
Maryam Younarae
Dilihat semakin bahagia, pempengaruh dan usahawan, Maryam Younarae menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya yang diajukan soalan mengenai Islam oleh rakannya dari Korea.
Menerusi perkongsian di Threads, Maryam mendedahkan rakannya meluahkan rasa ingin tahu sama ada dia benar-benar yakin selepas memilih untuk memeluk Islam.
Ujar Maryam, terlalu banyak perkara mustahil yang berlaku disebabkan daripada pertolongan Allah SWT yang menambahkan lagi keyakinannya terhadap Islam.
“Borak dengan kawan dari Korea, tiba-tiba dia tanya, ‘Now you memang betul-betul percaya Islam?’ Saya terus jawab, ‘Yes’.
“Bila saya fikir balik, terlalu banyak benda dalam hidup saya yang saya rasa tak mungkin jadi kalau tanpa pertolongan Allah. Sebab itu saya percaya Allah sentiasa ada,”
kongsinya.Tambah ibu kepada dua orang anak ini, dia memilih untuk terus berpegang kepada Islam atas kehendaknya dirinya sendiri dan bukan kerana dipengaruhi orang lain.
“Dan sebab tu saya ikut Islam. Bukan sebab orang suruh, tapi sebab saya nak hidup dengan rasa syukur atas semua nikmat yang Allah dah bagi.
“Yang paling saya bersyukur hari itu (selepas diajukan soala), kawan-kawan saha betul-betul nak faham kehidupan saya sekarang,” katanya lagi.
Untuk rekod, Maryam selamat mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang merupakan usahawan dan pempengaruh, Ryzal Ibrahim pada 15 Ogos 2019 di sebuah masjid di Korea Selatan.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Gambar: Maryam