Lafaz cerai itu dibuat ketika beliau berada di Mahkamah Syariah Johor Bahru untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Menurut perkongsiannya, rumah tangga yang dibina lebih 15 tahun berakhir bukan kerana ketiadaan cinta, tetapi disebabkan kehadiran orang ketiga yang didakwa tidak tahu menghormati hubungan perkahwinan orang lain.
Berakhirlah sebuah kisah… lebih 15 tahun dibina, akhirnya runtuh bukan sebab tiada cinta, tapi kerana hadirnya orang ketiga yang tak tahu erti hormat.
Meskipun pahit untuk diterima, Mak Cik Kemboja reda kerana percaya Allah mengetahui siapa yang benar-benar teraniaya. Baginya, kadang-kadang kehilangan itu sebenarnya adalah penyelamat.
Dalam perkongsian tersebut, Mak Cik Kemboja dikatakan terlalu lama bersabar dan cuba bertahan demi anak-anak. Namun, sikap ‘Mr. S’ yang semakin menjauh dan membisu membuatkan beliau nekad untuk bangkit memperjuangkan hak sebagai isteri yang digantung tanpa tali.
Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberikan kata semangat agar beliau terus kuat menghadapi ujian.
“Bersaksikan 200 lebih mata yang melihat, perceraian itu, Mr. S tulis, ‘dengan lafaz bismillah, Mariyah Bt Yaakob aku ceraikan kau’, terima kasih Mr. S atas cerai yang kau lafazkan pada 7 haribulan Ogos 2025 dan ternyata engkau adalah seorang suami yang tak ada iman,” ujar Makcik Kemboja sambil menahan rasa sebak.