Memang ada sesetengah orang yang takut nak makan daging sebab risau darah naik datau jadi pening kepala. Tetapi sebenarnya betul ke makan daging ini boleh mengundang penyakit? Atau ini cuma sekadar mitos?

Haaa… nak tahu lebih jelas tentang kebaikan dan keburukan makan daging, jemput baca perkongsian Doktor Hafiz Sulaiman ini.

MAKAN DAGING RASA PENING?

Ada beberapa kemungkinan..

1. Faktor Daging

ALAHAN TYRAMINE

– Bukan sebab tinggi kolesterol. Tak langsung.
Tapi sebab daging ni tinggi tyramine (bahan saraf yang terhasil lagi lama makanan terdedah).
– Tyramine ni boleh sebabkan kesan naikkan tekanan darah. Boleh dapat sakit kepala macam migrain juga.
– Antara makanan tinggi tyramine:

* Daging lama
* Cheese lama
* Organ hati ayam
* Pisang

– Korang perlu ingat, lagi lama sesuatu makanan terdedah pada udara, lagi tinggi lah tyramine terhasil.
– Kuantiti juga penting. Lagi banyak makan, lagi kuat kesan tyramine. Kesimpulannya, makan lah fresh dan ambil lah sikit saja kalau dah alah tu.

ALAHAN HISTAMIN

IKLAN

– Makanan tinggi bahan saraf semulajadi histamin boleh menyebabkan badan jadi sensitif.
– Orang ekzema kulit jadi lagi merah, orang ada angin GERD jadi sendawa dan kentut tak henti.
– Orang migrain jadi lagi teruk. Histamine ni adik beradik tyramine lah..keluarga “amines”.

Bahan kimia dan logam berat di dalam makanan haiwan ini juga secara teorinya mengganggu hormon meningkatkan histamin di dalam badan haiwan seterusnya kita yang makan daging haiwan tersebut.

Maka, bukan sahaja makanan fresh tu penting. Pilihan organik adalah lebih baik. Apa pun hujahnya, lebih sedikit kita makan daging tersebut.. lebih kuranglah risiko kesan negatif pemakanan tersebut terhadap kesihatan. Mengapa?

SETIAP BADAN MANUSIA BERBEZA.

1) Ada orang boleh makan kesemua makanan di atas tanpa sebarang masalah. Mereka ini mempunya perut yang kuat, tahap sensitif dan alah yang rendah seta organ detoks yang “tip top”… golongan rare ni punyai perut tahap nenek moyang.

IKLAN

2) Ada orang sensitif perut. Makan sikit, dah migrain, “angin” semacam, loya, kembung, muntah, terjeluak, berguling-guling sakit perut. Ini kes geng-geng GERD.

Belum sentuh bab mental lagi.. dup dap dup dap.. berpeluh.. macam-macam fikir. Takut tak tentu pasal, scary weh daging.

Sementara mamat no 1 selamba badak melantak daging tanpa belas kasihan kepada perut tanpa was-was.

3) Ada orang lepas makan, ekzema jadi merenyam-renyam.

IKLAN

Berair, bernanah, maka tak tido malam lah jawabnya. Tak sanggup menanggung derita.. ramai yang skip je daging bagi senang cerita.

Ada yang sakit-sakit lesu badan jadinya.. Oh bisanya seketoi daging kenduri.

Kesimpulannya…

Daging memang ada bahan kimia semula jadi yang boleh sebabkan reaksi alahan.

Ini tak bermakna daging tu salah. Apa pun… daging yang terbaik pilihan saya sudah tentu daging segar organik jenis free range (berkeliaran makan rumput).

Orang yang sihat perutnya, sihat badannya boleh menerima makanan fitrah ini seadanya. Bukan daging saja pun makanan yang boleh sebabkan alahan.

Jika dah ada sejarah perut tu sensitif dan alah, ada baiknya elakkan dulu sementara rawat masalah tersebut. Pulihkan dan kuatkan sistem pencernaan.

In shaa Allah kita boleh nikmati makanan ciptaan Allah.. fitrah bagi kelangsungan hidup kita untuk mengabdikan diri kepadaNya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI