
Sememangnya.. buat masa ini tiada lagi bukti sama ada virus Novel Coronavirus (2019-nCoV)masih boleh hidup di permukaan luar barangan dalam tempoh yang lama.
Namun, sebaiknya mak ayah yang dah ‘shopping’ barangan online dari negara China tu, sebaiknya lakukan hal ini sebaik terima barangan dari sana.
Sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebagai langkah pencegahan;
1. Anda boleh menggunakan tisu yang telah dibasahkan dengan losen ‘hand sanitizer’ atau sabun dan la[ barangan yang baru sampai dari negara China dengan tisu yang dibasahkan tadi.
2. Dengan cara ini anda telahpun ‘sanitize’ barangan tersebut.

Kredit foto : infografik KKM.
Fahamkan Apa Itu Novel Coronavirus
Coronavirus (CoV) adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV,
Novel Coronavirus pula merujuk kepada spesies baru yang belum pernah ditemui oleh manusia.

Kredit foto : infografik KKM.
Saranan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), agar;
1. Kita kerap mencuci tangan
2. Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk
3. Ketika mak-mak memasak daging dan telur, masaklah dengan sempurna.
4. Elakkan sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala.
Perlu diketahui, Novel Coronavirus di China adalah tidak sama dengan influenza di Malaysia, namun pencegahan kedua-dua penyakit ini adalah hampir sama.
MW : Walaupun tiada bukti lagi, Novle Coronavirus ini boleh merebak melalui barangan dari China, namun tak salah kan mak ayah ambil langkah berjaga-jaga dari awal lagi.
Artikel berkaitan : Cegah jangkitan koronavirus cara betul, handrub ikut saranan WHO
Sumber/Foto : infografik KKM
Doktor Ini Kongsi, RISIKO Jangkitan Covid-19 Wanita Hamil Lebih TERUK, Bersalin Awal!

Keadaan sekarang mungkin bertambah tenat dengan kes jangkitan covid-19, bukan hanya bahaya pada warga emas tapi lebih teruk buat wanita hamil dan kanak-kanak. Kebelakangan ini kerap kita dengar tentang kematian di kalangan ibu mengandung.
Minta dijauhkan sebab kita tak tahu perkara yang tidak dijangka. Ada cerita wanita hamil terpaksa ditidurkan dan perlu keluarkan bayi untuk selamatkan kedua-duanya. Semuanya berserah pada takdir.
Inilah yang dikatakan oleh Dr Murizah Mohd Zain dalam perkongsiannya tentang jangkitan covid 19 pada wanita hamil. Apa yang disarankan juga supaya ibu mengandung jangan takut untuk mengambil vaksin.
Wanita hamil tak perlu takut kerana inilah langkah terbaik untuk melindungi ibu dan janin.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Masuk Hospital Selepas Rebah, Arwah Sempat Urus 19 Jenazah Covid-19 Sebelum Meninggal
COVID-19: Sempat Pesan Anak Pergi Rumah Anak Yatim, Sebelum Meninggal Ketika Menunggu Bantuan
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Wanita Hamil, Jangkitan Covid 19 Lagi Bahaya
Jika anda wanita hamil anda perlu mengetahui perkara ini.
Jangkitan Covid 19 pada wanita hamil adalah sangat bahaya.
Jika anda hamil kemungkinan anda dimasukkan ke ICU adalah 2 kali ganda, kemungkinan anda diberikan bantuan pernafasan adalah 3 kali ganda, kemungkinan kematian bayi dalam kandungan adalah 2 kali ganda dan kemungkina anda terpaksa bersalin awal adalah 2 kali ganda lebih tinggi dari wanita seusia anda yang tidak hamil.
Sejak akhir-akhir ini, para petugas kesihatan menyaksikan lebih ramai ibu hamil yang meninggal disebabkan komplikasi jangkitan covid 19 dan lebih ramai pesakit yang berada di ICU terdiri dari ibu hamil jika dibandingkan dengan tahun lepas.
Berita yang dilaporkan baru baru ini di mana seorang ibu yang sedang sarat hamil di bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dalam keadaan sudah meninggal atau “BID – Brought In Dead” akibat jangkitan covid 19 adalah sangat mendukacitakan.
Kesemua ini berkemungkinan besar berkait dengan jangkitan covid 19 dari varian yang membimbangkan atau “variant of concern voc” delta virus yang bersifat lebih mudah menjangkiti, menyerang orang yang lebih muda dan mendatangkan kesan yang lebih mudarat.
Data yang dikeluarkan dari Kajian yang dijalankan ke atas penduduk UK yang hamil menunjukkan trend peningkatan morbiditi dan juga mortaliti dikalangan ibu hamil dengan varian delta lebih merbahaya dibandingkan dengan variant sebelum ini.
Covid 19 dari delta varian mendatangkan mudarat yang lebih besar pada wanita hamil dibandingkam dengan varian lain.
Terus amalkan SOP. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Jika terpaksa keluar terus amalkan SOP yang sepatutnya.
Jika anda kurang sihat dan selsema atau demam walaupun sedikit, pastikan ia bukan Covid 19. Treshold untuk membuat saringan covid 19 mestilah rendah. Banyak kes yang teruk hanya bermula dari demam dan selsema ringan yang tidak dirawat.
Justeru itu, bagi menghadapi situasi ini, ibu hamil harus dinasihati untuk kekal mengamalkan SOP seperti sentiasa memakai pelitup muka, kerap memcuci tangan, mengelakkan ke tempat sesak dan kekal berada di rumah kecuali atas keperluan yang mendesak.
Di samping itu, mengambilkira ibu hamil sebagai kumpulan yang berisiko tinggi, kita amat menyarankan supaya ibu hamil ini dapat mendaftar dan diberi keutamaan untuk vaksin.
Walaupun vaksin tidak menghalang sepenuhnya dari mendapat jangkitan atau menjadikan seseorang itu kebal dari dijangkiti, vaksin tetap dapat mengurangkan risiko jangkitan sehingga 60%, mengurangkan risiko kemasukan ke hospital sehingga 80-90% dan mengurangkan risiko kemasukan ke ICU sehingga 90%.
Justerus itu, vaksinasi covid 19 merupakah langkah yang sewajarnya diambil buat masa ini dalam menanagani kemelut covid 19 yang semakin meruncing.
VAKSINASI terbukti sebagai langlah terbaik untuk melindungi ibu hamil. Jangan takut untuk mengambil vaksin. Ianya tidak akan memudaratkan kesihatan anda. Lebih 130,000 wanita hamil di USA telah divasiknasi dan lebih 40,000 wanita hamil di UK telah divaksinasi
Data-data adalah sangat menyakinkan terhadap keberkesanan vaksin dalam melindungi jangkitan yang teruk.
Dijamin Selamat Vaksin covid 19
Ramai ibu hamil yang masih curiga terhadap vaksin ini kerana risau ianya boleh mendatangkan mudarat pada ibu dan janin. Walaupun kajian awal ke atas penghasilan vaksin tidak melibatkan kumpulan wanita yang hamil dan menyusu, namun pada hari ini data yang diperolehi menunujukkan lebih 120,000 wanita hamil di USA telah menerima vaksin dari jenis Pfizer dan Moderna manakala data dari UK pula menunujukkan lebih dari 40000 wanita hamil telah menerima vaksin astra zaneca.
Data-data adalah menyakinkan terhadap keselamatan vaksin ini pada ibu hamil dan janin. Kesemua vaksin yang disarankan oleh KKM bukan terdiri dari vaksin hidup, justeru itu ianya adalah selamat digunakan bagi ibu-ibu hamil.
Vaksin pfizer misalnya terdiri dari mrna yang akan menyebabkan penghasilan antibodi bagi melawan jangkitan. Vaksin ini tidak akan menyebabkan jangkitan pada bayi dan tidak ada data yang menunjukkan vaksin ini boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pada bayi yang di kandung.
KKM telah menyarankan kesemua jenis vaksin yang terdapat di malaysia samada pfizer, astrazeneca dan sinovac boleh diberi pada ibu hamil dan menyusu. Walau bagaimanapun, sekiranya ada pilihan ibu ibu hamil akan diberi vaksin pfizer.
Pada fasa pertama pemberian vaksin di malaysia, vaksin ini hanya diberi pada ibu hamil berisiko tinggi seperti frontliner dan juga yang mempunyai faktor risiko kesihatan seperti penyakit paru-paru, wanita yang berusia, obese, penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung namun pada hr ini dengan peningkatan kes kes jangkitan covid pada wanita hamil, pemberian vaksin ini disarankan pada semua ibu hamil.
Bagaimana vaksin diberikan
Ibu-ibu hamil boleh mendaftar di applikasi my sejahtera dengan memasukkan tarikh jangkaan kelahiran. Ibu-ibu hamil akan diberi temujanji untuk vaksinasi, mengikut garis panduan KKM pemberian vaksin pada wanita hamil di antara usia kandungan 14 ke 33 minggu.
Walau bagaimanpaun mengikut garis panduan terbaru di UK, vaksin boleh diberi walaupun pada trimester pertama jika wanita sangat berisiko untuk mendapat jangkitan. Wanita boleh mengalami kesan samping yang sama seperti yg lain seperti demam, sakit dan lenguh di bahagian suntikan
Akhir kata, saya merayu kepada pesakit pesakit sy yang hamil untuk mengambil vaksin ini. Telah kering air mata kami melihat ibu hamil yang mati disebabkan oleh covid 19. Ibu hamil tidak sepatutnya menghuni ICU tetapi patut berada di rumah dengan selamat.
Mingguan Wanita : Moga kita semua dijauhi dari ini semua…aamiin.
Sumber: Dr. Murizah Mohd Zain
Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Perbidanan Dan Sakit Puan
Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.
Baca Menarik Lagi DI SINI: Ramai Meninggal Akibat Covid, Sampai Ada Merayu Diselamatkan Supaya Boleh Kembali Sihat
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Kulit Wajah Berseri, Halus Mulus & Awet Muda Dengan Halia Dan Cuka, Amalkan 2-3 Kali Seminggu Pun Dah Cukup!

Rupanya salah satu petua kecantikan untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri-seri, halus mulus dan awet muda ialah dengan menggunakan bahan dapur seperti halia dan cuka! Menerusi perkongsian yang diamalkan oleh Che Mira Kimora, petua ini bukan sahaja cukup mudah malah menjimatkan untuk wanita yang nak nampak cantik kerana kesannya bagaikan membuat rawatan facial di Spa.
Jadi mak-mak yang nak nampak cantik, bolehlah cuba petua yang dikongsikan ini iya.
TIPS KULIT WAJAH BERSIH BERSINAR SEPERTI RAWATAN FACIAL BERNILAI RM250 !!
Amalkan cara yang paling mudah ini untuk kulit nampak bersinar, bersih dan berseri-seri. Kulit muka flawless dan menghilangkan flek-flek hitam pada wajah.Rahsia saya dan cara-cara untuk menjaga kulit sentiasa nampak flawless dan awet muda.
Bahan-Bahan:
1 cawan cuka
2 ketul halia (bersih dikupas)
Sediakan 1 bekas kaca
1 mangkuk kecil ais cube
Cara Membuat:
1.Hiris halia nipis, agak-agak nak nipis macam mana.
2.Rendam halia dengan air cuka, selepas itu perap semalaman biar halia sebati dengan air cuka.Simpan didalam peti ais. Boleh tahan sampai sebulan tau. Jimat sangat kan.
Cara Penggunaannya:
1.Gosok kepingan halia yang sudah diperap dengan air cuka selama 10 minit secara perlahan-lahan di permukaan kulit.Guna 2 keping pun dah cukup.
2. Selepas itu bilas muka dengan air dahulu, kemudian ambil kiub ais,gosok di seluruh bahagian muka.Halia yang telah digunakan boleh dibuang.
Manfaat Cuka Pada Wajah :
1.Mengecutkan jerawat.
2.Zat anti penuaan.
3.Mengurangkan garis-garis halus penuaan.
4.Menghilangkan racun dari wajah anda.
Kulit muka yang bersih mulus tanpa sedikit pun flek hitam timbul. Jeragat pun seram nak membiak. Paling penting menaikkan seri wajah.
Semua amalan ini saya memang amalkan setiap minggu 2-3 kali seminggu. Senang dan ringkas untuk saya yang mempunyai anak ramai. Nak pergi spa memang tak sempat. Konsisten amalkan akan dapat kesan yang sangat- sangat mulus.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!
Kongsikan juga buat wanita lain yang suka menjaga kecantikan wajah dan nak muka awet muda!
Sumber:Che Mira Kimora
“Demam Pun Berselera Makan Memang Susahlah Nak Kurus” Sindir Doktor, Suzzana Tekad Berdiet

Bukannya mudah untuk menurunkan berat badan apatah lagi sedari kecil sememangnya sudah berbadan gempal. Namun itu semua bukanlah satu alasan malah pemilik nama sebenar Suzzana Othman, 41 bersyukur kerana tersedar awal untuk menurunkan berat badan. Disebalik kejayaannya itu, sebenarnya Suzzana harungi pelbagai cabaran untuk menjadi kurus.
“Pada bulan Jun 2009, ketika ini saya berumur 31 tahun, mendapat tawaran berkhidmat di UiTM, jadi saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Apabila berjumpa dengan doktor panel di sebuah klinik doktor yang bertugas beritahu saya gemuk dan kena jaga badan, berat dah kategori obesiti pada waktu itu 87kg. Kalau dikira dengan ketinggian 162cm, jadi bmi saya 33.5. Doktor tu nasihatkan supaya saya menjaga pemakanan namun dia sempat lagi menyindir dengan kata-kata, “Kalau waktu demam pun berselera makan seperti orang tak demam memang susahlah nak turun berat”. Kata-kata doktor tersebut, saya masih ingat sampai sekarang. Waktu itu saya mula berazam nak kuruskan badan. Tapi semangat tak kuat lagi.
“Kemudian pada bulan Mac 2010, ayah meninggal dunia, waktu itulah selera makan kurang sedikit, maka berat badan mula menyusut. Berbekalkan displin yang kuat dan semangat yang tidak berbelah bagi saya mula mencari segala petua menguruskan badan, penjagaan makanan, jenis jenis senaman dan sebagainya di Internet. Saya juga mula kurangkan nasi. Dari penuh kepada separuh, kemudian dari separuh kepada suku, saya juga mencuba untuk tidak mengambil langsung nasi dalam sehari. Dari sehari kepada beberapa hari, daripada beberapa hari kepada minggu, begitulah seterusnya sehingga nasi bukanlah suatu makanan wajib bagi saya. Saya tidak berdiet jenis Atkin sebab saya tidak boleh meninggalkan buah dalam menu pemakanan harian saya. Diet saya lebih kepada kiraan kalori. Jangan lupa juga bahawa minum air masak atau air mineral penting dalam proses penurunan berat badan. Minum air ini mengikut berat badan setiap 25kg bersamaan dengan 1 liter air,” ungkap Suzzana memulakan bicara.
Suzanna juga tidak mengamalkan pengambilan pil kurus malah dia berpegang teguh kepada kata-kata jurulatih kecergasan popular, Nana Al-Haleq dimana katanya, “Fitness jika ia boleh dizahirkan melalui botol, goncang goncang, pil, atau pusat pelansingan, maka semua orang akan mempunyai badan yang hebat sekarang, fikirkanlah, negara kita tidak akan tersenarai dalam senarai kadar obesiti yang paling tinggi di Asia. Daripada menghabiskan duit untuk pil pil magik, minuman ajaib, jus atau pusat pelansingan, kenapa tidak kita mengatur langkah ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan tabiat makanan yang baik. Berhenti menjadi manusia yang malas, makan dengan betul dan senaman yang berterusan, tidak kira apa apun jenis senaman.”
Pilih Berjalan Kaki
Ditanya tentang amalan kesihatan, Suzanna menerangkan dia melakukan pelbagai cara antaranya eat clean, berpuasa sunat, intermittent fasting, rutin tiga kali seminggu “weight lifting” dengan personal coach, outdoor activities seperti mendaki, berbasikal, fun running, brisk walk dan jogging.
“Saya sukakan pelbagai aktiviti sihat samada aktiviti di luar rumah atau di pusat senaman atau gym. Saya memperuntukkan masa sebanyak tiga kali dalam seminggu untuk rutin senaman saya di gym bersama team personal training saya dibawah tunjuk ajar seorang jurulatih gym terlatih.
“Manakala pada hujung minggu saya akan luangkan masa untuk berbasikal atau mendaki bukit atau berjogging di taman atau juga berkebun. Saya memilih gaya hidup yang aktif suka berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat. Begitu juga saya suka memilih kelas atau dewan kuliah yang berada di level tinggi agar saya berpeluang untuk menaiki banyak anak tangga,” tambah Suzzana.
Suzzana juga akui dia aktif mendaki. Malah pernah menjejak puncak Pine Tree Hill, Fraser Hill dengan ketinggian 1448M.
“Mendaki secara berkumpulan juga merupakan aktiviti yang sangat bagus, selain dapat membakar begitu banyak kalori, kita dapat menghirup udara yang segar dan melihat keindahan ciptaan Tuhan. Bagi saya amalan ini berbaloi kerana selain kita sama sama nasihat menasihati dalam mengekalkan gaya hidup yang sihat kita dapat mengekalkan ukhuwah dan silaturahim sesama kita,” sambung Suzzana.
Guna Khidmat Jurulatih
Suzzana juga sempat berkongsi teknik untuk mengajar wanita melakukan aktiviti kecergasan.
“Senaman weight lifting ialah senaman beban yang sangat bagus dengan menggunakan teknik yang betul. Kalau berkemampuan boleh gunakan khidmat jurulatih gym terlatih kerana beliau dapat memberikan tunjuk ajar menggunakan teknik dan program yang betul bersesuaian dengan badan kita. Selain itu boleh juga gunakan khidmat jurulatih yang mempunyai program fitness bergerak secara berkumpulan, Berkumpulan lebih baik daripada berseorangan kerana kita boleh saling nasihat menasihati dan tegur menegur ke arah mencapai berat badan yang ideal. Yang paling penting ialah untuk mengekalkan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat,” ungkap Suzzana.
Diet Seimbang
Masalah berat badan sememangnya menjadi igauan dalam dirinya. Sejak dari kecil berbadan gempal. Suzanna akui kesabaran kunci utama dalam menurunkan berat badan.
“Memang dilahirkan sebagai seorang bayi, kanak kanak, remaja dan dewasa yang berisi dan tembam. Perlukan diet yang seimbang, disiplin yang tinggi untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Berat tertinggi ialah 94kg ketika mengandung anak pertama dengan ketinggian 162cm. Kemudian kekal 85-87kg selepas bersalin. Berkat kesabaran dan disiplin yang tinggi berjaya mengekalkan berat ideal 58kg- 65kg paling berat namun masih dalam berat ideal dan dalam lingkungan bmi normal.
“Alhamdulillah saya berjaya, dengan penjagaan makanan yang rapi, senaman yang rutin dan disiplin yang tinggi. Kata kunci bagi kejayaan saya dalam menurunkan berat badan ialah displin. Letak perkataan suci ini di dalam hati dan minda anda,” akhiri Suzza yang telag berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25kg.