Lagi beberapa hari kita bakal meninggalkan Ramadan. Memasuki 10 malam terakhir Ramadan ini, walau mak-mak ‘datang bulan’ pun masih boleh gandakan pahala dengan amal ibadah.
Tapi tak bermakna, tak boleh berpuasa, mak-mak biarkan jiwa tu kosong. Banyak amalan ibadah yang mak-mak boleh sempurnakan.
Ini yang dikongsikan Da’i Hamidah untuk panduan wanita haid di bulan Ramadan.
“Jom manfaatkan malam ganjil di 10 terakhir Ramadan kali ini. Semoga Ramadan kita tahun ini berkualiti. Bulan inilah peluang terbesar untuk kita perbanyakkan melakukan kebaikan.”
6 Cara Mak-mak ‘Datang Bulan’ Manfaat 10 Malam Terakhir Ramadan
Bagi wanita haid yang tidak boleh berpuasa, kita juga dapat mengumpul pahala di antaranya dengan :
1. Berzikir dan berdoa sungguh-sungguh.
Ads
2. Mendengar alunan ayat Quran dan zikir.
3. Tadabbur terjemahan dan tafsir Al-Quran.
4. Mendengar tazkirah dan menuntut ilmu.
Ads
5. Membantu memudahkan urusan berbuka puasa dan bersahur ahli keluarga dan sahabat.
6. Membanyakkan bersedekah dan memberi khidmat.
Bacalah Juga Doa Ini
Perbanyakkan membaca doa berikut:
. اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي “ .
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku “
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melakukan amal kebaikan.
Biasanya perempuan memang akan pastikan beberapa barang wajib dibawa balik kampung bersama, kadang macam ‘poket doraemon’. Semua ada!
Ini sebab sikpanya yang jenis sediakan payung sebelum hujan, jadi encik suami jangan komplen kata “semua dia nak bawa” ya!
Dan paling praktikal, mak-mak boleh ikut tip Hani Mynis ini. Memang lengkap dan barang yang dipilih sangat membantu bila berada di kampung.
Tak sampai sepuluh hari lagi nak raya, alang-alang hani tengah pulun packing baju nak balik kampung ni, Hani kongsi dulu 7 barang yang hani wajib bawa balik kampung tak kisah raya atau tak raya.
Memang setiap kali balik kampung kena bawa. 7 barang-barang ni bukan sahaja praktikal tapi memang memudahkan urusan kitorang bila balik kampung.
Hani kongsi sekali cara hani mengemas bagasi dan barang-barang ini bila tidak digunakan ya.
Hani simpan semua barang-barang yang nak dibawa balik setiap kali balik kampung dalam satu bagasi. So bila nak mengemas senang semua ada dalam tu. Takda lah melalau mencari merata rumah barang-barang ni.
Hani simpan bagasidan barang-barang menggunakan sistem “nesting”. Maksudnya setiap barang (bekas) ada barang dalamnya. Dalam bagasi besar yang hani masukkan baju hani dan suami, ada bagasi lebih kecil utk barang Aqil.
Tips
Siapa yang belum ada bagasi, atau baru bercadang nak beli. Beli bagasi by set. Memang akan ngam-ngam masuk dalam bagasi yang lebih besar. So nak simpan senang.
Dalam bagasi kecil Aqil, ada bagasi lebih kecil khas untuk barang mekap dan mandian. Dan juga beg-beg lain yang selalu bawa utk balik kampung seperti beg carry on ni khas untuk letak ubat-ubatan.
Ada getah sebab hani simpan baju guna sistem rolling. So kena secure dengan getah. Lagi-lagi untuk baju Aqil yang terus dipadankan dengan seluar dia.
Dalam beg bagasi kecil, ada beg mekap dan beg toiletries. Dalam bag ada bag gitu, jadi semua ni bila dah balik rumah dr kampung ini lah rumah dorang.
Ok berbalik kepada 7 barang wajib bawa balik kampung.
Ni memang tak boleh tinggal sebab sangat memudahkan. Sebab kat rumah parents, power outlet limited dan kadang-kadang out of reach. Untuk rumah parents kitorang wayar 3 meter mencukupi dah. So lepas ni nak cas hp atau pasang ubat nyamuk elektrik mudah dah. Tak berebut power outlet lagi.
Ni nak raya ni lagi lah power outlet laku keras sebab semua nak mengecas hp. So bawa siap-siap lah extension. Utk elakkan hani terlupa nak bawa, extension ni mmg kat sini je tempatnya. Bila dah sampi rumah extension ni hani simpan dalam beg bagasi juga tak keluarkan.
Kalau utk rumah hani ada tiga jenis hp dengan charger usb port berbeza so tiga-tiga jenis kena bawa. Kepala charger pula hani pilih yang ada tiga port supaya boleh charge hp tiga-tiga serentak. Label siap-siap kepala charger kalau tak nak ada kes terhilang.
Ini sangat penting, lagi-lagi kalau tempat kita nak balik kampung ialah Hotspot Denggi. Jangan lupa bawa sekali mat dia. Bawa lebih tak apa.
Laundry basket ni penting sebab senang nak sort baju kita dan tak bercampur dengan baju lain. So nak basuh senang. Nak bawa ke dobi pun senang. Keberangkalian tertinggal baju kat kampung pun kurang.
Laundry net ni utk baju raya kita yang bermanik-manik berlabuci meriah bagai tu. Kalau basuh tak guna laundry net nangis lah hahahaha. Untuk basuh innerwear juga.
Hanger untuk sangkut baju raya dan tudung yang dah siap gosok. Hani bawa 1 ketul utk setiap sorang.
Plastik sampah ni memang wajib bawa kalau nak balik kampung. Untuk dimasukkan pampers yang dipakai anak atau menstruation pad kita. Juga untuk diletakkan pakaian basah kalau pergi bercuti mandi manda. So sentiasa ada ya.
Medical kit Anak benda yang pantang tinggal. Pastikan dah restock item dalam medical kit ni sebelum balik kampung.
Pill box pun sama. Hani suka bawa banyak macam ni sebab kadang-kadang bukan untuk kegunaan kitorang pun. Orang lain kalau tak sihat pun boleh guna. Pastikan restock juga dulu sebelum balik kampung.
Medical record. Kalau ibu mengandung kena bawa buku pink, kalau anak kena bawa fail medical masing-masing. Aqil punya dalam kereta so takda dalam gambar. Penting juga ni.
Balik kampung takda ni menangis juga hani. Kardigan dan tudung sarung penyelamat situasi. Takkan 24 jam nak pakai tudung lilit-lilit. Kalau tetamu datang bertandang, terus sarung tudung instant dan kardigan. So dah ready nak terima tetamu.
Instant tudung hani dari The Souk sebab senang sarung dan tak perlu gosok (susah nak kedut).
Ni untuk yang bawa bantal atau toto balik kampung. Masukkan dalam beg vakum dan sedut udara sampai nipis bantal dan toto supaya jimat ruang dalam bonet.
Simpan satu set kelengkapan tidur seperti bantal dan toto kat rumah parent atau kampung so lepas ni x dalah setiap kali balik nak kena bawa balik dorang ni lagi.
Semoga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tapi kita masih boleh kawal diri kita daripada terus rabak dan koyak mental. Depresi tengok dan baca status orang lain. Merasakan nasib diri tak sebahagia, seuntung mereka. Bila ada sifat mula membanding diri, itulah punca masalah terjadi.
Hadam nasihat Ammar Kamilin ini, kerana bila kita tak kawal kerisauan kita itulah, yang akhirnya mengganggu mental seterusnya merosakkan tingkah laku kita.
Ini penting dan saya perlu nyatakan ini dengan jelas.
Selepas beberapa tahun menggunakan Facebook, saya dapati, ia bukan tempat yang sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah ‘cepat membanding diri’.
Kita tidak dapat mengelak untuk membanding diri dengan sesiapa saja. Waima, adik beradik sedarah sedaging juga pasti akan terdetik mahu melihat lebih dan kurang sesama mereka.
Itu normal. Jika terdetik sedikit dan kemudian kembali rasional.
Yang tidak normal, apabila terdetik untuk membanding lalu timbul kerisauan bagaimana untuk mencapai sama tahap atau lebih dari apa yang dicapai atau dimiliki oleh orang lain.
Risau keterlaluan.
Anxiety.
Itulah yang semakin menekan kita sekarang. ‘Penyakit’ yang sebenarnya sakit, tetapi tidak dirasai kesakitannya.
Risau keterlaluan itu pula, lama kelamaan, membarah sebagai ‘depression’.
Saya perlu tekankan.
Bukan bermakna semua ‘depression’ datang dari risau melampau, tetapi ada yang mengalami ‘depression’ semata-mata runsing dan risau dengan setiap perkara yang dibanding-bandingkan.
Followers dia lebih ramai, datang risau.
Manchester City menang EPL.
Liverpool, tak menang-menang.
Datang risau.
Eh, jangan gelak!
Mungkin bukan kita. Tapi ada.
Mereka tidak salah juga, sudah itu obsesi mereka.
Lihat pula kita,
Anak jiran dapat ‘straight A’ s’.
Oh, risau! Anak kita nanti macam mana.
Anak buah hafal 30 juz. Huffaz.
Oh, macam mana anak kita.
Risau!
Kawan ofis dapat naik pangkat. Sama masuk kerja. Kerja pula tak seberapa. Tapi dia naik, kita tidak.
Oh, risaunya!
Abang kakak, bagi mak abah macam-macam. Dibeli rumah, dibeli kereta, dihadiah TV besar. Kita nak membeli tupperware pun, jenuh tunggu duit kutu giliran ke-12.
Parah!
Aduh, risau!
Banyak lagi risau.
Mana saja yang kita kalah,
Risaulah kita.
Tetapi, kalau risau sekali sekala, selepas itu, hilang semula, tak mengapa. Normal. Hati pun galau sekejap saja.
Facebook ini lain. Sedap-sedap skrol punya skrol terpandang status yang ‘trigger anxiety’ kita.
Kita takkan tahu dan ada masa tak sedar pun. Status tu mencalar hati kita. Masa mula tak rasa, tahu-tahu dah pedih saja.
Sekali dua, baik lagi.
Jika dah setiap hari diasak dan digasak, lama-lama, koyak juga mental. Itu datang bahaya.
Cerita benar.
Seorang daripada ahli keluarga saya didiagnos ‘anxiety disorder’ hanya kerana tidak tertahan membanding-banding kenyataan daripada ahli politik Kerajaan atau pembangkang setiap hari di facebook.
Perang saraf parti politik hampir setiap hari akhirnya merosakkan mentalnya.
Nasihat doktor.
Berhenti membaca facebook.
Alhamdulillah, dia semakin baik dan pulih.
Pelik kan.
Jika mahu membanding, ada macam-macam perkara boleh dibanding. Bukan masalah kita pun, boleh dibanding.
Jika anda mula ada simptom ‘hish, macam mana dia boleh dapat macamni’ dan menghabiskan masa termenung lama memikirkannya, hati-hati. Sudah ada tanda, bermula kerunsingan.
Sekiranya anda mahu tahu bagaimana, teruskan bertanya dan ‘consult’ orang tersebut. Lakukan tindakan proaktif. Jangan bermain-main hanya di fikiran. Mental anda akan terganggu dan kesannya menjejaskan tingkahlaku.
Kerana selama bergelar isteri, dia pun tak pernah berkira dengan suaminya. Isteri memasak, mengemas, bantu suami cari pendapatan lebih agar suami pun rasa tenang dalam rumah tangga. Agar tidak perlu lagi suami, sakit kepala memikir kewangan keluarga sendirian.
Jika, hal sebegini pun suami lambat nak ‘pick up’, eloklah baca apa yang dikongsikan Puan Marliya Ramli ini. Moga terang benderang hati itu untuk berlaku adil dengan keinginan isteri. Lagi-lagi bila tibanya musim raya. Jangan buat hati isteri sedih.
Raya mana tahun ni? Tanya akak berbasa basi. Di kampung suami… Jawab dia.
Oooo… Seronok la kan? Raya di kampung, meriah! Meriah tu memang meriah. Tapi kalau dah tujuh tahun kawen, tujuh kali beraya di rumah mertua, dah tak rasa seronoknya.. Jawab dia perlahan.
Dan akak diam. Tak berani lagi nak berbasa basi.
Suami yang dirahmati Allah,
Kalau akak cakap, nanti anda marahkan akak. Tapi, apalah salahnya kalau buat sistem giliran raya? Tuan berikan ihsan kepada isteri.
Akak faham.
Wajib bagi isteri patuh kepada suami. Wajib bagi isteri berada di sisi suami.
T.E.T.A.P.I….
Isteri mengahwini Tuan yang perkasa bukan atas sebab mahu meninggalkan keluarga. Tapi kerana atas dasar satu perkataan iaitu CINTA.
Namun, cinta adalah perasaan yang perlu dipupuk. Perlu dibaja. Disemai hingga mekar. Atau jika dibiar tandus, lama kelamaan hilang.
Akak cadangkan berilah ihsan kepada isteri. Bergilirlah pada raya pertama. Tahun ini bersama keluarga Tuan, tahun depan bersama keluarga mertua.
Bagaimana ibu bapa Tuan merindukan anak-anak pada Hari Raya, begitulah keluarga mertua. Mereka merindukan anak mereka juga.
Tidak ada ibu bapa yang mengahwini anak gadis mereka agar mereka tidak perlu berjumpa lagi. Tidak ada.
Ya… akak harap Tuan berilah ihsan giliran raya. Seperti mana isteri Tuan memberikan ihsan di dalam rumah tangga.
Apa tugas suami? Memberikan nafkah zahir batin termasuklah kebahagiaan emosi. Dan sebagai balasannya isteri memberikan taat setia kepada suami.
Ya, isteri hanya perlu berikan taat dan juga setia. Tidak wajib isteri memberikan lebih daripada itu walau seinci. Bukan akak yang cakap, tapi Allah yang perintahkan.
Namun kerana cinta, isteri Tuan memberikan ihsan dalam rumah tangga. Selain taat dan setia, isteri Tuan memberikan ihsan.
Jika Tuan terlepas pandang, izinkan akak meletak senarai ihsan seorang isteri :
1 – menyusukan anak-anak 2 – mengemas rumah 3 – memasak makanan 4 – membantu menyiapkan anak ke sekolah 5 – mengemop lantai 6 – mencuci, menyidai, melipat dan iron pakaian 7 – ada yang bantu bayarkan bil TNB 8 – ada yang belikan anak susu 9 – ada yang bantu bayar kereta 10 – ada yang buat business online untuk tambah wang keluarga
Dan lagi… dan lagi… dan lagi…
Seribu satu ihsan yang isteri beri buat suami. Walaupun semua itu bukanlah tanggungjawab isteri, namun isteri berikan ihsan atas nama cinta.
Maka…
Tuan berilah satu ihsan buat isteri iaitu giliran raya. Mulakan dengan tahun ini. Nescaya, isteri akan amat hargai.
Memang benar…
Tugas isteri adalah taat kepada suami. Namun apa gunanya taat jika HATI ISTERI tidak dimiliki. Apa gunanya memiliki jasad tetapi hati isteri mati?
Salam sayang ampun maaf dipinta.
Sumber/Foto : Marliya Ramli
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!