Sesungguhnya mati itu PASTI. Bila, di mana dan bagaimana cara kematian kita adalah rahsia Allah SWT. Tragedi kemalangan maut melibatkan 6 kenderaan awal pagi semalam cukup meruntun hati. Yang paling terkesan pastinya, anak-anak yang masih kecil belum ‘faham’ maksud kematian serta waris mangsa kemalangan yang terlibat.
“Mama dah meninggal yer, bila mama nak bangun?” kata Syurafa’ Muhamad Hisyam, 2, selepas mendengar berulang kali perkataan meninggal dunia apabila keluarganya terbabit kemalangan di Kilometer 294.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gopeng, Perak, semalam.
Dalam kejadian 7.10 pagi itu, kereta Proton Perdana dinaiki mereka sekeluarga merempuh belakang Honda Civic yang berhenti kerana terdapat kemalangan di hadapan.
Ibu & Kakak Meninggal
Rempuhan itu menyebabkan ibunya, Ummu Maisarah Kamaludin, 33, yang duduk di bahagian penumpang belakang maut di lokasi kejadian manakala kakaknya, Syaima’ Muhamad Hisyam, 5, yang duduk bahagian penumpang depan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak.
Adik ipar kepada arwah Ummu Maisarah, Muhammad Hatem Zakaria, 28, berkata, ketika kejadian abangnya, Muhamad Hisyam Zakaria, 35, bersama isteri (Ummu Maisarah) dan tiga anak perempuan mereka iaitu Syifa’, 9; Syaima’ dan Syurafa’ dalam perjalanan dari Petaling Jaya menuju Pendang, Kedah untuk menghadiri kenduri aqiqah sepupu selain bercuti.
Menurutnya, mereka sekeluarga keluar rumah pada 4 pagi sebelum terbabit dalam kemalangan berkenaan.
Ads
“Saya mengetahui kejadian itu selepas abang (Muhamad Hisyam) menghubungi ayah memaklumkan kejadian sebelum kami bergegas ke Perak.
“Jenazah kakak ipar (Ummu Maisarah) dan anak buah (Syaima’) selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 8 malam tadi,” katanya.
Merengek Cari Arwah Ibu & Kakak
Muhammad Hatem berkata, buat masa ini, Syifa’ seperti mengerti mama dan adiknya itu sudah tiada berbanding Syurafa’.
“Selepas dia mendengar perkataan meninggal dan melihat mama dan kakaknya itu dikebumikan, dia tertanya-tanya bila mereka akan bangun selain asyik menyebut nama mereka.
Ads
“Malam tadi pun, dia sukar tidur dan sering mencari mamanya walaupun kami cuba menarik perhatian dengan mengajak dia main bersama sepupunya yang lain.
“Selain itu, abang (Muhamad Hisyam) masih fobia untuk memandu kereta,”katanya.
Semalam, kemalangan membabitkan treler Hino, Perodua Myvi, lori yang belum dikenal pasti, Volkswagen Passat, Honda Civic dan Proton Perdana dengan keseluruhan 10 mangsa termasuk dua cedera dan dua maut.
Ads
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati treler dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh itu dipercayai dilanggar dari belakang oleh Perodua Myvi menyebabkan kereta itu berpusing dan berhenti di lorong kanan sebelum sebuah lori tidak dapat dipastikan memperlahankan kenderaan.
“Volkswagen Passat di belakang lori itu memperlahankan kenderaan serta menyalakan lampu kecemasan, diikuti Honda Civic namun Proton Perdana dinaiki mereka sekeluarga gagal mengelak lalu melanggar belakang Honda Civic.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
MW: Ajal menjemput tak kira masa dan peringkat usia. Paling terkesan pasti anak-anak yang masih kecil, rasa kehilangan dan masih mengharap kasih sayang daripada insan tersayang. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga roh kedua-dua mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Pelakon cantik, Rozita Che Wan yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta alami cedera terseliuh kaki. Katanya, ‘betullah malang tak berbau. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghalangnya.’
Kerana seorang pelakon tambahan yang terpijak kain Che Ta, ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini terjatuh sampai terseliuh kaki kirinya di set pengambaran drama Dayang Senandung, yang dijalankan di sebuah hotel dekat Puchong.
Katanya, waktu itu dia melakonkan babak dikerumuni peminat. “Depa rempuh betui-betui macam main rugbi. Lutut dah berbalut.” Itulah yang buatkan Che Ta jatuh. Ia juga memberi kecederaan kepada bahagian lututnya.
Bukan saja berbalut lutut, malah Che Ta terpaksa menggunakan tongkat dan diberi cuti selama seminggu untuk berehat.
“Huru-haralah jadual saya selepas ini.”
Rozita Che Wan di set pengambaran drama Dayang Senandung bersama pelakon Hun Haqeem.
Redha Dengan Ujian
Walaupun, kaki terseliuh Che Ta tetap redha dengan ujian yang menimpa dirinya. Malah, kongsinya di instagramnya, sakit itu penghapus dosa.
“Orang yang sakit juga selayaknya semakin bergembira mendengar berita ini karena kesusahan, kesedihan dan rasa sakit karena penyakit yang ia rasakan akan menghapus dosa-dosanya.”
Dan biar pun dalam keadaan sakit-sakit itu, Che Ta tetap kelihatan cantik menawan. Memang tak de sapalah boleh lawan. Anggun jelita gitu.
Sehinggakan bila Che Ta kongsi gambar bertongkat di instagram, ramai yang memuji gaya ‘letoopan’ Che Ta tu. Artis lain pun tak mengagumi kecantikan ibu anak tiga yang kekal anggun sentiasa.
Masih dalam keadaan tak sihat ini, Che Ta tetap bersedia untuk berlakon drama Dayang Senandung. Katanya, jika pengarah benarkan dia menjayakan babak dalam keadaan duduk, dia sedia melakukannya.
“Cuma saya kena tengok keadaan dan perkembangan lutut ini. Saya juga tak mahu menyusahkan produksi dan tak selesa bertongkat di set.”
Sebaknya melihat anak arwah Abam, Hamzah yang hanya dapat mencium bantal yang diprint wajah ayahnya ketika sambutan harijadi. Lebih menyentuh hati apabila Hidayah menunaikan impian arwah Abam yang tak kesampaian. Ketika hayatnya, arwah mahu menghadiahkan Hamzah kereta bila usia anaknya mencecah satu tahun.
Namun impian tersebut tidak sempat ditunaikan, Abam kembali ke rahmatullah 10 Februari lalu. Posting Hidayah dan gambar-gambarnya bersama Hamzah mengundang sebak netizen. Mereka mendoakan Hidayah dan Hamzah bahagia dan dimurahkan rezeki.
“ Selamat Hari Lahir buat anak kesayangan ibu genap satu tahun Syed uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar. 14 Jun 2020, semoga menjadi anak yang soleh buat ayah dan ibu. Alhamdulillah selesai majlis kesyukuran dan birthday untuk anak ibu.
“Ibu hadiahkan Hamzah kereta ni, Hamzah bolehlah main dengan abang-abang nanti. Arwah ayah pernah cakap nak belikan kereta macam ni untuk Hamzah bila genap satu tahun. Ibu tunaikan apa yang ayah pernah pesan,”ujar Hidayah.
Menerusi posting di instagram miliknya, Hidayah turut mendoakan anaknya Hamzah sentiasa dilindungi Allah. Isteri arwah Abam ini juga begitu terharu dengan sokongan dan keprihatinan keluarga dan orang di sekeliling.
“Moga Hamzah sentiasa dilindungi Allah. Terima kasih anak-anak buah umi bagi hadiah pada Hamzah. Umi sayang korang semua, terima kasih juga kak sharifah bagi hadiah set bantal printing gambar arwah & Didi untuk Hamzah. Moga murah rezeki. Al-Fatihah buat Allahyarham suamiku, Syed Umar Mokhtar,”katanya.
Team Mingguan Wanita doakan Hamzah jadi anak soleh dan membahagiakan ibu dan ayahnya. Kepada Hidayah, kami doakan Allah beri ketabahan dan luaskan rezeki Hidayah sekeluarga. Sama-sama kita sedekahkan AL FATIHAH buat arwah Abam, semoga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.
Sumber: Instagram hidayah_abam
Kenangan Hidayah bersama arwah Abam segar dalam ingatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sanggup Berhabis RM101k Tempah Kostum, Demi Impian Jadi SERIGALA JADIAN. Mungkin bagi kebanyakan orang impian menjadi haiwan liar tak pernah langsung terlintas di fikiran.
Namun tidak bagi lelaki ini. Siapa sangka seorang lelaki di Jepun sanggup membelanjakan kira-kira tiga juta yen (RM101,171) untuk kostum serigala buatan tangan demi memenuhi impiannya menjadi haiwan liar itu.
Kostum itu dihasilkan oleh Zeppet, sebuah syarikat mengkhusus dalam pembuatan sut ultra-realistik yang sebelum ini pernah mencipta kostum anjing collie bagi pelanggan bernama Toco yang mengimpikan untuk hidup seperti haiwan peliharaan itu.
Lapor Oddity Central, kostum anjing yang direka khas untuk menyesuaikan manusia dengan anatomi anjing, meraih perhatian ramai selepas tular dalam Twitter.
Fantasi Menjadi Serigala
Baru-baru ini, Zeppet memaklumkan syarikatnya menerima tempahan kostum lebih mencabar daripada seorang pelanggan yang mahu merealisasikan fantasinya menjadi serigala.
“Disebabkan kecintaan saya terhadap haiwan sejak zaman kanak-kanak lagi dan melihat sut haiwan realistik yang muncul di kaca televisyen, jadi saya mengimpikan untuk menjadi seperti itu suatu hari nanti.
“Pada sesi pemakaian kostum itu, saya kagum melihat perubahan diri saya di cermin. Ia saat yang mana impian saya menjadi kenyataan,” kata pelanggan itu di laman sesawang Zeppet.
Puas Hati Pembelian Kostum
Dilaporkan, pelanggan itu amat berpuas hati dengan pembelian kostum serigala itu meskipun ia menelan perbelanjaan tinggi berbanding kostum anjing Collie yang bernilai 2 juta yen (RM67,437).
“Tempahan saya untuk ‘kelihatan seperti serigala sebenar adalah sukar, namun kostum yang siap sepenuhnya ini kelihatan seperti apa yang saya bayangkan.
“Spesifikasi kostum itu bukan sahaja melengkapi semua pilihan saya, malah ia turut mempunyai ruang pengudaraan untuk keselesaan pemakai.
“Ia juga mempunyai alat yang memudahkan individu memakai sut itu tanpa pertolongan. Ini secara tidak langsung menunjukkan pereka memberi perhatian yang teliti terhadap keselesaan pemakai,” katanya.
50 Hari Hasilkan Kostum
Sementara itu, Zeppet memaklumkan pihaknya mengambil masa 50 hari untuk menyiapkan kostum khas berkenaan.
Jelas syarikat itu, kakitangannya memeriksa gambar serigala sebenar dan berbincang butiran terperinci termasuk cara menggabungkan kesemua ciri itu bagi menghasilkan kostum haiwan berkenaan.
Mingguan Wanita: Tak sangka ada juga yang berminat nak jadi haiwan liar seperti serigala ini dan sanggup berhabis beratus ribu demi merealiasasikan fantasi ini.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!