Dalam Negara

“Mak Buang Saya Sebab Cacat. Saya Maafkan Tapi Tak Mampu Pandang Muka Dia Lagi…” – Zuki

Share

“Mak buang saya sebab cacat. Saya maafkan tapi tak mampu pandang muka dia lagi. Luahan seorang pemuda kelainan upaya di Tik Tok @c1ncau1 dikenali sebagai Zuki cukup membuatkan ramai yang menangis dan menahan sebak.

Zuki bukan nama besar. Bukan selebriti atau ikon motivasi. Tapi kisah hidupnya, cukup untuk membuatkan ramai menitiskan air mata.

“Mak Buang Saya Sebab Cacat

Dilahirkan dalam kekurangan hingga dibuang mak sendiri tapi kata-kata yang lahir dari mulutnya sudah cukup menggambarkan betapa kecewanya hati seorang anak yang dibuang mak sendiri ke rumah kebajikan hanya kerana kecacatan dialaminya.

Dia diasingkan dari menerima pelukan ibu sendiri hanya kerana sebab dirinya dilahirkan dengan kelainan upaya.

@c1ncau1 Luahan Hati Anak (OKU)..Di buang keluarga semenjak umur 7bulan kerana OKU.. #fyp #tiktok #fyoupage #fyou #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – اللغة الض – Sastra Kehidupan

“Mak ayah saya, dia dah buang saya. Saya dah maafkan tapi saya tak nak pandang muka anda lagi. Simple,” kata Zuki yang kemudian dilihat meminta maaf kepada individu yang menemubualnya kerana berkata begitu.

Mungkin kata-katanya dilihat agak tegas tetapi ia mungkin terzahir dari rasa kecewa yang dialaminya kerana tiada peluang membesar dalam kasih sayang mak ayah.

Dia membesar dengan  luka yang cukup dalam. Luka yang tidak nampak secara fizikal tapi kekosonga dalam jiwanya. Walau sudah memaafkan ibu ayah yang membuangnya namun tidak mahu melihat insan yang melahir dan membawanya ke dunia adalah luahan dari lubuk hatinya yang dalam.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

Published by
Almaswa Haji Che Ros