
Bila badan rasa lesu dan keletihan, ada baiknya amalkan mandi air limau purut sebelum tidur. Ia bukan sahaja menghilangkan keletihan malah membantu membuang toksin yang ada dalam badan. Hasilnya diri rasa lebih segar, sihat dan sekaligus dapat menghilangkan bau badan.
Baca perkongsian daripada Puan Suzy Honey Herbs ini.
“PETUA MENGHILANGKAN KELETIHAN BADAN”
Seharian sibuk bekerja pastinya badan rasa lemah dan letih. Sampai sahaja di rumah rasa terus nak tidur. Tapi sebelum tidur apa kata anda mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.
Bahan Diperlukan:
10 helai daun limau purut
5 biji buah limau purut
1 baldi air suam
Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut step di bawah ini:
1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.
6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala dan rambut.
7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.
Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.
Semoga Bermanfaat!
Baca Lagi Di Sini:
Mudahnya Nak Buat DIY Skrub Limau Purut, Rambut Sihat Badan Pun Berbau Wangi!
Resipi Paprik Lagi SEDAP Dari Kedai, Jangan Lupa Letak Daun Limau Purut!
MW: Jadi kalau badan-badan rasa lesu dan keletihan boleh amalkan mandi air daun limau purut ni sebelum tidur. Semoga hilang letih dan kembali berasa lebih segar.
Sumber: Suzy Honey Herbs
Mak Ayah Usah Bimbang, Doktor Pediatrik Ini Jelaskan Pisang Bukan Penyebab Anak Sembelit!

Baru-baru ini viral mengenai buah pisang yang dikatakan menjadi punca anak-anak boleh kena sembelit teruk sehingga hampir kena lakukan pembedahan. Ramai mak ayah yang mulai bimbang untuk beri anak-anak makan pisang yang selama ini menjadi kegemaran anak.
Baca Disini:
Kerana Pisang! Haziq Sembelit Teruk, Tak Kencing Lebih 4 Jam & Nyaris Kena Operate
Sebenarnya menurut pakar kanak-kanak Dr Hairin Anisa Tajuddin, pisang bukanlah penyebab kepada masalah sembelit. Ada faktor lain yang mak ayah perlu pertimbangkan yang boleh menjadi punca kepada anak sembelit.
Jemput baca perkongsian ilmu oleh Pediatrik ini;
BANANA @ PISANG & MACAM-MACAM MITOS.
Disini saya nak kongsikan bahawa PISANG BUKAN PENYEBAB KEPADA SEMBELIT!!
Apa Ada Dalam Pisang?
Pisang yang masak untuk dimakan mempunyai kandungan kanji BRS (Banana Resistant Starch) dan fiber bernama PECTIN yang mampu memudahkan sistem penghadaman dan mengekalkan kelembapan (kandungan air dalam najis) yang membuatkan najis NORMAL.
BRS dan Pectin ini tidak mudah dihadamkan untuk diserap makan kehadirannya dalam najis menyebabkan air daripada saluran USUS tidak dapat diserap ke dalam darah semula.
Ini konsep kecerunan kepekatan (gradients), di mana kawasan yang pekat (paras molekul besar-besar yang tinggi) akan menahan air darrpada pergi ke kawasan yang cair (banyak air dalam darah). Malah, molekul air daripada kawasan yang banyak air (cair) akan bergerak ke kawasan yang pekat (dalam saluran usus yang mengandungi BRS dan fiber PECTIN).
Doktor yang menasihatkan jangan makan pisang banyak itu sebenarnya tidak faham konsep physiology ini malah tidak bercakap menggunakan fakta…hanya percaya kepada mitos dan pengalamannya yang tidak benar.
Masalah sembelit tidak boleh kita permudahkan untuk menyalahkan sesuatu makanan. Sebenarnya yang menjadi kesalahan ialah doktor tersebut tidak mengambil sejarah lengkap tentang keseimbangan makanan pesakit setiap hari.
Punca-Punca Sembelit:
1.Hanya Bergantung Susu Formula
Adakah anak hanya bergantung kepada susu tepung FM tanpa makan makanan yang berkhasiat? Susu FM memang terkenal dengan kandungan maltodextrin, corn starch dan ia bukan susu asli.Susu FM adalah PROCESS FOOD yang tidak bagus kerana campuran-campuran untuk menjadikannya tepung termasuk kandungan gula sukrosa dll, akan membuatkan najis anak menjadi keras.Terutama jenis susu yang HIGH CALORIE, yang manis dan anak mengambilnya sangat kerap.
Jika anak umur satu tahun ke atas, sebaiknya penyusuan ibu perlu diteruskan dan anak sepatutnya sudah tidak bergantung hanya dengan susu…INI TIDAK BALANCE.
Makanan yang berzat perlu diambil setiap pagi, tinggi fiber juga baik seperti oat, empingan jagung bersama buah-buahan dan high fiber bread. Banyak ibubapa yang saya kira sangat malas, hanya SUMBAT BOTOL SUSU DENGaN FM awal-awal pagi & tidak memberikan anak-anak makanan sebagai sarapannya. Bila kenyang dengan hanya susu FM yang akan menjejaskan selera makan anak-anak. Then, complaint anak tak nak makan…maka, kuranglah pengambilan makanan berkhasiat lain terutama fiber.
2. Tak Makan Cukup Sayur & Buah
Adakah anak-anak makan sayur-sayuran dan buah-buahan secukupnya? Ada yang bagitau saya, anaknya makan buah-buahan tapi jumlahnya ‘seciput’. Contohnya, untuk umur setahun dia boleh makan separuh epal/ 3 biji pisang emas/ separuh mangga, setiap kali sebelum hidangan beratnya.Tapi dia makan hanya 1-2 potong keping buah mungkin 2 kali sehari sahaja…memang tak cukuplah.
Tambahan diusia begitu, mereka akan menolak makan sayur-sayuran…buang segala sayur yang disumbat dalam mulutnya..maka lagi kurang fiber (serat), lagi tinggi risiko sembelitnya. Ingat fiber ini akan jadi seperti fungsi ‘sponge’ dalam najis untuk pastikan najis sentiasa lembab dan lembut ( normal).
3.Kurang Ambil Air
Adakah anak mengambil air / cecair secukupnya? Cecair sangat penting untuk memastikan sistem darah kita berjalan dengan lancar. Malah kehadiran air yang tinggi dalam najis akan bantu najis jadi lembap dan lembut.Ia memudahkan perjalanan najisnya ke saluran rektum supaya mudah dibuang.
Berkenaan potasium poisoning itu pun silap. Makan pisang setakat 3-5 biji sehari tak akan buat potasium tinggi dalam darah, kita ada ginjal untuk proses pembuangan lebihan potasium yang tak diperlukan. Sembelit mudah berlaku hanya jika KURANG POTASIUM dalam darah (Hypokalemia) yang buat usus seperti lumpuh (Paralytic ileus). Kanak-kanak yang muntah-muntah teruk akan berisiko kepada kekurangan potasium dalam darahnya kerana bila muntah-muntah, potasium akan terbuang sekali.
Jadi jangan mudah percaya dengan kata-kata yang tiada asas dan fakta yang benar walapun daripada seorang doktor. Perlu ada evidence based medicine.
Pisang ini bagus kerana ada sumber-sumber prebiotic juga unutk pembiakan bakteria baik.
Jom baca artikel-artikel yang saya share sikit dekat bawah…panjang sebenarnya journal ni, tapi saya ambil sekadar rujukan fakta.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Baca Disini:
Kerana Pisang! Haziq Sembelit Teruk, Tak Kencing Lebih 4 Jam & Nyaris Kena Operate
Sumber: Dr Hairin Anisa Tajuddin
SKIP Makan Pagi Dan Tengah Hari, Jangan Sampai Terjebak Jenis Diet Ketinggalan Zaman!

Lupakan saja kaedah diet yang ketinggalan zaman. Ada banyak sebab kenapa diet yang kita jalani sebelum ini tidak membuahkan hasil. Tubuh, bukanlah baru ‘dibentuk’ pada hari ini.
Apabila mulakan diet rendah kalori, hanya anda sahaja yang faham bahawa anda mahu menurunkan berat badan. Sebaliknya, tubuh anda tidak memahami apa yang anda lakukan. Tubuh hanya ‘faham’ yang anda kelaparan, seterusnya tubuh akan cuba menghentikan usaha diet anda.
INGAT…
1. Kadar metabolisme setiap orang tidak sama, ada yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi sehingga dapat membakar kalori dengan cepat. Mereka yang memiliki metabolisme yang tinggi rata-ratanya lebih langsing. Ada pula yang membakar kalori dengan lambat kerana memiliki kadar metabolisme yang rendah.
2. Kadar metabolisme boleh berubah. Ketika anda berdiet dan berada dalam keadaan lapar, tubuh akan memperlahankan metabolisme kerana tubuh tidak faham tentang konsep diet. Disebabkan tidak tahu berapa lama akan berada dalam keadaan lapar, secara automatik tubuh akan cuba bertahan dengan lemak yang ada.
3. Tubuh akan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan sebanyak mungkin lemak yang ada di dalam tubuh anda sehingga tempoh ‘berlapar’ anda tadi tamat. Ini kerana, lemak tersebut adalah sumber tenaga simpanan tubuh.
Makan Pagi
Mungkin ramai yang biasa ambil makanan berat macam nasi lemak, roti canai dan kuih muih yang manis, bukan?
Ok, ini apa yang anda perlu buat sebelum sarapan ambil segelas air suam masukkan 1 inci halia yang diketuk, rendamkan selama 2-5 minit, selepas itu masukkan dalam rendaman halia tadi perahan lemon ataupun limau nipis serta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan.
Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan banyak melampau. Jadi tak ada lah mengidam nak makan nasi lemak ke atau sebarang sarapan melampau!
Cara Makan Tengah Hari
Wajib makan tengahari dan jangan sesekali tak nak makan kononnya nak diet. Jangan nak mogok laparkan diri semata-mata nak kuruskan badan, sangat tidak bagus untuk jangka masa panjang.
Sebenarnya menu makan tengahari sangat mudah jika suka sangat makan nasi, tapi dengan syarat cedok nasi segenggam saja, lauknya adalah ikan atau ayam yang dibakar, dikukus, panggang ataupun yang bersup.
Elakkan lauk pauk yang bersantan, goreng dan yang sewaktu dengannya. Selain itu lebihkan sayur sayuran hijau tak pun ulam-ulaman segar.
Kalau nak jemput selera, eloklah setiap hari tukar lauk baru agar tak jemu.
Malam
Bukan tak boleh makan malam langsung tetapi sila makan malam awal sebelum maghrib antara jam 6 petang ke 8 malam. Jangan makan lewat malam, perut pun perlukan masa nak proses dan nak rehat.
Menu makan malam selalunya boleh buat sup ayam atau pun bihun sup tetapi bihun (adalah karbohidrat) jadi ambil 1 genggam sahaja dan lebihkan sayur dalam sup itu. Ini pun boleh kenyang tau.
Kalau pemalas sangat nak masak, makan saja oat dengan susu dan kismi. Settle!
Elak Makan Ikut Nafsu
Kebiasaan diet dengan cara berlapar boleh beri kesan yang buruk. Ini kerana, tubuh bukan hanya memperlahankan kadar metabolisme untuk menyimpan lemak yang ada tetapi akan cuba mengambil kesempatan sebaik mendapat sumber makanan. Pantang ada saja makanan, tubuh cenderung cuba mendapatkannya dengan banyak.
Bayangkan saja anda sudah berdiet dan menahan lapar selama beberapa hari. Suatu hari, datang seorang rakan membawa aiskrim kepada anda. Anda berkata pada diri sendiri, makan satu atau dua sudu tidak akan beri kesan buruk pada diet anda. Tapi sebaliknya tanpa anda sedar semakin banyak pula yang anda makan.
Akhirnya, anda menyalahkan diri sendiri kerana tidak punya kekuatan untuk menghalang diri dari makan aiskrim tadi dengan banyak. Hakikatnya, anda bukanlah tidak punya kekuatan untuk menahan diri tetapi itulah sebenarnya bagaimana tubuh berfungsi.
Tubuh anda menganggap bahawa aiskrim tadi adalah satu-satunya sumber kalori yang boleh didapati setelah beberapa hari tidak mendapat keperluan kalori yang mencukupi. Sebab itu, anda tidak sedar bahawa anda sudah mengambil lebih kalori dari yang sepatutnya.
Ingat, kebiasaan makan secara tidak terkawal (mengikut nafsu) biasanya disebabkan oleh diet. Jadi sebenarnya adalah tidak bagus untuk anda mengelakkan diri dari makan seperti meninggalkan makan sarapan dan makan tengah hari.
Mengelak dari makan hanya membuatkan anda makan dengan lebih banyak sebaik sahaja berpeluang untuk makan. Makanlah seperti biasa dan elakkan diet rendah kalori. Mengelakkan atau terlalu kurang makan bukanlah cara yang efektif dan kekal untuk mengawal berat badan.
Cuba rujuk cara untuk meningkatkan metabolisme oleh Kevin Zahri…
1. Minum Air Secukupnya
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
2. Jangan lupa suplemen kalsium
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
3. Pilih Makanan
Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
3. Tidur yang cukup
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
4. Jangan Stress
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
5. Curi Masa Duduk Di Luar
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
Tak kisahlah cara mana yang anda suka boleh bila diet. Cuma lebih baik cuba turunkan berat badan secara semulajadi, tanpa apa-apa produk. Berdietlah dengan cara yang betul. Jika rasa berat badan okay, tetapi cuma di bahagian perut yang ada masalah, cuba cara kempiskan perut secara semulajadi pula.
Jus Diet Sihat, Perut Kenyang Bagi Yang Tak Mahu Makan Malam!

Timun, epal hijau dan lemon memang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Terutama dari segi kesihatan untuk kekal cergas dan sihat. Buat mak-mak dan wanita yang sedang berdiet,jika risau lapar waktu malam dan tak mahu makan berat, boleh cuba amalkan minum jus ini.
“MyMaintain’ Fit! Bagi yang ingin diet tapi tak mahu makan berat di waktu malam.Buat jus diet menggunakan bahan yang menyihatkan dan mengenyangkan perut.”
Bahan-Bahannya:
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 hirisan lemon, ambil jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar
Cara Membuatnya:
1.Kisar semua bahan-bahan dalam blender.
2.Terpulang kepada individu nak tapis. Rugi jika tapis sebab fiber tinggi hampas dia.
Sukatan jus untuk 1 gelas gedabak ni ye.
KHASIAT TIMUN
Mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh buang toksin dalam badan dan bagi sejuk badan.
KHASIAT EPAL HIJAU
Kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau.
KHASIAT LEMON
Tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
MW: Selamat Mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang sedang berdiet, mengamalkan jus yang sihat dan banyak khasiatnya.
Sumber: E-Tani