Masak TELUR Kuantiti Banyak Guna Kaedah KUKUS Tak Pecah, Tahan Lebih Seminggu!

Share

Jika selalunya pada musim kenduri kendara, telur di rebus dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada para tetamu. Bila merebus, pastinya ada telur yang retak, pecah, serta tidak tahan lama.

Sebenarnya selain rebus, telur juga boleh dikukus agar lebih tahan lama berbanding merebusnya. Mak-mak yang nak masak telur dalam kuantiti yang banyak boleh cuba teknik yang dikongsikan oleh Lina Sahedin

ini.

Berikut perkongsian tersebut;

Baru berkesempatan untuk berkongsi cara mengukus telur yang sangat mudah tidak ada yang rosak walau sebiji pun. Saya mengukus untuk perkahwinan anak saya pada 1hb Januari sebanyak 185 biji, buat seorang saja memandangkan hujan turun tanpa henti di Kuantan.

Telur lebihan ni saya buka pagi ni sudah seminggu, 7hb Januari. Masih ok, cantik tanpa ada air dalam kulit telur.

Cara Mengukus Telur:

1. Basuh kesemua telur dalam air mengalir.


2. Susun menegak / melintang pun boleh dalam loyang pengukus. Janji ok.
3. Panaskan air kukusan sampai mendidih biar 5 minit atau lebih mendidih.
4. Letak pengukus berisi telur pertama 100 biji.
5. Kecikkan api seperti dalam gambar. Kalau api kuat akan ada bunyi telur retak. Jadi perlahankan api lagi, sebab kebanyakkan dapur tak sama.


6. Set jam 40 minit.
7. Cukup 40 minit tutup api. Siap!
8. Susun dalam besen, raga atau bekas yang besar.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Serbuk Kopi & Kulit Telur, Baja BERKESAN Kawalan Perosak Organik!
Hilang Kerja, Isteri Mengandung, Sepapan Telur Itulah Lauk Sebulan Anak-Beranak

Semoga perkongsian ini bermanfaat.Selamat Mencuba!

MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kenduri kendara dan nak rebus telur dalam kuantiti yang banyak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ini. Agar telurnya tak pecah dan tahan lebih lama.

Sumber: Lina Sahedin

IKLAN