Kecantikan

Makan Daging Tikus Rahsia Cantik Wanita Vietnam Untuk Kekal Awet Muda!

Share

Macam-macam cara dan petua wanita dari pelbagai negara amalkan untuk mengekalkan kecantikan agar kekal awet muda. Bagi kita, tikus sering dianggap binatang berbulu yang kotor, malah ramai juga yang fobia serta geli untuk memegangnya apatah lagi memakannya.

Bagi wanita Vietnam ada cara yang tersendiri dipercayai dapat mengembalikan keremajaan kulit wajah. Wanita di Vietnam mengamalkan cara pelik untuk kekal awet muda iaitu dengan memakan daging tikus!

Bagi mereka tiada yang mustahil untuk dicuba dan diamalkan asalkan boleh menghasilkan kulit yang cantik dan awet muda.

Bagi wanita Vietnam, mereka percaya bahawa daging tikus membuatkan wajah mereka lebih muda. Mereka juga beranggapan daging tikus sihat dan baik untuk kesihatan.

Tikus Sawah

Tetapi, untuk makluman, bukan tikus ‘kotor’ yang dihidangkan, tapi hanya tikus dikawasan sawah padi.Tikus jenis ini dianggap lebih ‘bersih’ kerana mereka makan padi dan selamat dimakan, malah memiliki gred berbeza berbanding tikus biasa.

Rasa daging tikus ini dikatakan lebih sedap dan manis dan dijual dalam anggaran RM8.50 sekilogram. Seorang individu boleh makan 7 ekor sekali hidang!

Mereka percaya tikus sawah yang dimasak stew beserta herba dan sayur-sayuran bagus untuk menyembuhkan sakit tulang belakang. Selain itu, mereka percaya bahawa daging tikus sawah mengandungi asid amino yang tinggi membantu pertumbuhan semula kulit untuk kelihatan lebih cerah berseri dan awet muda.

Persoalannya, sanggupkah kita nak makan daging tikus, semata-mata nak cantik dan kekal awet muda.

Sumber: World of buzz

IKLAN