Wanita merupakan salah satu golongan yang mendapat banyak peluang dalam peruntukan Belanjawan 2023 baru-baru ini. Ini kerana golongan wanita juga diiktiraf sebagai penggerak utama produktiviti dan ekonomi negara serta memacu kestabilan dan kesejahteraan Malaysia.

Oleh yang demikian, kerajaan memberi tumpuan dan keutamaan buat golongan wanita dalam Belanjawan 2023 untuk melindungi mereka daripada isu keganasan rumah tangga, aspek kesihatan, perlindungan sosial serta galakan kembali bekerja kepada wanita dan menceburi bidang keusahawanan.

Pelbagai inisiatif dan keistimewaan yang diberikan kepada wanita dibuat khusus untuk dimanfaatkan menerusi Belanjawan 2023 dan ia membuktikan kerajaan mengiktiraf peranan setiap golongan kaum hawa tidak kira siapapun, termasuk suri rumah, yang bekerjaya, para ibu mahupun usahawan.

WANITA

  • Bantuan Khusus Untuk Wanita

Banyak sebenarnya manfaat dan peruntukan khusus untuk diri wanita dalam pengumuman belanjawan 2023 ini antaranya ialah:

-Dana Pembiayaan Perniagaan Wanita sebanyak RM235 juta. Ia merangkumi pembiayaan model kerja/pembelian aset untuk mengembangkan lagi perniagaan, antaranya:
Belanjawan 2023: TEKUN – Tekunita
Belanjawan 2023: BSN – Mikro Kasih: MikroNita
Belanjawan 2023: MARA – DanaNITA
Belanjawan 2023: Bank Rakyat – BR Plus: i-Biz Lady

 

IKLAN

 

 

Manfaat Khusus Buat Wanita, Rebut Peluang Menarik Diberikan Dalam Belanjawan 2023

 

IKLAN

-Peruntukan RM11.5 juta bagi Ujian Saringan Mamogram dan Kanser Serviks bagi tujuan pengesanan awal kanser payudara dan kanser serviks.

Manfaat Khusus Buat Wanita, Rebut Peluang Menarik Diberikan Dalam Belanjawan 2023
-Peruntukan RM292 juta untuk pemberian geran bersamaan 80 peratus daripada nilai gaji bulanan bagi menggalakkan wanita kembali bekerja.
-Peruntukan RM8.3 juta untuk penubuhan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bertujuan memperkukuhkan PSSS melalui sesi bimbingan & kaunseling supaya masyarakat lebih peka terhadap kepentingan perkhidmatan psikososial.
-Pemerkasaan Wanita menerusi pelaksanaan Akta Antigangguan Seksual melalui Penubuhan Tribunal & Program Advokasi dengan peruntukan RM10 juta.

Manfaat Khusus Buat Wanita, Rebut Peluang Menarik Diberikan Dalam Belanjawan 2023
-Pembinaan Taska & Tabika KEMAS, sekaligus bagi menggalakkan wanita kembali bekerja.
-Latihan dan Pensijilan Profesion Penjagaan Ibu Selepas Bersalin MamaCare yang memperuntukkan RM5 juta.

Manfaat Khusus Buat Wanita, Rebut Peluang Menarik Diberikan Dalam Belanjawan 2023

IKLAN
  • Bantuan Bagi Anak-Anak Untuk Kaum Ibu

Bukan itu sahaja, pelbagai bentuk sokongan dan bantuan berkait anak-anak yang disasarkan dan boleh dimanfaatkan oleh kaum ibu antaranya adalah:

  • Pengecualian duti eksais ke atas susu formula bayi dan kanak-kanak dalam usaha untuk memastikan harganya dijual dengan berpatutan di pasaran agar tidak membebankan ibu bapa.
  • Ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya pembelajaran seperti Autisme, Down Syndrome dan Specific Learning Disabilities juga dapat menikmati pelepasan cukai kos rawatan pemulihan terhad kepada RM4,000 mulai tahun taksiran 2023.
  • Subsidi taska komuniti dengan peruntukan RM0.5 juta.
  • Subsidi yuran pengasuhan bagi isi rumah berpendapatan per kapita di bawah RM800 yang menghantar kanak-kanak ke TASKA berdaftar dengan peruntukan RM3.6 juta.

Manfaat Khusus Buat Wanita, Rebut Peluang Menarik Diberikan Dalam Belanjawan 2023

  • Galakan kerajaan kepada majikan untuk sediakan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat dengan memudah cara garis panduan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak.
  • Lanjutan insentif elaun jagaan kanak-kanak serta kos menyedia pusat jagaan di pejabat yang diteruskan
  • Memudah cara proses pendaftaran dan memulakan program pemutihan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara dengan peruntukan RM15 juta.
  • Pembinaan 80 buah taska dan tabika KEMAS termasuk 13 projek baharu yang akan memanfaatkan ibu bapa.

Manfaat Khusus Buat Wanita, Rebut Peluang Menarik Diberikan Dalam Belanjawan 2023

Namun demikian perlu tahu, bukan semua peruntukan belanjawan ini dilancarkan secara serentak pada masa yang sama. Anda, perlu selalu semak di portal manfaat Belanjawan 2023 MALAYSIA MADANI untuk melihat sama ada peruntukan dan permohonan bantuan tersebut telah dibuka serta bagi mendapatkan maklumat mengenai syarat kelayakan serta cara memohon.

Jadi buat setiap lapisan masyarakat khususnya golongan wanita ambil maklum dan manfaatkan peluang pelbagai inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Madani ini untuk kesejahteraan bersama.

Untuk dapatkan maklumat lanjut boleh layari:
https://budget.mof.gov.my/manfaat/
https://budget.mof.gov.my/manfaat/search.html?wanita
#Belanjawan2023 #BelanjawanMADANI

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI