbul masalah lain apabila gelembung-gelembung yang terkandung air bisa pecah dan membentuk luka besar. Walaupun susah hati, tetapi krim yang sama aku sapu berkali-kali, biar pun Anaqi melalak dengan harapan nak cepat baik.
Hari ketiga keadaannya makin kronik dan membentuk luka besar seterusnya merebak ke tampat lain. Sekali lagi kami ke klinik kulit dan doktor sarankan kami membawa Anaqi ke hospital. Beberapa kali doktor geleng kepala bila lihat keadaan Anaqi. Menyesal pun ada sebab awal-awal lagi tak bawak anak ke hospital.
Setelah ke emergency, disebabkan tiada pakar kami diminta untuk datang semula esok pagi. Tiba hari yang dinanti, setelah doktor dermatologi melihat keadaan Anaqi, rupa-rupanya dia terkena impetigo. Apa itu impetigo?
Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.
Bagaimana pula impetigo ini boleh berlaku? Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dah menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan. Penyakit ini sangat gatal.
Hampir seminggulah jugak aku habiskan cuti tahunan yang berbaki konon-konon nak melancong ke Switzerland (berangan jer). Allah Maha Berkuasa, mungkin ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Mungkin Tuhan ingin menjentik sedikit perasaan ku yang kadang-kadang terleka dalam menjaga amanahnya. Doakan permata hati ku cepat sembuh seperti sediakala.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menerusi perkongsian saudara Shamsul Faizal menerusi akaun Facebook Shamsul Faizalternyata mengundang sebak bila terfikirkan tentang golongan isteri jika sudah tidak ada di dunia ini lagi.
“Bila pagi, dah tak ada suara dan sentuhan lembut untuk mengejutkan kita. Tak terdengar lagi suaranya yang nyaring memarahi anak yang masih tak bangun-bangun tidur.
“Tidak ada lagi bunyi periuk belanga, pinggan dan cawan berlaga di dapur menyiapkan makanan. Masakan dari air tangannya tidak lagi akan dijumpai sampai bila-bila.
“Dialah seorang jururawat tidak bertauliah yang akan membasahkan kepala ketika kita demam. Menuangkan ubat untuk kita minum. Memasakkan bubur dan sup untuk kita penuhkan perut kita yg lapar sewaktu sakit.
“Dialah juga akauntan tidak bertauliah yg akan menasihati dan mengira perbelanjaan rumah dan keluarga malah dialah yang menjadi bank untuk memberi tambahan dana apabila diperlukan tanpa meminta bayaran balik.
“Ketika kita beremosi, dia akan menjadi kaunselor untuk menenangkan kita. Adakala dia juga menjadi ustazah mengingatkan kita kpd Allah.
“Dia jugalah yg akan menjadi peneman dikala sunyi. Dialah yg memeluk erat dikala tidur dan sekali sekala membangunkan kita tatkala kita bermimpi ngeri di waktu malam.
“Tidak pernah meminta sesuatu diluar kemampuan kita. Tidak pernah merungut berpanas dan berhujan bersama. Bahkan, dia rela berlapar asalkan kita kenyang. Besar sungguh kasih sayangnya pada kita.
“Bebelannya memarahi kita juga hilang ditelan waktu. Dulu mungkin kita bosan tetapi kini kita rindu untuk mendengarnya semula. Sayangnya itu semua tidak mungkin akan kembali.
“Adakala rajukan dan air matanya mengalir kerana perbuatan kita yg melukai hatinya. Walaupun sedih namun dia tetap bersabar dan bertahan dgn kita sehingga ke akhir hayatnya.
“Itulah dia seorang isteri yang taat dan rela berkorban apa saja demi kita. Hanya kita yg tidak mampu untuk melihat dan menghargai segala-galanya.
“Sayangilah dan cintailah sepenuh jiwa kita ketika dia masih ada.” luah Shamsul Faizal.
Mingguan Wanita : Hargailah isteri ya suami. Mak-mak ni jika diorang marah tandanya mereka sayang.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.