Mak Mentua 72 Tahun Ditipu “Kekasih Online”, Sanggup Selak Baju Tunjuk Aset & Pinjam Ah Long Demi Janji Nak Kahwin

Share

Mak mentua 72 tahun ditipu “kekasih online”, sanggup selak baju tunjuk aset & pinjam ah long demi janji nak kahwin.

Seorang wanita warga emas berusia 72 tahun menjadi mangsa penipuan cinta dalam talian selepas terpedaya dengan seorang lelaki tidak dikenali yang kononnya mahu memperisterikannya.

Mangsa yang juga ibu tunggal dikatakan sanggup menghantar gambar tidak senonoh dan memberikan sejumlah wang setiap bulan kepada ‘kekasih online’ berkenaan demi memenuhi permintaan lelaki berusia 40-an tersebut.

Lebih mengejutkan, wanita itu turut meminjam wang daripada anak-anak dan along, semata-mata kerana percaya janji manis kononnya si lelaki akan datang meminangnya.

Kisah terbongkar selepas anak dan menantunya menemui mesej serta gambar memalukan dalam telefon milik wanita itu, sekali gus mendedahkan bahawa ‘kekasihnya’ sebenarnya seorang scammer yang menggunakan identiti palsu untuk memperdaya mangsa.

Hal ini didedahkan oleh aktivis masyarakat dan sukarelawan, Puan Natipah Abu di facebooknya.

Jelasnya, ia dikongsikan oleh menantu kepada  wanita berusia 72 tahun itu yang sudah buntu mahu membantu ibu mentuanya yang dilihat lebih mempercayai “lelaki” berkenaan walau sudah dinasihati oleh anak menantu yang risau akan situasi ibu mentuanya itu.

“Mak mertua saya seorang ibu tunggal. Duduk seorang di rumah kampung di Johor Bharu. Bukan kami atau anak-anak tak ajak duduk sekali tapi dia tak mau. Dulu,  dia memang kerap sakit. Kadang letih kami berulang-alik kampung bila dia tak sihat. Bayangkan, Kuala Lumpur dan Johor Bharu bukannya dekat.

Elok kami sampai saja Kuala Lumpur, dapat call dia sakit semula. Nak tak nak,  terpaksalah kami patah balik semula ke Jobor Bharu. Tapi saya tak kisah. Sebab saya tahu, suami memang sayang mak dia. Saya tak mahu gaduh dengan suami sebab mak dia. Saya pun ada mak.

Tapi kebelakangan nie,  mak mertua saya jarang lagi mengadu sakit. Sebaliknya asyik call minta duit. Bermacam alasan dia minta duit. Sampaikan tarikh gaji pun dia hafal. Hari ni gaji. Hari ni masuklah call dia mintak duit.

Suami pula. Tak nak mak dia kecik hati, bagi saja. Cuma keadaan semakin parah bila belanja kami dah sangkut sebab suami banyak spend kat mak dia. Hairan, buat apa sampai tak cukup duit sedangkan mak ada hasil sawit yang arwah ayah mertua tinggal untuk dia juga.

Saya mula persoalkan. Ke mana perginya duit mak mertua. Tak logik akal dia berbelanja sampai begitu sekali. Setiap kali saya persoal, kami bergaduh. Suami marah dan tuduh saya kedekut. Tuduh saya berkira. Tak mahu membantu dia sedangkan saya bekerja.

Hakikat sebenar saya bukan kedekut. Saya cuma hairan ke mana perginya duit mak mertua saya. Dia bukan ada hutang rumah dan bukan ada hutang kereta pun.

Mak bercinta dengan scammer usia 40-an
Suatu hari. Ipar call suami. Dia bertanya tentang ada tak mak dia pinjam duit dengan kami. Rupanya bukan kami saja yang jadi mangsa mak. Ipar juga sama. Tak puas hati,  ipar mula siasat. Ipar balik kampung dan nampak ada Cina datang rumah. Rupanya, mak dah berani pinjam ah long.

Akhirnya ipar panggil suami balik kampung dan bersemuka dengan mak. Tanya punya tanya, mak tetap tak mengaku ke mana duit tu dibelanjakan. Tapi, ipar perasan sesuatu tentang mak. Rajin berganti kain baju dan sentiasa berkepit dengan telefon.

Ipar rampas telefon yang mak genggam rapat selama ni. Terkejut sungguh bila skroll WhatsApp. Terjumpa satu WhatApp yang tak terduga selama ni. Mak rupanya tengah bercinta di telefon. Baca semua whatsapp mereka. Mereka tahu itu scammer.
Duit yang mak mintak dari kami selama ni rupanya habis dipindahkan kepada scammer. Seorang lelaki yang menggunakan gambar identiti Melayu berumur sekitar 40-an. Selain bersayang-sayang, jumpa gambar mak dia bagi dekat scammer.

Dia selak baju nampak buah dada dia. Remuk hancur hati suami tak tahu nak cakap macam mana. Terduduk anak-anak. Mak tetap tak percaya itu scammer.

Scammer janji nak datang kahwin dalam masa terdekat

Mak kata akan kawin dengan kekasih dia yang bercadang akan datang meminang dia dalam masa terdekat.

Masalahnya. Mak bukan muda lagi. Mak dah 72 tahun! Orang tu, sah-sah hanya nak kenakan mak. Tapi mak tak percaya. Mak marah anak-anak. Kata nak sekat hidup dia. Nak kawal hidup dia.

Sejak peristiwa di kampung tu, suami saya dah tak mahu balik kampung. Bercakap dengan mak pun dia tak mahu dah. Kalau mak dia call. Dia tak pernah angkat. Kata ipar,  mak tak berubah pun.

Masih tunggu kekasih hatinya datang meminang. Pernah sekali tu dah tetap tarikh tapi tak jadi datang kerana kereta rosak, masuk bengkel.

Sekarang dah lima bulan. Suami langsung tak balik jenguk mak dia. Saya takut suami berdosa kerana tak ambil peduli lagi hal mak dia. Puas saya pujuk tapi suami tetap berkeras.

Bagi saya, mak jadi macam tu bukanlah disebabkan kesunyian semata-mata tapi disebabkan keadaan fikiran dia. Dalam usia 72 tahun, saya percaya otak kita tak mampu lagi bekerja dgn baik. Tak mampu lagi berfikir dengan waras. Apa tah lagi tinggal seorang.

Kalau itu mak saya, saya akan letak di rumah rumah org tua. Biarlah saya bayar mahal sekali pun asal kebajikan mak saya terjaga. Biarlah orang nak kata apa sekali pun. Setidaknya mak saya tak sunyi, ada kawan. Nak hantar pondok,  kena kuat dan boleh urus diri. Duduk dengan anak-anak, memang tak nak punya.
Rupanya susah jugak kalau tua-tua duduk sorang. Mak mertua masih hanyut dibuai cinta. Dalam keadaan harga sawit yang tinggi sekarang. Dia masih berhutang merata demi kekasih hatinya yang entah siapa.
HIGHLIGHT AI

Statistik terkini di Malaysia

  • Pada tahun 2024, sebanyak 770 kes penipuan “love scam” (cinta online) telah dicatatkan oleh Commercial Crime Investigation Department (CCID). Dalam kes tersebut, 75.6% atau 582 mangsa adalah wanita.

  • Dalam kalangan warga emas (umur 61 dan ke atas), 173 kes dilaporkan bagi tahun 2024 sebagai golongan paling banyak menjadi sasaran “love scam”.

  • Untuk penipuan dalam talian umum (bukan khusus “love scam”), dalam tempoh Januari hingga Ogos 2024, sebanyak 1,916 individu berumur 61 tahun ke atas menjadi mangsa dengan jumlah kerugian sebanyak RM255.37 juta — iaitu kira-kira 27.9% daripada jumlah kehilangan dalam tempoh tersebut.

  • Wanita juga mencatatkan nisbah mangsa yang lebih tinggi dalam “love scam” — statistik dari Royal Malaysia Police (PDRM) menunjukkan wanita membentuk 79.3% daripada 2,223 kes “love scam” yang dilaporkan antara 2022 hingga Ogos 2024.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros