Sambut raya aidiladha, sudah tentu sinonim dengan daging, terutamanya bagi orang di negeri Pantai Timur, memang cukup meriah sambutan hari raya aidiladha. Namun, ada pula risau kalau terlalu banyak makan daging boleh sebabkan kolesterol naik, darah tinggi dan sebagainya.

Maklum sahajalah, macam-macam jenis resipi yang berasaskan daging disediakan. Daripada sup, goreng, bakar dan sebagainya. Hinggakan tidak perasan, darah tinggi dan kolesterol naik. Bimbang ada yang tinggal di hospital nanti.

Jalan selamat, hanyalah tidak ‘menyentuh’ langsung daging, atau sekadar merasa yang teringin. Ikuti ulasan lanjut tentang kolesterol tinggi akibat makan daging pada hari raya bersama Dietitian Fizah Sobri.

Makan Daging RISAU KOLESTEROL NAIK TIME RAYA NI

Awat hari raya je risau?
Hari biasa tak risau kah?
Betul ke makan daging boleh naik kolesterol?

Pertama kali fahamkan…
KOLESTEROL BUKAN LEMAK
LEMAK BUKAN KOLESTEROL

TAPI MEREKA ADALAH ADIK BERADIK

Perbezaan KOLESTEROL VS LEMAK

Kolesterol
– HANYA ADA DALAM MAKANAN BERUNSUR HAIWAN SAHAJA (maka santan,minyak masak tiada kolesterol)
– hanya boleh dapat bacaan melalui pengambilan darah (tak boleh scan)
– mendapan kolesterol sebesar kepala jarum peniti dah cukup untuk buat salur darah sumbat

IKLAN

Lemak
– ada dalam sumber haiwan dan tumbuhan
– boleh dapat bacaan melalui scan badan (xray, mri,machine body analyzer), tak perlu ambil darah
– lemak berada di luar darah membalut organ dan bawah lapisan kulit, memberi beban kepada organ bekerja overtime

Ada Kolesterol
Daging memang ada kolesterol sebab ia berpunca dari haiwan
Kandungan kolesterol dalam 100gm daging sebenarnya dalam range sederhana lebih kurang sama dengan ayam (70-80gm, bahagian daging ye)

Kira ambil ayam ke daging ke takdak beza dari segi kolesterol
TAPI DARI SEGI LEMAK TEPU YE
(Daging lagi banyak dari ayam)

PUNCA KENAIKAN KOLESTEROL banyak dalam menu kita adalah dari sumber LEMAK TEPU dan TRANS FAT
Untuk turunkan KOLESTEROL mesti amik kira LEMAK juga
Saranan dari American Heart Association 2018 menyatakan bukan sahaja sumber kolesterol tinggi tapi cara masak makanan yang mengandungi kolesterol juga memberi impak kepada kandungan kolesterol dalam badan

3 LANGKAH/STEPS asas untuk turunkan kolesterol

Step 1

IKLAN

Elakkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol
Contoh makanan tinggi kolesterol
-telur
-organ dalaman
-seafood
*makanan2 ini hadkan kepada 1 serving every other day

Lemak tepu(saturated fat)
-butter
-kulit ayam
-makanan berminyak/bergoreng
-susu pekat manis
-santan
*kurangkan pengambilan makanan mcm ni..jika boleh hadkan ke sehari (contoh kalau pagi dah ambil nasi goreng tengahri dan malam ambil lauk sihat seperti bakar,tomyam,singgang lain lain)

Lemak trans

  • fast food
  • bakeri
  • makanan yang digoreng berulangkali – makanan ini ambil maksima  2kali seminggu tu pun paling paling satu hidangan sahaja sebab pengambilan makanan ini boleh meningkatkan kadar kolesterol 4x ganda lebih cepat banding dengan makanan yang tinggi kolesterol

Step 2
-serat ini mampu nak menghalang kolesterol dari makanan anda diserap masuk dalam badan
-serat larut air datang banyak dari fruits.utamakan fruits yang tidak bermusim(jambu,epal,pear,lai) ambil sekali dengan kulit
-insoluble atau serat tidak larut air kebanyakan datang dari sayur hijau.

IKLAN

Perlu ambil antara 6-8 hidangan sehari sayur dan buah(1 hidangan adalah sebanyak 2 senduk sayur masak sekali makan dan buah sebesar buku lali anda)
Boleh membantu turun darah tinggi juga

Step 3
Ambil beta glucan dan sterols untuk bantu keluarkan kolesterol tinggi yg sedia ada dalam badan

Beta glucan sumber dari oats,wheat,barli (min 6 sudu besar sehari)
Sterols datang dari susu khas utk turun kolesterol (hl wrna hijau,nestle omega wrna merah dan anlene heart health). Ikut saranan 2x sehari pengambilan.
Daging sahaja tak salah na…
Salahnya bila dimasak dengan tinggi lemak
Yang salah bila sedut lemak
Salah bila ambil kurang sayur dan buah
Yang salah bila ambil banyak sangat..
1 senduk nasi melamin (bukan senduk masak gulai) masa makan sebagai sumber protein boleh ajer..

p/s: Lemak tepu akan jadi pejal dalam suhu bilik..buang bahagian lapisan atas tu sebelum panas semula.

MW: Tak salah pun nak makan daging tapi kelah waspada terutamanya yang ada maslah kesihatan. Jangan main ‘bedal’ sahaja.

Sumber: Dietitian Fizah Sobri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI