Bertuahnya menjadi ibu kepada Uwais Al Qarni.Nama anaknya ini disebut-sebut oleh nabi, lelaki berasal dari Yaman yang soleh, baik berbakti pada ibunya, mustajab doanya serta yang dicari-cari oleh para sahabat.
Uwais Al Qarni, satu nama yang cukup sinonim dengan sikapnya yang sangat mentaati ibunya.Dalam keadaan dirinya yang mempunyai penyakit sopak, hatinya sempurna memuliakan seorang ibu.Beliaulah hamba Allah yang dikatakan tidak dikenali di bumi akan tetapi cukup masyhur dalam kalangan penduduk langit.
Satu nama yang menggetarkan hati kerana membaca kisah betapa taatnya beliau kepada ibunya, yang ramai anak-anak kini tak mampu lakukan untuk berbakti sebegitu.
Kisahnya menjadi pengajaran buat kita agar sentiasa taat berbakti pada ibu dan berusaha menggembirakan hatinya walau sukar bagaimanapun keaadaannya.
Ads
Pikul Ibu Beratus Kilometer
Kisah pemuda soleh Uwais Al Qarni ini yang menjadi sebutan, apabila dia sanggup menggendong ibunya yang lumpuh beratus kilometer, demi menunaikan hasrat ibunya untuk mengerjakan haji di tanah suci.
Memandangkan dirinya miskin dan tidak berkemampuan untuk membeli unta sebagai pengangkutan ke tanah suci, Uwais telah membeli seekor anak lembu dan menggendongnya setiap hari turun naik bukit selama hampir 6 bulan.Sehingga beliau dianggap kurang waras atau gila oleh orang ramai ketika itu.
Ads
Sebenarnya Uwais melakukan sedemikian kerana cinta dan sayang pada ibunya yang terlalu mendalam. Ia sebagai persediaan membina kekuatan fizikal dirinya, berbekalkan tulang empat kerat untuk menggendong ibunya ke tanah suci kelak bila tiba musim haji.
Cinta Pada Ibu
Beliau juga sempat hidup pada zaman Baginda, namun beliau tidak tergolong dalam kalangan sahabat kerana tidak sempat bertemu dengan Rasulullah semasa hayatnya.
Ads
Juga kerana cintanya kepada ibunya, beliau sudahpun tiba di rumah Rasulullah untuk bertemu Baginda, namun kerana pada ketika itu Rasulullah tiada, beliau terpaksa pulang kerana memikirkan ibunya yang sedang sakit di kampung halaman.
Beliau merupakan insan yang tidak dikenali pada ketika itu, namun kerana dirinya yang sangat teguh berbakti kepada ibunya maka Allah telah mengangkat darjatnya sehingga menjadi sebutan penduduk langit.
Jadi buat mak-mak, berdoalah kita agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah memiliki akhlak yang terpuji dan mulia sebaik Uwais Al Qarni.Taat berbakti dan berusaha membahagiakan hati ibunya walau dalam keadaan yang sukar. Amin
Sebelum ada anak, ‘dating’ berdua, keseronokannya lain. Tapi bila dah ada anak, rasa pelik pula bila keluar berdua. Tak kisahlah keluar berdua ke mana pun. Sunyi saja.
Tanyalah mana-mana mak ayah, mesti rasa pelik bila kluar berdua tanpa anak. Kecualilah kalau ada hal yang tidak dapat dielakkan. Tapi, kalau nak pergi dating berdua, macam tak sesuai dan pelik.
Mulalah rindu anak-anak di rumah dan rasa nak cepat saja balik ke rumah. Semua agenda tergendala. Seronok lagi dating beramai-ramai dengan anak.
Inilah juga dialami dan perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi perihal ini. Memang betul pun. Nanti pasangan yang ada anak akan raslah apa yang dia sendiri rasa.
Biasanya hari Sabtu atau Ahad aku dan puan isteri akan hantar 2 anak autism kami pergi buat terapi di pusat terapi.
Masa menunggu lebih kurang 1 jam kami merayau berdua-duaan.
“Nak ke mana ni bang?” Soal puan isteri.
“Entah lah”
Memang tak ada idea nak ke mana dan nak buat apa.
Jadi kami ronda-ronda saja. Itulah, kalau ibu bapa yang ramai anak ni dah tentu rasa ralat saja kalau berdua. Nak ke mana-mana pun mesti nak bawa juga anak-anak.
Pernah juga kami pergi kursus hanya berdua. Pergilah pantai berdua tanpa anak-anak.
Jalan pegang tangan berdua-duaan, orang pandang, rasa tak tenang. Adahal kami ni dah kahwin 20 tahun.
Aku pandang dia, dia pandang aku. Last-last balik.
Nak dating-dating berdua saja memang rasa lain macam. Rasa tak cukup tanpa anak-anak. Sunyi semacam.
Aku rasa kau orang yang dah ada anak-anak pun rasa begitu.
Mingguan Wanita : Betul sangat, bial dah anak anak, segalanya tertumpah kasih sayang pada mereka. Memang kena ada we time dengan pasangan tapi tengok keadaan tertentu. Takutnya we time tak sampai ½ jam dah balik. Sebabnya ingat kat anak-anak dan rasa sunyi tanpa riuh rendah anak.
Anak-anak anugerah terindah untuk setiap pasangan yang berkahwin. Cuma yang membezakan, ada yang memiliki anak ramai dan ada yang sekadar seorang. Apa pun setiap seorang daripada mereka adalah amanah daripada Allah SWT untuk dijaga dengan sebaik mungkin.
Ada pasangan yang sudah bertahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Hati meronta-ronta ingin bergelar mak ayah namun belum tiba rezeki. Apa pun terukan berdoa dan berusaha. Doa tanpa usaha juga tak boleh.
Anak-Anak Cepat Membesar
Masa yang bergerak kini dirasakan amat pantas berjalan. Hari demi hari berlalu, bulan ke bulan dan tahun berganti tahun. Si kecil yang dikandung kini semakin membesar. Perjalanan waktu yang pantas ini hakikatnya mempengaruhi rutin kehidupan kita sehari-harian.
Segalanya jika tidak dirancangkan dengan baik pasti berlalu begitu sahaja tanpa boleh diulang kembali.
Anak-Anak Dididik Ilmu Agama
Rakan penjaga yang saya hormati, mari sama-sama kita cermati, apakah yang telah kita lakukan untuk anak-anak kita bagi menjamin kelestarian kehidupannya sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya? Adakah benar-benar kita telah menjalankan tanggung jawab kita yang hakiki dalam mendidiknya dengn baik sebagainya yang dituntut?
Atau pun kita hanya mengulangi rutin yang pernah kita lalui dahulu sewaktu kita seusia dengan dirinya? Allahu Rabbi, hakikatnya, perkara ini benar-benar harus kita tekuni dan renungi sejenak agar, tanggungjawab yang Allah pundakkan kepada kita benar-benar telah kita laksanakan dalam kesempatan waktu yang ada.
Rencamnya waktu dan dunia yang mereka diami kini amat memerlukan kefahaman dan sentuhan didikan yang lebih kukuh dalam institusi kekeluargaan. Di mana-mana sahaja kedengaran gejala-gejala yang membimbangkan dan merunsingkan berlaku dalam kalangan generasi muda kita dewasa ini.
Malah tidak kurang juga berlaku di peringkat yang lebih rendah iaitu dalam kalangan usia anak-anak yang masih terlalu muda. Mengapa hal ini terjadi perlu dibincangkan namun yang lebih penting untuk diutamakan adalah bagaimana cara penyelesaian dan penghindarannya harus dilakukan.
Beri Perhatian Pada Anak-Anak!
Di peringkat kita selaku ibu bapa, perhatian harus diberikan kepada anak-anak. Pada fasa pertama kehidupan mereka iaitu sewaktu mereka masih banyak masa berada di rumah, perhatian ini arus didapatkan sebesar-besar yang mungkin. Ini adalah untuk mengukuhkan kepercayaan anak terhadap kita kedua ibu bapanya.
Salah satu cara yang boleh diterapkan adalah dengan mendengar.Ya, anak-anak kita mahu didengari. Banyak perkara yang mengelirukan dan tidak kurang juga yang mengujakan sedang mereka hadapi sekarang. Justeru, mereka tidak boleh menghadapinya sendiri. Mereka amat memerlukan kita untuk mendengar dan memberikan pandangan.
Gemar Bercerita
Saya pasti, setiap daripada kita menghadapi situasi anak-anak yang gemar bercerita. Banyak sungguh plot-plot cerita yang ingin disampaikan. Tidak dinafikan ada masanya kita tidak mampu lagi untuk mendengarnya.
Walau bagaimana pun, kawal perasaan itu. Ini kerana salah satu keperluan emosi mereka adalah untuk didengari. Cuba berikan perhatian dan jika tidak mampu, ajaklah anak untuk berehat sebentar tetapi jangan terus berlalu dan menutup siri ceritanya dengan nada yang kasar.
Elakkan Tunjuk Ekspresi Negatif
Anak-anak kita yang masih kecil hanya memahami sesuatu perkara dengan mudah berdasarkan ekspresi kita. Iaitu samA ada suka atau tidak, samA ada marah atau sayang dan sebagainya. Jadi, jika kita memilih untuk menggunakan kekerasan atau nada yang tinggi untuk memotong ceritanya tadi, dia akan faham bahawa kita tak suka dan apa yang dilakukan salah.
Padahal, bercerita bukan sesuatu yang salah. Bercerita akan mengajarkan anak menyatakan atau mengekspresikan emosinya. Yang salahnya di sini adalah kita yang kurang sabar untuk menantikan penamatnya.
Mak Ayah Tempat Luahan Perasaan
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama cuba untuk menjadi pendengar yang setia untuk anak-anak. Apabila ruang itu sentiasa terbuka untuk dirinya, kelak sewaktu umurnya semakin meningkat dewasa, dia juga akan mencari kita sebagai tempat meluahkan kekeliruan dan kegembiraannya.
Ini kerana, kepercayaan sudah wujud dalam perhubungan kita. Bayangkan sahaja, apabila anak-anak kita meningkat dewasa sudah pasti lebih banyak konflik yang bakal ditempuhi, jika pada ketika itu tempat dia merujuk adalah kita ibu bapanya, insya-Allah kita akan cuba untuk memberikan panduan yang terbaik buat dirinya.
Gunakan Masa Yang Ada
Namun, jika pada ketika itu, dia tidak yakin boleh berkongsi apa yang sedang dihadapi dengan kedua ibu bapa dan mencari orang lain sebagai tempat meluahkan perasaan maka kita tidak dapat memantau keadaan anak-anak kita sendiri. Malah yang lebih mendebarkan, kita tidak tahu pandangan bagaimana yang menjadi rujukan anak-anak kita.
Justeru, gunakanlah masa yang kita ada sekarang untuk menjadi pendengar yang setia bagi anak-anak kita. Usah banyak bercakap sahaja, anak-anak kita juga perlu diberikan peluang untuk menyatakan perasaannya dan berkongsi pendapatnya. Insya-Allah perhubungan kekeluargaan kita akan menjadi lebih erat dengan izin-Nya. Allahuallam.
Sumber: Dr. Nurul Asiah Fasehah Binti Muhamad (USIM)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengalaman jadi mak ayah berhadapan dengan anak-anak sakit cukup merisaukan. Adakalanya berjaga sehingga tak tidur malam, bimbangkan keadaan tahap kesihatan anak.Terutamanya bila anak demam panas, mahupun susah bernafas yang perlu di pantau selalu.
Menerusi perkongsian dari Klinik Kesihatan Meru, Klang, ada 3 tanda-tanda yang boleh dikenal pasti bahawa anak-anak sebenarnya sedang mengalami sesak nafas.Jika petanda ini berlaku, mak ayah perlulah segera membawa anak ke unit kecemasan di hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Anak saya nafas laju ke ni? Nak pergi mana ni? Kecemasan dekat hospital ke atau klinik kesihatan dulu?
Kami dapati masih lagi ramai yang tak berapa clear berkenaan konsep ini.
Baru baru ini, kami terima seorang ibu yang membawa anaknya yang berumur 1 tahun lebih dalam keadaan lembik, hampir-hampir tak sedarkan diri pada pukul 10 pagi. Padahal anak tu dah semput sejak pukul 4 pagi lagi!
Dalam masa nak revive adik tu, terpikir la dalam hati, Kenapa ibu ini menunggu jugak untuk klinik kesihatan buka, baru dapat bantuan kecemasan kat sini?! Sepatutnya dah terus pergi ke hospital pukul 4 pagi tu.
Case tu clear cut sikit. Confirm terus ke hospital. Akan tetapi kadang kala, ada keadaan yang ibu bapa tak berapa pasti. Harap-harap post ini dapat terangkan sikit macam mana nak kenal pasti tanda tanda amaran.
Anak saya nafas laju ker ni? Nak pergi mana ni? Kecemasan kat hospital ker atau klinik kesihatan dulu? Kami dapati masih lagi ramai yang tak berapa clear berkenaan konsep ini. Baru baru ini, kami terima seorang ibu yang membawa anaknya yang berumur 1 tahun lebih dalam keadaan lembik, hampir2 tak sedarkan diri pada pukul 10pagi. Padahal anak tu dah semput sejak pukul 4 pagi lagi! Dalam masa nak revive adik tu, terpikir la dalam hati; Kenapa ibu ini menunggu jugak untuk klinik kesihatan buka, baru dapat bantuan kecemasan kat sini?!?! Sepatutnya dah terus pergi ke hospital pukul 4 pagi tu. Case tu clear cut sikit. Confirm terus ke hospital. Akan tetapi kadang kala, ada keadaan yang ibu bapa tak berapa pasti. Harap2 post ini dapat terangkan sikit macam mana nak kenal pasti tanda tanda amaran.Jika anak anda mempunyai tanda2 sesak nafas ini, anda boleh terus ke kecemasan untuk mendapatkan rawatan SEGERA. Nafas laju Macam mana nak tahu ni laju ke tak?? Kadar pernafasan melebihi normal Apa yang normal? Kadar normal ikut umur pesakit tu.NORMAL< 2 bulan : <60/MINIT2 bulan hingga 1 tahun: <50/MINIT1 tahun hingga 5tahun: <40/MINIT ? RecessionsBila anak bernafas, tengok bahagian tepi dada dan perhatikan tulung rusuk. Jika nampak ototnya timbul tenggelam macam di video yang kami share, itu petanda amaran respiratory distress. ? Nasal flaringTanda ini boleh dilihat kebanyakkannya pada bayi yang sesak nafas. Pernafasan biasa adalah sangat lembut, relaks, dan tidak nampak macam menggunakan banyak tenaga. Kalau anak anda mempunyai salah satu pun tanda seperti di atas, anak anda kemungkinan menghidapi kesesakan nafas dan perlu diperiksa oleh doktor secara segera. Kalau anak menghidapi asma, tanda tanda seperti di atas bermakna anak anda perlu guna inhaler (ventolin) segera, dan kalau tidak lega selepas 3 kali guna, anda boleh ke klinik kesihatan berdekatan dahulu untuk mengambil nebulizer. Akan tetapi, kalau luar 'office hours', anda boleh ke kecemasan terus. Penyakit yang boleh menyebabkan 'respiratory distress' pada kanak2 ✅Pneumonia ✅Bronchiolitis✅Asthma✅CroupShare the knowledge, be safe parents. ✌
Jika anak anda mempunyai tanda-tanda sesak nafas ini, anda boleh terus ke kecemasan untuk mendapatkan rawatan SEGERA.
Macam mana nak tahu ni laju ke tak?
1.Kadar pernafasan melebihi normal
Apa yang normal? Kadar normal ikut umur pesakit tu.
NORMAL
< 2 bulan : <60/MINIT
2 bulan hingga 1 tahun: <50/MINIT
1 tahun hingga 5tahun: <40/MINIT
2.Recessions
Bila anak bernafas, tengok bahagian tepi dada dan perhatikan tulung rusuk. Jika nampak ototnya timbul tenggelam macam di video yang kami share, itu petanda amaran respiratory distress.
3. Nasal Flaring
Tanda ini boleh dilihat kebanyakkannya pada bayi yang sesak nafas. Pernafasan biasa adalah sangat lembut, relaks, dan tidak nampak macam menggunakan banyak tenaga.
Kalau anak anda mempunyai salah satu pun tanda seperti di atas, anak anda kemungkinan menghidapi kesesakan nafas dan perlu diperiksa oleh doktor secara segera.
Kalau anak menghidapi asma, tanda tanda seperti di atas bermakna anak anda perlu guna inhaler (ventolin) segera, dan kalau tidak lega selepas 3 kali guna, anda boleh ke klinik kesihatan berdekatan dahulu untuk mengambil nebulizer. Akan tetapi, kalau luar ‘office hours’, anda boleh ke kecemasan terus.
Penyakit yang boleh menyebabkan ‘respiratory distress’ pada kanak-kanak.
✅Pneumonia
✅Bronchiolitis
✅Asthma
✅Croup
Semoga bermanfaat! kongsikan pada mak ayah yang lain agar mengambil berat perkara ini dan tidak bertangguh, sekaligus dapat menyelamatkan nyawa.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...