Kecantikan

Mandian Limau Campur Garam, Wanita Ini Kongsi Rahsia Untuk Kurangkan Sakit Sendi Dan Lemah Badan

Share

Mandian limau hanyalah alternatif untuk mengurangkan sakit sendi dan lemah badan, tetapi terselit banyak khasiat lain dan apa yang best tubuh rasa segar serta cukup wangi. Nak buat pun senang, cuma perlukan limau nipis dan air. Jimat bukan?

Dalam rawatan Islam, mandian limau adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk membantu mengubati penyakit atau masalah yang berkaitan dengan makhluk halus.

Malahan ada sesetengah orang suka mandi limau untuk buang angin dalam badan dan macam mana nak buat mandia limau ini, ikuti petua yang dikongsikan oleh Puan Sueyahya Sue

Bahan-bahan:

5 biji limau
Sedikit Air
Garam

Cara Buat Mandia Limau:

Saya dah cuba seminggu di rumah mandian limau ambil lima biji limau belahkan 4 dan belender masukan dalam bekas simpan dalam peti ais supaya menjadi ais batu.

Bila bangun pagi mandi masukan limau yang dibekukan dalam baldi bubuh segenggam garam tambah air mandi dapat mengurangkan sakit sendi dan lemah badan.

Selamat mencuba!

IKLAN