
HEBAT… cuma makan buah pisang 51 biji sehari, Freelee dapat turunkan berat badannya lebih cepat dan berubah menjadi langsing.
Wanita pemilik akaun Youtube Freelee The Banana Girl ini menunjukkan dalam videonya bagaimana dia menghabiskan 51 biji pisang secara bertahap dalam sehari.
Sebenarnya dia mula melakukan diet ini untuk menurunkan berat badan sebelum ini, namun setelah turun 18 kg, akhirnya Freelee meneruskan diet ini untuk menjaga berat badannya.
Dalam videonya, merakamkan bagaimana dalam masa satu jam makan dia mampu menghabiskan 20 biji pisang yang dikisar dengan menggunakan air kelapa dan setitis vanilla sebagai perasa.
Tip Diet Pisang Cara Kisar Buah
Sewaktu dia membongkar cara turunkan beat badannya lebih mudah, Freelee juga selitkan tip macam mana nak kisar buah pisang agar jus pisang yang dihasilkan tak cepat basi dan rosak.
Perut Freelee yang tadinya langsing, kemudian berubah sedikit membuncit dan dia mengatakan bahawa sisa makanan itu akan turun dengan sendirinya ketika dia buang air.
Freelee melakukan diet dengan hanya makan-makanan yang tak dimasak sampai jam 4 petang.
Ya, Freelee adalah pemakan buah yang cukup banyak. Selain pisang, kadang dia juga mengambil 2 buah nanas sekali gus, 5 mangga atau 2 liter jus jeruk.
Kali ini, dia makan 51 pisang sebab ada 51 biji pisang masak yang boleh dimakan.
Meski pun makanan yang diamalkan adalah buah atau sayuran, lebih baik melakukan diet seimbang dengan tetap mengonsumsi beragam sayuran dan buah serta tambahan protein lainnya.
Namun ada sesetengah orang rasa, untuk makan 51 biji buah pisang dalam sehari itu cukup gila! Haaa… macam mana dengan pandangan anda sendiri? Kalau nak ikut caranya pun silakan!
3 Langkah Alami Rawat Kulit Berminyak Dalam 30 Hari

Wajah persis bidadari namun kulit mak aiii, berminyaknya. Ibaratnya apabila ditatang boleh menggoreng ikan. Wajah yang berminyak memang akan menjadikan penampilan anda kurang sempurna. Sebab itu kena usahakan rawat kulit berminyak.
Sekali pun disolek, pasti ada cacat celanya kerana kulit berminyak tak lut mekap. Bagaimana nak mengatasi masalah ini, kerana kulit berminyak memang bikin hidup kita jadi huru-hara. Jerawat pun mudah saja singgah. Amalkan dahulu tiga tip ini selama sebulan, ia membantu anda mengelakkan kulit daripada terus-menerus berminyak!
1. Hindari Pencuci Wajah Beralkohol
Sememangnya pencuci wajah yang mengandungi alkohol akan membuatkan kulit anda terasa bersih dan segar tatapi tahukah anda ianya hanyalah bersifat sementara. Semakin banyak minyak semulajadi dinyahkan dari kulit wajah maka semakin kuat kulit anda berkerja untuk mengeluarkan minyak sehingga membuatkan kulit anda semakin berminyak.
2. Jangan Terlalu Kerap Cuci Wajah
Memanglah setiap kali anda berasa tidak selasa dan rimas apabila kulit anda berminyak, anda akan mencucinya. Tetapi sebenarnya apabila anda terlalu kerap bersihkan wajah secara tidak langsung akan membuatkan minyak alami yang terdapat di lapisan kulit wajah akan terhakis seterusnya situasi yang sama akan berulang, iaitu kulit wajah anda akan bertambah berminyak.
3. Pilih Pelembap Berasaskan Air
Penyelesaian ketiga untuk mengurangkan minyak di wajah adalah dengan cara memilih pelembap wajah yang berasaskan air. Sama sekali elakkan krim pelembap yang mengandungi minyak kerana ianya akan membebankan masalah kulit anda. Ayuh, lakukan sekarang!
Sibuk Abdikan Diri Untuk Keluarga, Harus Ada Ruang SAYANGI Diri Sendiri

Tak dinafikan selepas berkahwin, kebanyakannya wanita biasanya akan ‘mengabdikan diri’ untuk kebahagiaan suami dan anak-anak tersayang. Dalam kesibukan menguruskan rumahtangga, adakalanya sehingga terlupa untuk memperuntukkan sedikit ruang waktu yang ada untuk sayangi diri sendiri. Dalam erti kata menjaga penampilan diri, bercantik-cantik dan menjaga hati sendiri. Segalanya pastinya didahulukan untuk keluarga tersayang.
Buka minda baca perkongsian catatan pengalaman peribadi daripada Puan Dzuriasikim Dzulkefli ini.
Selalu saya nasihatkan wanita untuk jadi cantik. Jaga diri. Jaga pakaian. Jaga penampilan dan jaga hati sendiri.
Biar apa pun harus ada ruang untuk sayangi diri.
Kerana saya sendiri telah pernah terlupa untuk menjaga semua itu. Saya pernah jadi orang yang suka menghambakan diri untuk orang yang saya sayang, demi mengejar sayang. Ramai wanita jadi begini.
Bukan tidak boleh. Ya pasti boleh sahaja. Kerana cinta itu kan suatu anugerah yang terindah buat kita. Lalu orang yang bercinta itu, sering mahu memberikan yang paling baik untuk pasangannya.
Yang tidak boleh adalah, bila cinta pada manusia lain melebihi diri sendiri. Dan saya tidak mahu hal yang serupa berlaku kepada wanita lain lagi.
Jaga Penampilan Diri
Saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat menitik beratkan tentang penampilan diri. Entahlah, barangkali sudah menjadi kebiasaan sejak nenek moyang kami lagi.
Arwah ibu saya sangat sangat memberatkan keterampilan bukan setakat luaran. Bahkan hingga ke pakaian dalam!
Pernah dia berpesan begini sambil berjenaka…
“Seluar dalam terkoyak jangan pakai lagi. Mana tahu kalau kecemasan atau ada kemalangan di luar, terselak kain….nampak seluar dalam koyak….”. Sampai macam tu dia berpesan kerana nak menakutkan kami supaya tak pakai pakaian dalam yang berlubang.
Bila bernikah, sehingga punya anak dua ramai yang ingat saya masih anak dara. Saya tetap jaga diri.
Bila anak kembar (ketiga dan keempat) saya lahir, badan saya mula besar sedikit. Malah sungguh besar. Berat saya waktu mengandung melebihi 80kg! Setelah melahirkan, menjadi 70kg lebih.
Bila bekas pasangan minta saya berhenti kerja…saya akur. Meskipun waktu itu sudah punya kerjaya yang sangat bagus, gaji lumayan, di syarikat antarabangsa antara terbaik dunia. Orang yang dalam cinta, sanggup buat apa sahaja kan?
Abdikan Diri Untuk Keluarga
Apabila rumahtangga mula goyang dan tertekan… Saya abdikan diri untuk keluarga. Hidup saya sememangnya hanya untuk suami dan anak-anak sahaja. Saya last sekali. Itupun jika ada waktu tersisa. Yang biasanya tidak ada.
Semuanya hanya kerana ingin mengejar cinta. Yang semakin lari …dan lari.
Saya faham benar bagaimana seorang isteri itu berada dalam “super comfort level”.
Jadi isteri sudah tidak pandang orang lain.
Suami di hati bagai permata.
Biar siapa pun dia….
Dan wanita sering berfikir bahawa suami mereka juga serupa.
Itu yang sering menjadikan sikap “tidak apa” pada isteri.
Terlupa Jaga Diri
Terlupa jaga diri.
Berat badan semakin menjadi.
Kadang tidak sempat berbedak apa lagi berlipstik.
Sibuk menukar pampers bayi.
Segalanya seadanya.
Bahkan kadang cincai sahaja.
Aku kan dah kahwin.
Dah ada suami.
Alah, dah kahwin lama.
10, 12, 25 tahun dah.
Suami tidak kisah.
Saya pernah terlupa bahawa dulu saya sering sangat menjaga diri. Karektor kita berubah. Apa lagi bila bekas suami sangat kuat cemburu. Saya tak boleh cantik-cantik selalu.
Jangan tersalah faham.
Bila jadi isteri, harus ikut cakap suami.
Namun perlu ada ruang untuk diri.
Ini saya dulu.
Waktu balik kampung sampai sepupu saya tegur…
“Bakpo biar tubuh jadi gitu…. Saye lah ke tubuh…”
(Kenapa biarkan tubuh jadi macam tu? Sayang dekat tubuh…). Dia tegur sebab tak pernah tengok saya comot dan selekeh begitu.
Apabila berpisah, saya jadi diri saya semula.
Saya jaga makan dan waktu tidur saya.
Saya jaga diri macam arwah ibu ajar saya.
Kita boleh jadi siapa yang kita mahu.
Nak kurus boleh, jika kita benar-benar mahu.
There is no such things that…“Saya nak kurus….tapi tak boleh laaa”.
“Saya nak kulit cantik…tapi tak sempat dan selalu tak ingat nak pakai….”
Istiqamah itu memang sukar.
Yang mudah itu adalah istirehat.
Namun jika kita benar sayang diri kita.
You just have to be determined and put your heart to it.
Ini gambar saya hari ini.
Dan gambar saya ketika tidak mencintai diri.
Saya yakin anda juga boleh…
Sayangi diri.
Dzuriasikim Dzulkefli
InsyaAllah esok saya tulis lagi.
Baca Lagi Di Sini: Wanita MATANG Adalah Orang Yang Lebih TENANG Dan Mudah Memaafkan
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat wanita bergelar isteri dan ibu. Dalam pada kita sibuk menguruskan anak-anak dan keluarga, janganlah terlupa untuk berikan sedikit ruang sayangi diri dan jaga penampilan diri. Percayalah dengan berpenampilan menarik membuatkan kita selesa dan mampu menambah keyakinan diri, walau di mana pun kita berada.
Sumber: Dzuriasikim Dzulkefli
Resepi Pati Kurma Homemade Amoijamu, Mujarab Tambah Darah & Buang Angin Lesu Dalam Badan

Pati Kurma Homemade Amoijamu ini alternatif terbaik menggantikan air rebusan kurma. Sebabnya jenis pati ini buat sekali, tahannya sampai sebulan jika disimpan dalam peti ais. Kelebihan yang mak-mak kena tahu, mujarab untuk mak-mak yang nak tambah darah, buang angin lesu dalam badan dan tambahkan susu masa berpantang.
“Kebanyakkan orang akan mengenali resepi ini sebagai resipi penambah susu waktu berpantang dikalangan masyarakat melayu. Namun resipi ini telah lama diamalkan oleh kaum cina sejak zaman dahulu kala.” Kongsi Amanda Tan yang lebih dikenali dengan nama Amoijamu.
“Hari ini saya akan kongsikan bagaimana cara mengolah resepi ini menjadi sebagai pati supaya senang diamalkan jika kekurangan masa untuk merebus.”
Cara penyediaan agak mengambil masa pada permulaannya tetapi setelah selesai anda akan dapati cara ini sangat senang kerana anda boleh menikmati minuman ini bila-bila masa sahaja dan tidak perlu tunggu atau jaga api setiap kali ingin menikmatinya.
Bahan-bahan Pati Kurma Homemade Amoijamu
250 gram Kurma Cina kering
150 gram Longan kering
150 gram Goji Berri kering
100 gram Halia Tua
50 gram Jaggery* atau Gula Melaka
*Jaggery adalah serupa Gula Melaka tetapi diimport dari India.
Cara Penyediaan


Belah kurma cina kering dan keluarkan bijinya.


Masukkan bahan rendaman, hirisan halia dan sedikit air rendaman supaya senang diblenderkan. Air ikut keperluan.





**Minum panas-panas sesuai untuk ibu bersalin dalam waktu berpantang, badan yang banyak angin, mengalami masalah pencernaan/ penghadaman, mereka yang kekurangan sel darah merah / anemia, susah tidur, orang yang selalu keletihan dan mengalami tekanan.
**Oleh kerana ia mempunyai gula, ia tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis.
Khasiat Pati Kurma Homemade Amoijamu
√ Sangat bagus untuk meningkatkan sel sel darah merah.
√ Ciri ciri antioksidan yang mampu awet muda
√ Melancarkan perjalanan darah.
√ Mengekalkan fungsi hati.
√ Memulihkan tenaga
√ Memperbaiki kualiti penglihatan.
√ Meningkatkan sistem imun badan.
√ Agen pembina darah merah.
√ Menguatkan otot dan tulang.
√ Membantu sistem penghadaman.
√ Membantu memperbanyakkan susu ibu.

Nota Wajib Baca:
Di atas adalah perkongsian Pati Kurma yang saya sendiri amalkan buat beberapa bulan ini. Efeknya bagus. Sebab tu saya kongsikan.
Sumber/Foto : Amanda Tan