Dalam hidup kita, apa-apa mesti rujuk pada mak. Apa pun mak pesan akan terpahat dalam diri dan dijadikan peringatan untuk kita sebagai anaknya.
Tak kiralah apa jua yang mak pesan, baik dalam sehari-hari, nasihat atau pun teguran. Bila kita dengar dan ikut, ia akan mempermudahkan kehidupan kita. Sebab tu orang cakap jangan sesekali melawan atau tidak endah teguran mak. Ingat, mulut mak ini ‘masin’.
Begitu juga bila kita dalam kesusahan atau kegembirana, maklah orang yang pertama akan kita beritahu. Panduan dan mak pesan sebelum inilah memnjadikan kita berjaya hari ini.
Bercerita tentang rezeki, keberkatan dan apa juga yang anak-anak masalah, maklah tempat kita merujuk. Mak pesan berkali-kali tapi kita sebagai anak tak dengar. Bila berlaku apa-apa barulah terfikirkan.
Jangan begitu. Nak hidup berkat dan bahagia dunia akhir jadilah apa yang mak pesan ini sebagai ingatan dan panduan untuk kita sebagai anak sampai bila-bila.
Inilah yang dikongsikan oleh Abu Hurairah tentang apa yang dialami dan dijadikan ingatan untuk dirinya. Mungkin boleh dijadikan panduan buat orang lain juga. Apa jua yang kita hadapi sama ada kesempitan dalam mencari rezeki dan sebagainya, ingatlah pesan mak.
Anak dari seorang, dah bertambah dan sekarang empat.
Kos sara hidup yang makin meningkat, amat memeritkan.
Setiap pagi sampai migrain memikirkan semua. Tak tahu dah buat apa.
Satu hari, saya telefon mak. Saya mengadu tentang hal ini. Saya seperti tak tahu dah nak buat apa.
Ads
Mak pesan begini,
1. Rezeki Allah ni, dia seluas bumi Tuhan yang kita duduk ini. Kalau kita lihat tingginya langit, begitulah rahmatNya yang luas.
Kalau kita lihat tanah dan bukit serta gunung ganang yang besar, begitulah juga banyaknya rezeki yang Tuhan akan beri. Maka, jangan merungut. Jangan putus asa.
2. Sedekah, akan membuka banyak pintu rezeki. Cari orang sapu sampah. Pergi ke tempat berkumpulnya sampah, pasti ada orang tengah mencari rezeki di situ. Bagi dia makan. Bagi dia walau RM10. Lihatlah Allah balas macamana nanti.
3. Jangan berkira dalam rumahtangga. Siapa ada rezeki lebih, hiburkan pasangan. Hiburkan anak-anak. Mereka itu semua sumber keberkatan dalam rezeki kita. Tak boleh bagi harta, bagi jiwa. Bagi bahagia. Kongsikan semua itu dengan anak-anak dan pasangan.
4. Pilih satu hari, transfer je berapa nak bagi. Ada simpan nombor akaun mak ayah, simpan nombor akaun adik beradik kan? Walaupun ada baki RM5? Transfer je. Ikutlah berapa rasa yang mampu. Contohnya hari jumaat je transfer pada sesiapa, niat sedekah. Itulah yang akan menambah bekalan dan kekuatan pada diri.
5. Jagalah sembahyang di awal waktu. Di atas waktu. Belajar tinggalkan dunia dan utamakan Tuhan dalam setiap hal. Semuanya bermula dari sembahyang. Pertahankan sembahyang berjemaah. Itulah kekuatan bagi yang lemah.
Akhirnya, saya buat semua ini setiap masa dan waktu. Saya usaha dan paksa diri untuk mencuba. Kadang, hingga merangkak nak lawan nafsu dan sifat malas.
Hinggalah, Allah tunjukkan kasih sayangNya. Dengan jualan ribuan di setiap bulan.
Allahuakbar!
Di penghujung jalan buntu dan tak tahu itu, rupanya adalah jalan pembuka bagi semuanya.
Allah mudahkan satu-satu.
Ads
Mula bagi satu, dua hingga beribu. Allah nak kita belajar satu.
Namanya percaya. Percaya itulah kekuatan dan memberikan kita power untuk melangkah lebih jauh.
Untuk dapat sesuatu, kita wajib memberi dahulu. Itulah yang Allah mahu.
Benarlah. .
#sweeterapi
Mingguan Wanita : Ingat pesan mak, inilah keberkatannya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Perangai wanita, sukar untuk dijangka. Kadang manjanya melampau, ada masanya degil sampai tak boleh bincang. Hinggakan lelaki sendiri tidak tahu apa yang diinginkan oleh wanita ini.
Begitu juga dengan pasangan kita, berpuluh tahun kahwin, belum tentu suami tahu perangai isteri. Tak boleh nak baca sebab ada kalanya isteri ‘berangin’, pujuk pun tak jalan.
Dikatakan, kalau nak tahu perangai wanita atau pasangan lihat pada anggota badannya. Mungkin ada maksud tersirat dan tersurat. Bukan untuk percaya tapi ada kalanya betul juga.
Ulasan daripada Pak Utih yang sangat popular di tiktok tentang cara nak tahu perangai wanita atau pasangan.
Perangai Wanita, Sukar Dijangka Tapi Ketahui Melalui Tangan?
Dalam video Pak Utih, ada yang bertanyakan tentang cara nak tahu perangai pasangan.
Antara jawapan daripada Pak Utih:
“Ini adalah paling simple nak tahu perangai wanita Ia diperkenalkan oleh Professor John Manning dalam bukunya Digit Ratio. Sebenarnya, apa yang dikatakan itu sekadar petunjuk dan mungkin juga tidak betul bagi sesetengah orang.
Cuba lihat jari telunjuk pasangan (isteri), lihat tangan sebelah kiri. Bandingkan antara jari telunjuk dengna jari manis pasangan.
“Orang perempuan kalau jari manis lebih panjang dari telunjuk, dia terlebih hormon testostoren dan pemikiran lebih maskulin.
“Wanita ini berani, cakap tak banyak, pakaian simple, tapi kalau ada perkara yang tak berkenan, dia aka terus lawan. Tak cakap banyak dan berani.
“Kalau jari manis sama panjang dengan jari telunjuk atau lebih pendek dari jari telunjuk. Ini bermakna minda dia sangat feminin, sangat beremosi, overthinking dan sangat bergantung dengan pasangan.
“Wanita jenis ini suka luah, kongsi cerita dan setiap masa inginkan perhatian. Dia cepat emosi. Agar sukar juga kalau dapat pasangan PJJ.
“Daripada apa yang dikongsikan ini, lebih 60% adalah wanita jenis feminin.
Mingguan Wanita : Cuba tengok tangan kiri dan jari manis serta jari telunjuk. Betul tak apa yang dikatakan itu?
Jangan tak tahu, nak mandikan bayi pun ada caranya. Kalau ikutkan, ramai orang terlepas pandang dan ramai yang suka gunakan kapas lembab untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air.
Itu belum lagi cerita bab sesetengah orang yang main belasah mandikan anak dengan air sejuk!
Tolonglah ibu ayah, apabila memandikan bayi janganlah terus masukkan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya apabila memasukkan bayi dalam tab, air mandian tidak menjadi air najis, yang mana kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air. Nak tahu cara mandikan bayi lebih tepat, ikut tip ini…
Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Waktu Dhuha
Seeloknya mandikan bayi pada waktu Dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siram ikut peringkat
Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Cara gosok dan bahan cucian yang betul
Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Pastikan ikut cara siraman ini
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Patutnya ayah yang buat
Mungkin anda rasa ibulah yang terbaik mandikan anak tetapi sebenarnya eloklah tugas memandikan bayi ini dilakukan golongan ayah. Jangan lupa, sambil memandikan anak, hati kena berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Elak siram muka
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ini boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Akhir dengan siraman ke bawah
Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini kerana risau air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Jangan lupa lap!
Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah. Selepas itu, balutkan bayi dengan tuala kering atau selimutkannya sekali lagi dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam.
Haaa… jangan terlalu ‘confident’ rasa anda dah mampu mandikan anak dengan cara yang betul, seeloknya semak dan amalkan info ini untuk jaga kesihatan anak. Moga bermanfaat buat ibu-ibu muda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wahai suami, tolonglah jangan lupa tanya keadaan isteri bila anda keluar mencari rezeki. Paling tidak, mesej tanya pun isteri dah rasa lega. Dalam sibuk-sibuk uruskan rumahtangga, ada juga orang ingat pada dia.
In shaa Allah cara ini boleh kurangkan emosi yang kadang tak terurus dek kesibukan harian. Macam yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan, tak susah pun suami nak hilangkan penat isteri. Sekurang-kurangnya suami ingat pengorbanan isteri.
Rutin Harian Isteri
Kita keluar rumah nak ke tempat kerja, isteri hantar kita smpai depan pintu, salam dengan kita, berdiri di pintu tu sampai kita hilang dari pandangannya. Baju seluar kita, dia iron, stokin kita, dia cari… sarapan kita, dia sediakan.
Dalam hati, dia berdoa,
“Ya Allah, Kau peliharakanlah suamiku dari segala bala bencana, kejahatan dan kemungkaran, Kau permudahkan lah urusannya hari ini dan hari-hari yang seterusnya, Kau berikanlah dia kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus mencari rezeki demi keluarga kecil kami…”
Kita balik kerja, dia dah tunggu kita, sambut kita… air dah dihidang siap dengan makanan lagi.
“Abang penat tak hari ni, ok tak kerja…?”
Lembut saja pertanyaan dia dengan penuh senyuman dan muka ceria. Ada yang cakap “OK”, ada yang sekadar “Hmmm” sahaja, ini respon kita dengan muka tak senyum, kelat, pahit, tawar. Kita mandi, uruskan diri, solat, makan, minum, tengok tv, main dengan anak dan kemudian kita tidur.
Lupa Tanya Keadaan Isteri
Satu benda kita terlepas pandang… kita lupa nak tanya, macam mana isteri kita hari tu. Kita lupa nak tanya, dia ok ke tidak… dia letih ke tidak… kita lupa nak suruh dia cerita apa yang dia lalui hari tu. Itu yang kita lupa.
Ya, kita lupa…
Tapi, jika kita ingat, dan kita tanya, kita pasti akan dengar ceritanya panjang lebar dan jangan risau, dia tak mintak kita untuk faham semua yang dia cerit. Kita tanya dan dengar itupun dah cukup untuk buat dia rasa lega, hilang letih, hilang penat dan keesokkannya dia akan lalui hari itu seperti hari sebelumnya, tapi dengan lebih kuat dan sabar lagi sebab kita hargai dan ambil tahu apa jua yang dilakukan dia untuk keluarga kita.
Isteri tak minta banyak pun sebenarnya… cukup dengan jadi pendengar yang setia. Tempat dia nak mengadu dan bercerita, pada siapa lagi dia nak mengadu dan cerita kalau bukan pada kita, suami dia?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!