Rupanya jika ingin makanan berkuah seperti sup, bubur, mee celup dan sebagainya bertambah sedap, kena masukkan 2,3 sudu minyak bawang putih. Cara membuatnya cukup mudah hanya guna 2 bahan, namun boleh tahan lama sehingga 4 bulan dan tak perlu masukkan dalam peti sejuk pun.
Nak tahu cara buat Minyak Bawang Putih ni, baca perkongsian Puan Jaja Mohd Zaid ini.
Minyak Bawang Putih, resepi akanan bertambah sedap! dah lama nak buat, cuma takot salah resepi. Syokkk makan dengan sup, bubur nasik, mee goreng, mee kicap, mee celup.Apa-apa berkuah la..just amik 2,3 sudu masukkan dalam makanan.
Bahan-Bahan:
2 labu Bawang putih
Minyak untuk goreng (sis letak byk sket..)
(P/s : Nak lagi wangi dan sedap, boh sikit minyak bijan.. mabelesss uih!)
Cara Membuat:
1. Blend kering bawang putih guna CHOPPER. Jangan blend hancur sangat. blend kering, tak perlu letak air.
2. Panaskan minyak, api slow- sederhana je. Masukkan bawang putih, sentiasa kacau supaya goreng dan warna sekata. Gituuuu.
3. Dah garing dan coklat warna dia, terus tutup api. Sebab minyak masih panas, bawang putih akan tetap tergoreng sendiri (ntah cmne nak terang tak tau).
4. Sejukkan, then baru masuk bekas. Masuk dengan minyak-minyak tu sekali. Nama pun minyak bawang putih kan.
Ads
Tips :
– Just simpan kat luar je. Tak perlu letak dalam peti sejuk. Tahan 3,4 bulan.
Ads
Setiap gambar, saya tulis penerangan sekali. Hopefully paham la ehh.
Cantik dakkk kejadian #MinyakBawangPutih sis.
MW:Menariknya boleh cuba buat sendiri minyak bawang putih ni di rumah nanti. Tambahkan pada makanan berkuah seperti sup dan bubur memang bertambah sedap.
Kalau kita mempunyai kebun yang mempunyai pelbagai jenis tanaman, perkara yang sukar untuk dielakkan adalah rumput dan lalang yang cepat tumbuh. Itu jika dibiarkan dalam beberapa minggu. Satu kerja pula untuk menebas semua ini. Ada juga sesetengah orang menggunakan racun tapi risau pula takut terkena tanaman kita.
Bukan hanya di kebun tapi di bahagian tepi rumah kita yang sekangkang kera pun boleh membuatkan rumput dan lalang tumbuh dengan cepat. Ini belum lagi kalau dibiarkan terlalu lama. Boleh jadi belukar gamaknya.
Jadi, tak perlu risau ada cara yang boleh membantu kita untuk nak elakkan perkara ini terjadi. Perkongsian daripada Akmal Al yahya ini adalah penggunaan kota dan kertas terpakai di kebunnya bagi mengelakkan masalah lalang tumbuh.
Tapi, mak-mak boleh juga praktikkan di kawasan rumah yang mempunyai tanah kosong atau kawasan tempat mak bercucuk tanam.
Salah satu cara mengawal rumput dan lalang. Ia menggunakan 100% daripada bahan buangan.
1. Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal. Ini telah mengganggu rutin kerja-kerja kebun yang lain seperti membaja, penyediaan kompos dan lain-lain.
Pada awal berkebun, kami telah menggunakan racun untuk mengawal pertumbuhan rumput dan lalang. Namun, lalang masih tumbuh dengan lebih galaknya. Seterusnya, kami membeli sebuah mesin rumput untuk menghentikan penggunaan sebarang racun kimia di dalam Kebun Lokal, memandangkan tujuan asal kami adalah untuk membina satu bank makanan untuk keluarga kami.
2. Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih adalah inspirasi dari amalan Permaculture yang kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal. Dua bahan ini, kami dapatkan secara percuma tanpa mengeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa
Untuk lapisan kotak yang pertama.
Tanah sebelum itu, digemburkan sedikit dan diratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah. Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah. Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar. Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
3. Proses ini juga dipanggil sebagai Mulching / Sungkup. Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih, tanpa perlu kami siram, ia tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula kami alihkan ke dalam plot tayar terpakai kami.
4. Setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, barulah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos. Lapisan sungkup ini akan membantu kami di Kebun Lokal untuk memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
5. Kami mendapati jika kami menggunakan dedaun buluh lebih baik dan lebih cepat untuk ianya kompos. Dalam diam-diam sudah ada baja kendiri bagi tanaman-tanaman di Kebun Lokal. Jimat duit, tenaga dan masa.
6. Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini. Secara tak langsung dapat tumpukan pula perhatian pada kerja-kerja kebun yang lain.
7. Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar. Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan.
Selain dari itu , tumbuhan sebenarnya bertindak balas melalui jaringan ini jika ada di antara mereka yang diserang oleh serangga perosak mahupun kulat. Jika salah satu dari mereka terkena serangan, maka satu isyarat akan di hantar pada tanaman yang lain. Maka pokok yang masih sihat akan mempertingkatkan imun mereka.
8. Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan kertas rincih untuk dijadikan kompos. Jika ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing. Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan kertas rincih ini.
Setiap minggu timbunan kompos ini akan di bolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
9. Hati pun senang, tanaman pun seronok sahaja.
MW: Boleh bagi idea yang ada tanah kosong kat rumah tapi jarang digunakan sehingga tumbuh lalang. Mungkin boleh membantu dengan cara ini.
Biasanya orang perempuan memang ada koleksi tupperware sendiri sebagai salah satu hobi dan terapi. Ada yang memang digunakan untuk kegunaan seharian dan ada yang memang dijadikan hiasan sahaja. Namun bila dah ada banyak sangat tu, elok la ada rak khas untuk tempatkan bekas-bekas Tupperware ini di rumah. Kalau encik suami pandai dan minat bertukang boleh cuba DIY sendiri, minta buatkan rak tupperware ini.
“Siap rak tupperware wife.Tak pandai tapi berani cuba. Ni projek ke 3 wife suh buat untuk rumah sendiri.”
Besi hollow
Papan heveaboard
Tinggi 8×8
Cat mahogany
Sangat-sangat suke dengan kombinasi besi dan kayu.Alhamdulillah,siap jugak walaupun seminggu lebih.
Elehhh tipulah kalau orang pompuan tak suka ada rak khas untuk tupperware dia.. risau plak tupperware dia beranak pinak nanti.Kang kena tambah lagi rak..huhu
Habis dalam RM800 lebih, modal besi dan kayu cat barang-barang pun tak habis guna sebab tak boleh beli sikit-sikit hehe,simpan je untuk next projek.
Ukuran kaki, partition dalam tu saya main agak-agak je. Lebar dari depan ke belakang 1 kaki papan dia, so 1 kaki lebih sikit la campur frame.
MW: Menarik juga idea buat rak tupperware ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik, kemas malah lebih puas hati bila dapat buat sendiri untuk isteri tersayang.
Selama ini, bila tengok gel pewangi yang kering mak-mak akan buang saja. Nampak macam dah habis tak boleh guna lagikan.. rupanya bila direndam semalaman, gel pewangi ini boleh kembang semula dan wangi.
Bermakna masih boleh digunakan sekurang-kurangnya untuk sekali lagi penggunaan. Aine Soaudi (Yong) berkongsi tip berguna lagi menjimatkan yang mak-mak boleh praktikkan.
“Selalu bila gel ini dah kering mengecut kita terus buangkan. Satu tip Yong nak share, bila kering rendam gel dalam air semalaman, taraa esoknya akan kembang balik dan wangi tu still elok ya.”
Pesannya; gel pewangiyang dah kering ini kegunaan untuk sekali rendaman saja. Selepas itu bila dah kecut bolehlah dibuang.
Dan cara yang dikongsikan Ainie ini sudah pun dicuba sendiri untuk beberapa kali. Hasilnya, benar-benar menjadi. Malah, ada yang mencuba dan terbukti berjaya.
Percubaan kali pertama : gel pewangi jenis Ocean dah mengecut.
Rendam dalam air biasa saja. Buih tu dari gel itu sendiri.
Hasil rendaman gel kali pertama. Dah mengembang dengan jayanya.
Percubaan kali kedua : 2nd Freshness, terlupa nak ambil pic masa kecut.
Yang kedua pun kembang dengan jayanya.
“Kalau dah kecut teruk macam ni boleh ke sis… tak buang sebab ada bau lagi.” – Asmidar Ahmat
“Jadiii… Tq sis… Selalu buang je kalau dah kecut… Yang ni bau pun ada lagi.” – Asmidar Ahmat
Dalam perkongsian Nurul Jamu SusukDara pula, ada cara nak bagi jimat penggunaan gel jenis pewangi ini. Caranya, cuma buka penutup atas pewangi jenis gel (rujuk gambar). Dikatakan cara begini boleh menjimatkan penggunaannya selama sebulan.
MW : Baguskan.. anda boleh pilih mana-mana cara yang berkenan di hati.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.