Masa depan isteri belum tentu terjamin jika terlampau bergantung hidup dengan suami. Persoalan sama ada isteri patut bergantung pada suami atau berdiri atas kaki sendiri sering menjadi topik perbincangan yang hangat. Dalam budaya tradisional, isteri sering dianggap sebagai individu yang bergantung kepada suami dari segi kewangan dan sokongan emosi.
Masa Depan Isteri Belum Tentu Terjamin
Pandangan ini bukanlah tanpa sebab. Di banyak negara, termasuk Malaysia, suami dianggap sebagai ketua keluarga dan penyedia utama. Dalam situasi ini, isteri yang bergantung pada suami dapat memberikan tumpuan penuh kepada urusan rumah tangga dan mendidik anak-anak.
Bergantung pada suami juga dapat memperkukuhkan ikatan perkahwinan. Apabila suami merasa dihargai kerana peranannya sebagai penyedia, hubungan pasangan suami isteri mungkin menjadi lebih harmoni dan stabil. Namun, ia juga penting untuk diperhatikan bahawa pergantungan sepenuhnya kepada suami boleh membawa risiko, terutamanya jika berlaku kehilangan pendapatan atau perubahan dalam situasi perkahwinan.
Sebaliknya, berdiri atas kaki sendiri memberi wanita kuasa dan kebebasan untuk menentukan arah tuju hidup mereka. Wanita yang berdikari dari segi kewangan dan emosi lebih mudah menghadapi cabaran hidup, termasuk yang mungkin timbul dalam perkahwinan. Mereka juga dapat memberi contoh yang baik kepada anak-anak tentang kepentingan kebebasan dan usaha keras.
Dalam dunia yang semakin kompetitif, memiliki kemahiran dan kebolehan yang boleh dipasarkan menjadi satu keperluan. Wanita yang bekerja atau mempunyai perniagaan sendiri dapat menyumbang kepada kewangan keluarga, meringankan beban suami, dan meningkatkan taraf hidup keluarga secara keseluruhan.
Jika Terlampau Bergantung Hidup Dengan Suami
Walaupun terdapat hujah kuat bagi kedua-dua pendekatan, adalah penting untuk mencari keseimbangan yang sesuai. Setiap perkahwinan adalah unik dan memerlukan pendekatan yang berbeza berdasarkan situasi dan keperluan pasangan. Komunikasi yang terbuka dan jujur antara suami dan isteri adalah kunci untuk mencapai keseimbangan ini.
Suami dan isteri boleh berkongsi tanggungjawab kewangan dan urusan rumah tangga. Ini bukan sahaja mengurangkan tekanan kepada satu pihak sahaja, tetapi juga memperkukuhkan ikatan perkahwinan melalui kerjasama dan saling memahami.
Berikut perkongsian daripada Fahmi Ramli yang merupakan Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
Isteri patut bergantung pada suami atau berdiri atas kaki sendiri?
Saya ada menonton Wanita Hari Ini di TV3. Tajuk perbincangan adalah seorang isteri patut bergantung pada suaminya sahaja atau perlu berdiri atas kaki sendiri. Tambah-tambah di zaman sekarang ini.
Jadi, saya rasa ramai wanita khususnya isteri sekarang ini mesti akan cakap wanita kena ada pendapatan sendiri. Kita sudah tak boleh bergantung harap pada suami semata-mata.
Tapi, ada juga di kalangan isteri yang hanya menjadi suri rumah dan bergantung penuh kepada suaminya kerana kehendak suami atau mungkin kehendak isteri itu sendiri. Ada isteri yang nak duduk sahaja di rumah dan menjaga anak serta uruskan rumah tangga sahaja.
Cuma, pengalaman saya kendalikan kes rumah tangga di Mahkamah Syariah, banyak kes cerai khususnya yang berlaku di kalangan pasangan suami isteri adalah disebabkan faktor kewangan.
Ye lah, nak beli beras kena pakai duit, nak beli susu anak kena pakai duit, nak bayar bil, sewa rumah dan macam-macam lagi kena pakai duit.
Ads
Jadi, jika isteri zaman ekonomi gawat ketika ini pilih untuk bergantung kepada suami mencari nafkah sahaja, akan ada beberapa risiko yang mungkin berlaku kepada rumah tangga mereka.
Contohnya,
✅ Suami tinggalkan isteri sebatang kara, terkontang mencari kerja
Kita memang tak harapkan perkara ini berlaku. Tapi, banyak surirumah yang mengadu untuk proses perceraian yang suami tinggalkan isteri sehelai sepinggang. Sudahlah dia tempat bergantung, tapi ditinggalkan begitu sahaja.
Jadi, si isteri ini mula bingung dan terpaksa keluar mencari pekerjaan di usia yang lanjut. Bukan mudah nak dapat kerja zaman sekarang. Nak tanggung makan minum sendiri, kemudian anak-anak lagi.
✅ Suami hilang keupayaan/kematian
Kalau suami kematian, selepas itu mungkin kita ada kesukaran sedikit untuk tanggung berseorangan nafkah anak dan diri kita. Cuma, ia mungkin tak terlalu berat, daripada suami hilang keupayaan.
Kalau suami yang menjadi breadwinner ini kemalangan hingga menjadi cacat kekal misalnya, jadi siapa yang akan menjadi pencari nafkah seterusnya kalau bukan isteri. Bahkan, si isteri pula tetap nak kena jaga suami yang sakit tersebut.
Ads
✅ Suami tak cukup sediakan nafkah kepada diri dan anak-anak.
Bila suami seorang diri sahaja kerja, pasti ada isu kurang nafkah atau nafkah tak cukup kepada isteri. Ini isu yang selalu terjadi di Mahkamah Syariah.
Bila tak cukup, isteri pula hanya suri rumah, mulalah pergaduhan dalam rumahtangga ini tercetus. Perbelanjaan anak pun dah terabai. Kalau suami gaji besar, mungkin tak ada isu ini. Tapi, timbul isu suami nikah baru pulak.
✅ Suami ceraikan isteri begitu sahaja
Bila suami lafaz cerai begitu sahaja kepada isteri, anda mesti nak tuntut hak anda di Mahkamah Syariah. Proses untuk nak buat tuntutan selepas cerai perlu memfailkan kes, nak lantik peguam, nak datang ke Mahkamah.
Semuanya akan melibatkan kepada kos. Jika isteri yang bergantung penuh, pasti dia akan lalui kesukaran untuk naik turun mahkamah hanya kerana menuntut haknya selepas bercerai.
Salah ke isteri bergantung pada suami? Tak salah. Suami memang tempat untuk isteri bergantung harap dalam Islam. Sebabnya, seorang isteri adalah tanggungjawab wajib yang perlu dijaga oleh suami.
Suami wajib untuk jaga, makan minum isteri, pakaian, tempat tinggal, kelengkapan harian, alat-alat persolekan dan nafkah batin. Jadi, memang tak salah kalau isteri bergantung pada suami.
Ads
Bergantung ini tak semestinya bab yang berkaitan dengan wang ringgit sahaja. Suami juga boleh menjadi tempat isteri bergantung harap untuk beri kasih sayang seorang bapa kepada anak-anak. Ada juga tempat isteri bergantung kepada suami dari sudut teman dikala suka dan duka.
Kesimpulannya secara peribadi, saya menyarankan agar wanita di luar sana, tidaklah bergantung harap sepenuhnya kepada suami khususnya bila berkaitan dengan faktor kewangan.
Wanita zaman sekarang perlu ada kewangan yang stabil dan pendapatan yang bagus. Kalau apa-apa berlaku kepada diri anda atau suami, sekurang-kurangnya anda ada kebolehan dan pekerjaan yang boleh berikan anda makan minum pada hari-hari yang mendatang.
Jadi steri zaman sekarang perlu bekerja dan perlu ada pendapatan supaya ada persediaan dan tidak diambil kesempatan oleh suami sendiri. Wanita berdikari, wanita kuat!
Dalam era moden ini, wanita mempunyai pilihan untuk bergantung pada suami atau berdiri atas kaki sendiri. Kedua-dua pilihan ini mempunyai kelebihan dan cabaran masing-masing. Apa yang paling penting adalah pasangan suami isteri perlu bekerjasama dan saling menyokong untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan dalam perkahwinan.
Sumber: Fahmi Ramli Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
Jika berhasrat nak tengok bayi baru lahir dan melawat wanita baru lepas bersalin, seeloknya fahamkan dulu 7 perkara asas ini.Bukan apa, takut ada yang terlepas pandang pada perkara-perkara seperti ini. Nanti takut niat yang baik untuk melawat, jadi sesi bermasam muka pula.
Sebelum datang, tanya dahulu sama ada dia ok atau tidak dengan kehadiran anda.Kalau jenis bff memang dia suka kita datang melawat sebab nak bercerita betapa excited nya dia.
2. Elak Datang Waktu Malam
Sebaiknya datang melawat selepas zohor dan sebelum magrib.Elakkan datang waktu pagi,tengah hari atau malam.Melainkan datang bawa makanan untuk kawan berpantang tu makan.Bawa makanan yang boleh dia makan yea.Sebaiknya jangan datang waktu malam sebab ada ibu berpantang ni dia dah nak rehat tidur.
3. Tak Perlu Datang Melawat Terlalu Awal
Kalau datang untuk “membawang” tak perlu.Sebab kawan awak lepas bersalin sangat-sangat perlukan rehat.Lagi-lagi dalam 2 minggu selepas bersalin.Tapi kalau datang memang niat nak membantu sebab ada ilmu contoh ada skill berurut ke,bertuam ke,nak ajar baby dia tak pandai latch memang kawan akan berlapang tangan terima bantuan.
4. Tak Perlu Datang Ramai-Ramai & Elak Melawat Terlalu Lama
Elakkan datang dengan membawa geng bas sekolah.Cukup lah anda dan suami.Kalau ada anak kecik.Tak perlu duduk lama.Jika ada yang tak sihat,perokok,baru lepas pulih penyakit berjangkit, elakkan sentuh bayi atau sebaik nya boleh duduk jauh dari bayi.Basuh tangan dahulu sebelum sentuh bayi.Tolak pelawaan tuan rumah untuk jamu air.Tak perlu duduk lama.Cukup sejam sahaja sebab ibu berpantang memang perlukan rehat dan tidur yang cukup.
5.Jaga Mulut & Doa Baik-Baik
Tak perlu tegur keadaan rumah,kawan yang tengah berpantang,fizikal bayi baru lahir.Zip jelah mulut.Doa jea baik-baik.Melainkan kawan anda perlukan nasihat anda untuk cara berpantang.
6. Tanya Kesihatan & Bantu Apa Yang Perlu
Tanya kesihatan dia, sama ada dia selalu sakit,ada rasa gelisah,sukar tidur,penat.Bantu dia sebaik mungkin jika tidak mahir boleh tanya pada yang lebih arif.
7. Selalu Ambil Berat Tanya Khabar
Balik dari melawat sentiasalah tanya khabar, Supaya dia tahu kita ambil berat keadaannya, lebih-lebih lagi jika yang terpaksa berpantang sendiri tanpa kehadiran orang lain yang menemani.
Semoga perkongsian ini bermanfaat, sebagai panduan dan ingatan buat kita bersama.
Sesungguhnya sampai bila seorang isteri harus bertahan dalam rumah tangga yang tak bahagia? Sebaiknya, jika ada perubahan pada rutin harian dan juga emosi, mak-mak bertindaklah.
Bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri malahan untuk anak-anak jua. Sudah pasti anak-anak akan merasa tempias jika hubungan mak dan ayahnya tidak berjalan lancar. Ikuti perkongsian Nur Farhana Rizal dan ketahui sampai bila Seorang isteri dan ibu harus bertahan:
Saya terima banyak soalan daripada para isteri,
“Sampai bila saya hendak bertahan ini puan?”
Ok. Untuk soalan ini, saya kongsikan begini.
Sampai Bila Harus Bertahan
Pertama, lihat diri kita. Jika yang berlaku pada kita adalah kekasaran fizikal yang bukan sekali, malah berkali-kali, bertindaklah puan.
Buat laporan polis, pergi hospital untuk dapatkan rawatan, dan terus ke mahkamah rendah syariah atau pejabat agama untuk kita dapatkan bantuan dan khidmat nasihat.
Tak guna bertahan, bila kekasaran fizikal ni bukan lagi sesuatu yang tidak sengaja, tapi memang badan kita ni jadi bahan untuk dilepaskan amarah.
Anak-anak pun, saya berani jamin, takkan membesar dalam keadaan kesihatan mental yang baik. Bertindaklah puan.
Keduanya, bila mana, kecederaan emosi puan-puan, telah menyebabkan puan mempunyai perbuatan atau percubaan mencederakan diri puan juga anak-anak puan, sama ada secara fizikal atau secara penderaan emosi.
Contoh, puan pukul diri puan, puan pukul anak-anak, puan memarahi anak-anak sehingga di luar kawalan, puan tidak lagi boleh rasional bila dalam keadaan emosi terganggu, bertindaklah puan.
Pergi ke klinik kesihatan terdekat, beritahu masalah dan tingakah laku yang telah puan lakukan, pegawai perubatan akan membuat surat rujukan kepada kaunselor di hospital.
Semasa sesi, kita bantu puan, dan kita cuba juga memanggil suami juga ahli keluarga untuk sama-sama hadiri sesi kaunseling untuk perbaiki hubungan. Supaya sama-sama boleh bertindak.
Dan mungkin juga, puan akan mendapat celik akal, apa yang mesti dilakukan pada diri puan, dan rumah tangga puan. Sebab kita akan tidak rasional, bila kita tertekan.
Bertindaklah Segera Jika Ada Yang Mudarat
Jadi, di sini, apa yang utama, kita lihat diri kita. Jika terdapat perubahan pada rutin kita, pada emosi kita, pada perhubungan kita terutama dengan anak-anak, yang memudaratkan, bertindaklah.
Jadi, untuk perhubungan macam mana pula, yang puan kata, kita masih boleh bertahan? Dan tak jemu doa tu?
Semoga para wanita dan isteri kesayangan Allah semua yang membaca, akan selalu dimudahkan urusan.
Pernah terjadikan pada mak ayah yang menjaga anak-anak demam dan cirit birit, walau demam anak dah surut, keadaan anak pun dah pulih, tapi cirit-birit masih berlarutan.
Doktor dari Poliklinik Az-Zaara, Ampang terangkan sebabnya. Jadi mak ayah bertenang dan jangan panik. Panduan yang doktor kongsikan di bawah bantu mak ayah untuk ambil langkah seterusnya.
Kenapa Lepas Deman Cirit Birit, Anak Boleh Alami ‘Temporary Lactose Intolerance’
Kebiasaanya ini terjadi akibat TEMPORARY LACTOSE INTOLERANCE. Pernah dengar tak?
Ok, saya terangkan secara mudah. Dalam usus kita, ada satu enzim yang dipanggil lactase, khas untuk memproses lactose, salah satu bahan utama dalam susu dan produk-produk tenusu seperti yogurt, cultured milk (vitagen dan sebagainya), cheese dan lain-lain.
Selepas mendapat diarrhea, atau baby demam dirawat dengan antibiotik, enzim lactase ini mungkin terjejas penghasilannya menyebabkan lactose tidak boleh dicernakan dalam usus. Lactose yang tidak dicernakan dengan sempurna akan menyebabkan cirit-birit.
Jadi, selagi lactose terus diberikan, radang dalam perut akan terus berlaku dan usus akan terus tidak dapat menghasilkan enzim tersebut. Bermakna lactose intolerance ini akan berlanjutan.
Bagaimana nak buat?
Mak Ayah Lakukan Ini Untuk Hentikan Cirit Birit Anak
Cara mudahnya ialah hentikan memberi sebarang susu lembu dan produk tenusu. Gantikan dengan lactose free mild, sama ada dari sumber soya atau susu lembu yang telah diproses. Ini akan membolehkan usus yang mengalami keradangan akibat jangkitan kuman/antibiotik sembuh seperti biasa dan boleh menghasikan enzim lactase semula.
Keadaan ini boleh mengambil masa beberapa hari sehingga beberapa minggu bergantung pada berapa teruk keradangan pada usus tersebut.
Bila cirit-birit dah berhenti, jangan terus tukar pada susu biasa, sebaliknya start sedikit demi sedikit.
√ Macam sekarang ambil 5 kali susu lactose free, cirit-birit dah stop.
√ Esok cuba bagi 4 kali susu lactose free dan 1 kali susu biasa.
√ Jika tiada cirit-birit, terus tambah sedikit demi sedikit sampai dah boleh tukar pada susu biasa sepenuhnya.
Mudah kan?
Bagi mereka yang mengalami permanent lactose intolerance, rawatan adalah berbeza.
Semoga bermanfaat.
* Kami tidak menjual sebarang susu lactose free, hanya berkongsi maklumat.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...