Makan Buah Memang Bagus, Tapi Bukan Untuk Semua Orang…

Tentunya semua orang sudah arif akan khasiat dan manfaat buah-buahan pada kesihatan tubuh kita. Buah-buahan itu boleh dinikmati begitu saja, dijadikan jus atau dimasak dengan pelbagai sajian.

Tak dinafikan, buah-buahan memang elok dimakan kerana pelbagai zat terkandung di dalamnya. Antaranya antioksidan yang membantu mencegah daripada pelbagai jenis penyakit.

Salah seorang tetamu yang dipanggil ke Mingguan Wanita Talkshow, En. Mohd Al Saufreen Akhiruddin, Pakar Nutrisi, Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah berkongsi beberapa maklumat berkenaan dengan nutrisi dan kebaikan buah-buahan:

IKLAN

Makan Buah Memang Bagus, Tapi Bukan Untuk Semua Orang…1. Bolehkah Makan Buah berlebihan?

Kalau bagus, bolehkah dimakan tanpa had? Menurut En. Mohd Al Saufreen, apa sekali pun, perlu secara bersederhana. Disarankan untuk mengambil dua sajian dalam sehari.
Walau bagaimana pun, ada dalam keadaan tertentu, pengambilan buah-buahan perlu dikawal. Misalnya, bagi pesakit diabetes, tak boleh semudahnya ambil buah-buahan kerana terdapat kandungan gula di dalam buah-buahan tersebut. Sebaiknya berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti penyakit anda dahulu.

2. Buah Panas VS Sejuk?

Ada yang cakap, buah itu panas dan buah itu sejuk dan tak elok diambil oleh sesentengah orang terutama yang ada penyakit tertentu. Misalnya, buah durian dikatakan ‘panas’ dan tembikai dikatakan ‘sejuk’.

IKLAN

Menurut En. Mohd A Saufreen lagi, dalam sudut kajian saintifik, tidak ada istilah buah ‘panas’ atau buah ‘sejuk’ yang menyokong fakta ini. Ia lebih kepada amalan orang lama-lama.

3. Makan buah dulu atau kemudian?

Bilakah waktu tepat untuk makan buah-buahan? Apakah selepas makan makanan berat atau sebelum? Digalakkan memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat atau ketika perut kosong. Kajian membuktikan pencernaan zat buah itu terjadi lebih sempurna ketika itu, berbanding jika makan buah sebagai pencuci mulut selepas makan berat.

IKLAN

Digalakkan ambil buah sebelum makan makanan berat atau semasa perut kosong. Jika dimakan selepas makanan berat, penyerapan tidak sempurna. Seeloknya makan buah antara 30-1 jam sebelum mengambil makanan berat.

Topik NUTRISI BUAH-BUAHAN telah menjadi pilihan Mingguan Wanita Talkshow hari ini. Jangan lupa saksikan episod ulangan Mingguan Wanita Talkshow ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 8 malam ini. Turut dikongsikan dua resipi menggunakan buah mangga.

#MingguanWanitaTV
#MingguanWanitaTalkShow
#MingguanWanita
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI