Mengambil air sembahyang atau berwuduk merupakan salah satu syarat sah sebelum menunaikan solat.Ia bukan sekadar satu syarat namun kelebihan berwuduk sebenarnya lebih daripada itu, terutamanya dari segi kesihatan secara saintifik.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima rangsangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk.Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi.

Antara kelebihan berwuduk, membuatkan diri kita sentiasa bersih serta dapat menghindarkan kita daripada bahaya keracunan antaranya perbuatan memasukkan air ke dalam hidung.

Keracunan itu terjadi kerana adanya pertumbuhan bakteria berbahaya dalam lubang hidung. Dari lubang hidung ini, bakteria boleh masuk ke dalam usus sehingga menimbulkan radang dan berbagai-bagai penyakit terutama apabila bakteria itu telah masuk melalui peredaran darah.

Adapun berkumur-kumur dalam wuduk telah terbukti dapat menjaga mulut dan tekak daripada sisa-sisa makanan yang barangkali masih tersisa di dalam mulut. Membasuh wajah, dua tangan hingga ke siku dan dua telapak kaki memiliki manfaat dalam menghilangkan debu dan bakteria.

Di samping itu wuduk juga mampu membersihkan wajah daripada kandungan lemak yang keluar dari kelenjar kulit dan keringat.

IKLAN

Mampu Tenangkan Fikiran & Naikkan Seri Wajah, Antara 5 Penemuan Saintifik Kelebihan Berwuduk!

Sementara itu, antara Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk ialah:

1. Lancarkan Peredaran Darah

Apabila air dingin melalui tubuh yang letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan tubuh lebih segar.

2. Tingkatkan Sistem Pertahanan Tubuh

Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.

IKLAN

3. Tingkatkan Kesuburan

Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekaligus meningkatkan tahap kesuburan.

4.Kulit & Kuku Lebih Sihat

Berwuduk juga boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat.

5. Naikkan Seri Wajah

Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion-ion negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.Nak cantik berseri, selalulah mengambil wuduk.

6. Tenangkan Fikiran

Neurologist telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.Sebab itulah disarankan, apabila sedang marah redakanlah ia dengan mengambil wuduk. Api kemarahan dapat disejukkan dengan air wuduk, sekaligus dapat memberi ketenangan dalam hati.

IKLAN

Tetapi apa yang lebih penting Rasulullah SAW dalam satu hadis telah menerangkan mengenai kelebihan berwuduk yang antara lain anggota berwuduk itu akan mengeluarkan cahaya ketika akhirat kelak serta digugurkan dari segala dosa-dosa kecil ibarat air yang mengalir.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat nanti dalam keadaan, dahi, dua tangan dan kaki mereka bercahaya kerana wuduk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

“Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.”
(Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah)

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sama-samalah kita selalu mengekalkan wuduk untuk mendapat manfaatnya baik segi rohani, emosi dan fizikal.Dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.

Sumber: Academia.edu & shafiqolbu

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI