“Masa hiking rasa hilang segala beban!” Sesekali suami kena izinkan isteri leisure. Biarkan isteri lakukan apa yang mereka suka dan minat.
Apatah lagi suri rumah, kebanyakan masa mereka hanya di rumah dan tumpuan hanya pada anak-anak serta keluarga. Oleh itu luangkan sedikit waktu untuk mereka lakukan sesuatu aktiviti.
Masa Hiking
Ikuti perkongsian Dr Taufiq Razif ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Nampak isteri saya punya sengih tak?
Al kisahnya si dia ini sudah tepu sangat jaga anak. Sampai saya kena ‘paksa’ dia gali balik leisure dia.
Dia tahu saya bagi greenlight terus dia cari slot terdekat. Akhirnya dah settle pun. Dia terus naik gunung Yong Yap yang tinggi melebihi 2000 meter tu.
Balik balik sengih dia lain macam. ” Lega abang. Lega! Masa tengah hiking itu rasa macam habis hilang beban!”
Yelah yelah. Anything for you my dear. Awak memang perlukan leisure. Sekuat mana pun manusia pasti ada titik jenuhnya. Tak salah pun mencari sumber kelegaan kerana di situlah adanya sumber kekuatan.
Ads
Jika jenis isteri yang sukakan aktiviti baking, boleh juga hadiahkan sesuatu yang dia suka macam Stand Mixer ni, udahlah cantik, menawan hati pulak tu. Belilah dan hadiahkan untuk isteri.
Mingguan Wanita : Uruskan rumah tangga dan kerja serentak membuatkan mak-mak burnout. Oleh itu sebagai suami, izinkanlah isteri lakukan sesuatu yang membuat hati mereka gembira dan kembali tenang.
Selalunya anak-anak susah sikit nak dengar kata maknya. Maklum saja, anak sudah ‘kalis’ kena marah hari-hari. Belum termasuk lagi bebelan mak bak ‘peluru berpandu’.
Mungkin sebab cara mak lakukan ini setiap hari membuatkan anak susah nak dengar kata. Sedihnya, ada masa ayah hanya senyam seribu bahasa. Ya pun tidak, apatah lagi nak kat tidak.
Sebenarnya, peranan ayah sangat penting untuk tegur supaya anak dengar kata. Selalunya, bila ayah keluarkan satu ayat, kecut perut anak. Jadi, tegurlah anak cara berhemah.
Peranan seorang ayah adalah untuk menegur anak-anak bila dia buat salah
1. Sesungguhnya anak lebih mudah dengar kata-kata ayah berbanding ibu. Ibu marah setiap hari pun, anak tak dengar tapi ayah kata sepatah saja terus menusuk ke jiwanya.
2. Sesungguhnya anak lebih takut dan segan bila ayah marah. Ibu kalau marah, anak bisa ketawa lagi tapi kalau ayah yang marah semua kecut diam.
3. Sesungguhnya anak lebih menunggu pujian dan teguran dari ayahnya berbanding ibu. Pujian dari ayah memberi rasa Gratification ( kepuasan ) dan teguran ayah memberi rasa Self-Reflection ( muhasabah diri )
4. Sesungguhnya anak lebih cepat mengikut gaya ayah berbanding gaya ibu. Ini fitrah kanak-kanak, apa yang ayah buat anak cepat ikut. Maka jadilah contoh teladan yang terbaik buat anak anakmu.
5. Sesungguhnya dalam hati setiap anak ayah adalah hero sejati mereka, hanya ayah yang boleh berikan anak rasa selamat, rasa secure dan rasa diri dia berharga ( self-esteem )
6. Sesungguhnya anak lebih risau kalau ayah nampak kesalahan dia berbanding ibu. Ini karena di mata anak, dia mau kelihatan sempurna di depan ayahnya.
7. Sesungguhnya di kala anak bertemu dengan kawan-kawannya, mereka selalu cerita dan membanding-banding kehebatan ayah masing masing. Kerana ayah adalah simbol kebanggaan setiap anak.
Ruginya kalau kita serahkan mendidik dan memperbaiki anak pada pasangan semata-mata, sedangkan ini tanggungjawab kita bersama.
Positif dampak adanya ayah yang rajin menegur,
a) Anak lebih baik tingkahlakunya ( PQ )
b) Anak lebih stabil emosinya ( EQ )
c) Anak lebih cerdik kognitif jugdement ( IQ )
d) Anak lebih tinggi harga dirinya ( SQ )
Kita saling melengkapi. Pasangan kita tugasnya sebagai guru kasih sayang, tugas kita pula sebagai guru tarbiah anak anak.
Jangan cuak, tegur untuk memperbaiki
Mingguan Wanita : Bila mak-mak selalu marah, anak pun dah terbiasa dan tak heran. Jadi tugas seterusnya kena serahkan pada ayah. Baru anak-anak faham dan tahu.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
“Dalamnya luka di hati hanya allah yang tahu.” Trend isteri pertama bersanding bersama madu.
Ternyata bukan mudah melihat suami yang berkongsi hidup berubah hati dan menduakan seorang isteri. Namun sebagai hambaNya, jika itu takdirnya, mak-mak terpaksa akur.
Menerima kenyataan dimadukan satu perkara, tetapi tolonglah hormati perasaan isteri pertama. Janganlah dipaksa dan diajak ke majlis persandingan suami dengan madunya. Amat tidak adil.
Sudah jadi trend pula isteri pertama bersanding di pelamin yang disediakan ahli keluarga isteri kedua. Jagalah hati semua pihak jika mahu berpoligami.
Nabi Muhammad SAW tidak pernah berpoligami sepanjang perkahwinan bersama Saidatina Khadijah. Walaupun Khadijah tua lebih 20 tahun dari baginda SAW.
Rasulullah SAW mengahwini Khadijah seorang janda hartawan ketika baginda berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun. Begitu setia Rasulullah SAW kepada Khadijah. Bahkan tahun wafatnya Khadijah dikenali sebagai tahun dukacita buat baginda.
Selepas kewafatan Saidatina Khadijah, baharulah Nabi Muhammad SAW berkahwin lain dan berpoligami.
Berbeza dengan kita Orang Melayu Islam. Selagi tangan itu sampai untuk peluk isteri pertama dengan tangan kanan dan isteri kedua dengan tangan kiri, maka mahu ditunjukkan kepada dunia panjangnya tangan itu walaupun kehebatan si lelaki itu tidaklah seberapa dari segi zahirnya dan batinnya.
Tambah malang apabila kurangnya ilmu agama sebagai lelaki berpoligami apabila isteri-isteri menanggung diri sendiri dan suami tergamak mengumpul isteri-isteri dalam satu rumah untuk jimat belanja. Jika tidak mampu sediakan rumah yang berlainan, mengapa berpoligami pada awalnya?
Ini tidak dikira “isteri rela duduk serumah demi taat kepada suami” kerana ianya bertentangan dengan poligami cara Rasulullah SAW yang tidak pernah mengumpul isteri-isteri Baginda tinggal di rumah yang sama.
Susah juga nak berpoligami guna otak sendiri. Jangan bergangbang beramai-ramai atas katil sudahlah. Taat kepada suami ada had batasan tertentu yang tidak melanggar hukum Islam.
Poligami pula selepas suami berjaya dengan sumbangan Isteri pertama. Wang kejayaan dan kemewahan hasil usaha bersama isteri pertama selama bertahun-tahun dihabiskan untuk isteri kedua.
Isteri pertama diabaikan sebaik suami berjaya. Rasulullah SAW tidak pernah mengabaikan mana-mana isteri Baginda selepas Baginda berkahwin lagi.
Ada seorang lelaki di Putrajaya yang isterinya sedang sambung belajar Master di universiti di utara Malaysia, lelaki itu dengan bangganya mahu berpoligami tak kisah dengan gadis atau janda “hanya” kerana dia mampu membeli sebuah rumah di Putrajaya. Loan “sebuah” rumah itu kongsi bayar dengan isteri yang sedang cuti belajar itu.
Isteri itu di utara menanggung diri sendiri dan seorang anak yang dibawa isteri untuk dijaga sambil isteri itu belajar. Si suami? Macam orang bujang kaya walaupun sebenarnya dia tidak kaya jika tidak dibantu isterinya.
Lelaki sebegini tidak mampu berpoligami selagi dia sebagai suami masih menggunakan wang isterinya. Pastikan lelaki sebagai suami “tanggung segala-galanya” belanja isteri dan belanja rumahtangga sebelum berniat berpoligami. Tanggungjawab dunia pun tak-lepas, bagaimana mahu menjawab di akhirat?
Isteri kedua dalam berpoligami pula mesti nak cari yang cantik muda bergetah sahaja. Beria mengorat anak dara orang untuk dijadikan isteri kedua. Janda susah ramai anak yang menjual goreng pisang di depan rumah tak nak pula dikahwini.
Berpoligami dengan mengikut Sunnah Rasulullah SAW adalah dengan mengahwini janda susah untuk dilindungi. Kalian bukan Rasulullah SAW yang mampu membentuk perempuan muda sebagai pemimpin wanita Islam.
Dapat isteri kedua.. isteri pertama tidak lagi disentuh lelaki yang kononnya berpoligami itu. Banyak aduan di Pejabat Agama suami yang berpoligami tidak lagi menyentuh isteri pertama.
Jauhnya kita dengan poligami cara Rasulullah SAW.
Sebagai suami yang bertandang ke rumah keluarga mertua sebelah isteri kedua, cubalah belajar menghormati majlis di rumah orang lain.
Nak tunjuk kehebatan berpoligami cukup dengan Pemberian nafkah zahir batin yang adil antara isteri-isteri. Kerana di akhirat kelak, ini yang ditanya di hadapan Allah SWT.
Tidak pernah lagi disebut dalam Sirah Nabawiyyah tentang soalan “Berapa kali kamu berjaya buatkan isteri pertama kamu bersanding di atas pelamin isteri-isteri kamu yang lain dengan memutar-belitkan ayat taat kepada suami?”
Entah lah..
Yang penting bukan suami kawan-kawan saya atau bakal suami saya sebagai lelaki itu dan bukan saya serta kawan-kawan SISTERS saya di Meta ini yang dipaksa suami bersanding di pelamin madu sendiri. Dalamnya luka di hati isteri pertama itu hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Apa lah di fikiran sang suami hingga sanggup meminta bukan-bukan tanpa menjaga hati isteri pertama.
Selepas 40 hari istiqamah bangun awal solat subuh, 22 kanak-kanak teruja dapat hadiah basikal setiap seorang.
Ternyata ganjaran yang diberikan secara tak langsung dapat memupuk minat anak-anak kecil ke masjid.
Seramai 22 kanak-kanak peserta Program Istiqamah Subuh Berjemaah 40 Hari di Kampung Pengkalan Batu, Melaka, tersenyum girang apabila menerima hadiah basikal.
Selepas 40 hari ‘bangun awal’ mengikuti program anjuran Biro Pendidikan, Agama, Dakwah dan Ziarah Kasih, Masjid Nur As-Sa’adah bermula 2 Februari lalu, mereka akhirnya disahkan lulus dan layak mendapat basikal setiap seorang.
Menurut salah seorang peserta, Muhammad Qairul Aziz Rosdi, 10, dia bersyukur mendapat basikal bukit yang diidamkannya sejak mendaftar untuk program itu.
“Mula-mula hadir solat Subuh berjemaah pada Februari lalu, saya lebih tertarik untuk menang basikal.
“Namun lama-kelamaan timbul pula rasa minat untuk ke masjid setiap hari bersama-rakan-rakan. Alhamdulillah syukur atas hadiah basikal ini dan terima kasih kepada masjid serta pihak yang menganjurkan program ini,” katanya.
Sementara itu jelas murid Tahun 3, Muhamad Tarmizi Faezal, 9, dia gembira kerana dapat datang ke masjid dengan berbasikal bersama kawan-kawan selepas ini.
“Seronok datang ke masjid ini kerana bukan saja dapat solat, malah ada makanan disediakan dan dapat bermain dengan ramai kawan.
“Lepas ini tidaklah rasa bosan lagi duduk di rumah kerana dapat main basikal bersama sama-sama,” katanya.
Tambah Pengerusi Masjid, Datuk Amzah Osman, keseluruhannya pihak masjid menerima 45 penyertaan bagi program itu
Menurutnya, program itu bermatlamat mencari dan membimbing pelapis muda bagi mengimarahkan institusi masjid pada masa depan.
“Namun, pada hari ini (semalam) penyerahan basikal dibuat kepada 22 kanak-kanak saja dan bakinya seramai 23 orang lagi akan diserahkan pada fasa kedua.
“Ini disebabkan ada peserta masih belum lengkap program selama 40 hari atau menjalani kuarantin akibat kontak rapat Covid-19,” katanya.
Beliau ditemui pada majlis penyampaian itu yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Datuk Mohd Arif Yusa.
Menurut Amzah, beliau optimis bahawa peserta terbabit dapat dibentuk menjadi pelapis dalam mengimarahkan masjid di kampung itu pada masa depan.
Katanya, bagi tujuan itu pihaknya akan sentiasa membabitkan kanak-kanak terbabit dalam pelbagai program direncanakan masjid termasuk bacaan Yasin.
“Selepas ini kita akan jadikan anak-anak ini sebagai sukarelawan masjid, menganjurkan bengkel kerohanian buat mereka dan memastikan usaha istiqamah subuh berjemaah selama 40 hari ini terus dijadikan amalan,” katanya.
Mingguan Wanita : Program sebegini bukan saja memupuk minat anak-anak ke masjid malah menjadikan masjid sebagai tempat mesra kanak-kanak. Syabas buat anak-anak yang telah berjaya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.