Jika selalunya pada musim kenduri kendara, telur di rebus dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada para tetamu. Bila merebus, pastinya ada telur yang retak, pecah, serta tidak tahan lama.
Sebenarnya selain rebus, telur juga boleh dikukus agar lebih tahan lama berbanding merebusnya. Mak-mak yang nak masak telur dalam kuantiti yang banyak boleh cuba teknik yang dikongsikan oleh Lina Sahedin ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Baru berkesempatan untuk berkongsi cara mengukus telur yang sangat mudah tidak ada yang rosak walau sebiji pun. Saya mengukus untuk perkahwinan anak saya pada 1hb Januari sebanyak 185 biji, buat seorang saja memandangkan hujan turun tanpa henti di Kuantan.
Telur lebihan ni saya buka pagi ni sudah seminggu, 7hb Januari. Masih ok, cantik tanpa ada air dalam kulit telur.
Cara Mengukus Telur:
1. Basuh kesemua telur dalam air mengalir.
Ads
2. Susun menegak / melintang pun boleh dalam loyang pengukus. Janji ok.
3. Panaskan air kukusan sampai mendidih biar 5 minit atau lebih mendidih.
4. Letak pengukus berisi telur pertama 100 biji.
5. Kecikkan api seperti dalam gambar. Kalau api kuat akan ada bunyi telur retak. Jadi perlahankan api lagi, sebab kebanyakkan dapur tak sama.
6. Set jam 40 minit.
7. Cukup 40 minit tutup api. Siap!
8. Susun dalam besen, raga atau bekas yang besar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Selamat Mencuba!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kenduri kendara dan nak rebus telur dalam kuantiti yang banyak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ini. Agar telurnya tak pecah dan tahan lebih lama.
Ruang mendobi antara kawasan yang mak-mak boleh hias cantik walaupun dengan dekorasi simple yang boleh dibuat sendiri. Sebagai contoh DIY Laundry Dispenser untuk meletak sabun cecair pencuci dan pelembut pakaian, terutamanya jika dibeli secara ‘refill’. Ia memudahkan, tinggal buka ‘paip’ sahaja dan tak perlu angkat botol yang berat lagi. Hanya menggunakan Balang kuih raya saiz besar sahaja.
Cantik laundry dispenser macam ni kann??
Bajet jangan cakap la..menangiss berhingus gaissss
Jom kita DIY.Boleh refer setiap gambar untuk cara-cara DIY
Balang kuih raya
Kepala paip (Mr. DIY)
PVC socket (Mr. DIY)
Sealing ring/washer (Mr. DIY)
Seal tape
1.Lukis dulu kat mana nak letak kepala paip tu.
2.Lepas tu tebuk lubang. Saya bakar besi chopstick then tebuk lubang dulu..lps tu baru guna pisau..hati-hati tau guna pisau tu.
3.Ni dah siap lubang kena hati-hati takut terlebih tebuk nanti bocor. Dah siap tebuk boleh pasang kepala paip dah.
4.Hydrotest dulu ya.Pastikan tiada air yang keluar.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Menarik juga idea DIY Laundry Dispenser BAJET ni, guna balang kuih raya je. Jadi kalau beli pelembut pakaian atau pencuci yang jenis ‘refill’ boleh masukkan dalam laundry dispenser ni. Bukam sahaja nampak kemas dan cantik tersusun di rak, malah memudahkan tak perlu angkat berat-berat, cuma buka paip je.Namun pastikan letak di tempat tinggi dan jauh kan daripada anak-anak iya.
Geramnya bila tengok orang lain tanam pokok, semuanya subur dan menjadi. Kita pula mula beralasan kononnya ‘tangan panas’ sebab semua pokok yang ditanam asyik mati sahaja. Malah ada juga alasan-alasan lain yang katanya tak ada tempat untuk menanam.
Sebenarnya, semua itu hanyalah alasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau kita rajin, tekun dan usahah, pasti menjadi. Tak adalah yang akan kata ‘tangan panas’, pokok tak menjadi.
Ada banyak cara untuk mak-mak nak pastikan tanaman itu ‘menjadi’ dan dapat hasil yang diinginkan. Hasil untuk makan anak beranak pun dah berbaloi. Jadi, kalau nak tanaman ini menjadi, subur dan gemukkan pokok ada caranya.
Tak perlu membeli baja yang macam-macam. Boleh cuba bahan dapur ini sebagai permulaan. Mana tahu, ia membantu kan! Ini perkongsian daripada Hasil Kebun Keliling Rumah yang boleh mak-mak jadikan panduan dalam memastikan pokok tanaman subur.
Saya mempunyai pengalaman yang kurang enak dikongsikan di sini. Namun apabila tanaman saya tidak menjadi, kurus dan kurang hasil, saya cuba mencari jalan dan cara gemukkan pokok sama ada buah atau daunnya menjadi lebih subur seperti yang diharapkan.
Namun, perkara seperti ini kita jangan kaitkan dengan ‘tangan panas’ atau ‘tiada bakat’. Ia tertakluk dengan unsur-unsur zat yang diperlukan oleh sesuatu tanaman untuk hidup dengan sempurna.
Seperti kita juga, tanpa adanya kelengkapan asas, hidup kita juga tidak sempurna. Hidup memang boleh hidup namun kita tidak dapat menikmati kehidupan yang kita harapkan. Begitulah perumpamaan yang boleh saya berikan.
Di sini saya ingin kongsikan beberapa bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk menyuburkan lagi tanaman kita samaa da daunnya besar, cantik, buahnya besar, manis dan sebagainya.
Saya ada mencuba beberapa bahan ini sendiri dan ada juga info yang saya dapati dari beberapa blog dan belum sempat dicuba lagi.
Kita tidak perlulah bergantung kepada baja kimia sepenuhnya dan kita cuba guna bahan-bahan semula jadi atau organik selain dapat menjimatkan kos kita.
Biasanya, serbuk ini digunakan oleh kedai seperti ‘Starbuck’ boleh digunakan secara terus dengan cara menaburkannya pada pokok yang ditanam. Ia juga boleh direndam terlebih dahulu dan disiram kepada pokok yang kita tanam.
Kontranya pula adalah tidak semua tanaman sesuai menggunakan ‘baja’ ini kerana kandungannya sendiri 2% sebatian nitrogen, 0.3 fosforus, 0.3% kalium dan sedikit unsur mikronutrien boleh menyebabkan tanaman terbantut pembesaran terutamanya pokok tomato.
Jika anda mahu jadikannya sebagai kompos, pastikan serbuk kopi itu mestilah tidak lebih daripada 25% daripada keseluruhan kompos.
Ini pula adalah paling mudah dan sering saya lakukan. Kulit pisang yang dimakan jangan dibuang tetapi jadikannya sebagai penyumbang potassium kepada pokok anda. Kekurangan unsur potassium pada tanaman akan menyebabkan pokok terbantut, daun kuning dan gugur sebelum waktu, akar kurang sihat dan buah masak tetapi tidak sekata. Kulit pisang menyumbang potassium yang mana akan membantu tumbuhan ketika proses fotosintesis.
Cara gunanya mudah dengan memotong kulit pisang dan jemur sehingga kehitaman. Guna dengan menanam kulit di sekitar pangkal pokok. Itu cara yang agak rumit, saya lebih suka meletakkan kulit pisang terus ke keliling pokok dengan menutupnya dengan tanah supaya tidak didatangi serangga seperti lalat dan semut.
Tidak kisahlah telur apa, janji ia mudah di dapati dari dapur. Saya suka guna kulit telur ayam. Setiap hari menggunakan telur sebagai bahan masakan dan kulitnya boleh dikumpul atau terus diproses. Kulit telur ini akan membekalkan sumber kalsium kepada tanaman anda.
Cara gunanya mudah. Saya sering mengeringkan dahulu (jemur) sebelum kulit tersebut dikisar halus menjadi tepung. Tepung yang terhasil di taburkan di keliling pokok.
Ya, yang sudah terpakai sebab kita ingin mengurangkan kos. Rugilah jika guna uncang teh baru. Selepas membancuh teh, uncang boleh terus diletakkan di keliling pokok sama ada diletakkan begitu sahaja atau ditanam bagi mengelakkan serangga seperti semut dan sebagainya.
Uncang ini akan bertindak sebagai humus atau juga dikenali sebagai agen pengekal kelembapan media tanaman.
Sumber seperti kulit udang, ketam, kerang adalah penyumbang unsur nitrogen, phosphorus, kalsium dan chitin yang diperlukan pokok untuk membesar. Namun masalah terjadi menggunakan bahan ini adalah berbau busuk ataupun serangan serangga seperti semut dan lalat kerana ia berbau.
Bagi mengelakkannya, semua bahan-bahan ini dijemur kering dan dikisar halus sebelum digunakan dengan cara menabur di sekeliling pokok. Kaedah yang sama dengan kulit telur. Ia juga boleh ditanam dalam tanah untuk mengelak timbul bau yang tidak enak.
Itulah beberapa bahan semula jadi di sekeliling kita yang boleh digunakan untuk menyihat dan paling mudah.
MW: Bahan-bahan nak gemukkan pokok ini adalah yang biasa kita guna kat daput. Nanti, kalau dah pakai, jangan di buang, letak sahaja kat tanaman mak-mak ye!
Bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kucai. Kalau tak kena gaya, memang tak hiduplah. Ada dua cara, satu semai benih. Satu lagi cara tanam dari ubinya.
Pekebun kecil ini, Siput Lala berkongsi cara beliau menanam pokok kucai atas batas. Cara ini lebih teratur dan nampak kemas. Pokok kucai pun dapat hidup subur nanti.
“Ni saya nak kongsi tip cara tanam sayur. Tapi ni untuk projek kucai saya.”
1. Buat batas. Biasanya batas saiz dalam 3 kaki. Kalau kecik dalam 2 kaki pun takpa. Sediakan lorong untuk keluar masuk. Biarkan dalam 3 kaki jugak. Sebab senang nak lalu lalang wat keja nanti. 2. Dah siap batas boleh letak baja organik. Tak Kira tahi ayam ke tahi kambing ke.. tak kisah. Saya pakai tahi ayam proses jenis halus. Sebab senang buat kerja. Tabur je atas batas. Untuk 8 batas saya ni boleh guna dalam 1 guni baja tahi ayam. Proses ni.. kalau guna yang dari kandang kena biarkan dalam 2 minggu baru boleh becucuk tanam.. macam baja proses ni dalam 3 hari boleh pakai dah. 3. Ok, dah siap tabur semua baru perata tanah bagi kemas-kemas balik batas kita. Kukuhkan tebing batas supaya hujan tak runtuh. Saya kepung bata ja. Dah siap biar 3, 4 hari baru lah masuk benih apa yang kita nak tanam.
√ Kucai ini boleh disemai dari biji atau ubi dia. Kalau pakai biji kena ada rumah semaian. Percambahan dia makan masa. Kalau uni boleh tanam terus dalam sebulan lebih boleh dapatkan hasil.
√ Jadi cepat dan pertumbuhan sekata.
√ Ubi kucai yang banyak boleh dipecahkan kepada beberapa pasu. Dapatlah hasilnya yang banyak nanti.
MW : Memang benar, tanam kucai dari ibu lebih senang. Malah, pokok kucai lebih tahan lama malah boleh cecah bertahun-tahun. Lebih mudah nak tumbuh anak baru. Ini daripada pengalaman wartawan sendiri yang pernah menanam pokok kucai dari ubinya.
Ingin bayar PTPTN guna KWSP? Ketahui syarat kelayakan, langkah permohonan dan perkara penting sebelum membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayaran pinjaman pendidikan.
Ramai peminjam PTPTN...