Sumber Foto :  Instagram Makder

Makder akui rindu arwah Siti Sarah, menangis bila teringat. Begitulah luahan daripada ibu tiru kepada arwah Siti Sarah Raissuddin.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos tahun lalu ketika usianya 36 tahun akibat Covid-19.

Sebelum meninggal dunia, Allahyarham telah menjalani pembedahan tanpa sedar bagi melahirkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan.  Selain Ayash, Allahyarham turut meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Bukan saja suami tercinta Shuib, malah seluruh ahli keluarga serta sanaka saudara berasa sedih dengan pemergian arwah.

Kini hampir setahun pemergian arwah Sarah paling terkesan dan merindui arwah termasuklah ibu tiri arwah, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Makder yang kini menggalas tanggungjawab menguruskan perniagaan milik arwah.

Makder Akui Rindu Arwah Siti Sarah

Akui Makder ada kalanya muncul perasaan sedih apabil terkenangkan arwah. Dia yang begitu rapat dengan arwah tidak tahan kerinduan dan adakalanya menitiskan air mata.

“Kadangkala kalau teringat, tak semana-mana boleh menangis. Ada ketika bila rasa ‘down’, akan ingatkan dia. Iyalah, semua benda kami lakukan bersama.

“Bukan sahaja sebagai satu keluarga, tapi juga sebagai teman bicara tempat meluahkan apa sahaja.

IKLAN

“Hampir setahun dia tinggalkan kita semua, namun sampai hari ini perasaan rindu itu tidak boleh saya ungkap dengan kata-kata,” ungkap Makder seperti mana dipetik menerusi Utusan Malaysia Online.

Baca Sini : Walau Penat.. Jam 2 Pagi, Shuib Bangun Masak Telur Mata Untuk Arwah Sarah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Makder Perlu Kuat

Memegang amanah Makder juga mengakui dirinya perlu kuat untuk membangunkan perniagaan yang diusahakan bersama arwah Sarah sebelum ini.

“Selepas arwah pergi, jualan naik mendadak. Sehingga tudung dan pakaian Muslimah dalam gudang habis terjual.

“Saya dan team kemudian lakukan beberapa strategi promosi lain seperti mengunakan khidmat Anzalna.

IKLAN

“Sedikit demi sedikit saya juga mulai ke depan untuk sama-sama menaikkan jenama ini.

“Saya percaya kepada proses penjenamaan itu sendiri.

“Alhamdulillah, progres yang baik dari semasa ke semasa.

“Kami sedar arwah penggerak utama dalam Loveta dan Ratasya Cosmetics.

“Namun besar harapan dan doa kami agar legasi yang diusahakan arwah Sarah akan terus berjalan dengan baik hasil sokongan semua,” luah Makde.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Baca Disini : Sayunya Ulang Tahun Perkahwinan ke 11 Shuib & Arwah Siti Sarah

Amalan Suka Bersedekah, Shuib Belajar dari Arwah Sarah “Isteri Tercinta, Semoga Pahala Terus Mengalir”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Mingguan Wanita:  Teringat pada Arwah Siti Sarah yang sentiasa ceria. Al-Fatihah untuk arwah.

Sumber : Utusan Malaysia 

Sumber Foto :  Instagram Makder

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/minggua nwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI