Setiap anak perangainya tidak sama. Sebab itu mak ayah boleh hilang sabar dan cepat marah dengan anak-anak ini. Tak kurang juga yang mula rasa cemburu antara satu sama lain.
Bila mak ayah marah, mulalah timbul rasa cemburu adik beradik. Seorang rasa dirinya tidak disayangi oleh mak ayah. Manakala seorang lagi rasa dirinya lebih disayangi oleh mak ayah.
Keadaan ini jugalah mak ayah yang marah anak itu boleh membuatkan mereka pendam rasa dan lebih teruk berdendam dengan adik beradik yang lain. Semuanya gara-gara cemburu dan mak ayah bandingkan dengan dengan adik beradik yang lain.
Sepatutnya, mak ayah nak marah atau bertegas dengan anak ada caranya. Paling penting, elak bandingkan dengan anak-anak yang lain.
Macam mana cara nak tegas dan marah anak ini dengan cara yang betul, ikuti perkongsian daripada Faizatul Iman tentang perkara ini.
Hari ini, terkesan bila mak ayah secara tidak sengaja menanam perasaan sayang bersyarat, cemburu dan benci dalam diri anak. Rupanya bermula dengan ayat yang kita keluarkan. Ini antara ayat-ayat yang boleh meruntuhkan keyakinan dan menjadikan anak kita sayang bersyarat.
Jangan sesekali berkata:
“Kakak, minta maaf balik kat adik. Kalau tak nak, mama tak nak kawan kakak.”
“Kakak ni, cubalah tengok amirah tu. Dia lagi rajin dari kakak. Mama nampak dia selalu tolong mak dia buat keje kat rumah tu.”
”Kalau kamu tak buat, mama tak nak sayang”
Mak ayah yang bijak akan marah dan tegas pada anak dengan cara yang betul dan elakkan 7 cara di bawah:
Ads
1. MENENGKING
Terlalu kerap ditengking dan dimarah yang terlebih sehingga menjadikan hormat dan harga diri anak itu terancam.
2. MEMBANDINGKAN
Terlalu kerap dibanding dengan orang lain dan dia diertika sebagai yang tidak baik dan kalah.
3. MEMANJAKAN BERLEBIHAN
Terlalu dimanjakan sehingga dia tidak tahu menghargai hati orang lain. Kerana kehendak dia sahaja yang diikuti.
4. DIBULI
Terlalu kerap dibuli oleh orang lain. Dikutuk dan dihina.
5. PERGADUHAN
Keluarga yang sering bertekak, bergaduh da diantara satu sama lain.
6. KURANG KASIH SAYANG
Tekanan emosi kerana dia tidak merasa disayangi.
7. SAYANG BERSYARAT
Dia dikasihi dengan bersyarat. “Kalau kamu tak buat, mak tak sayang”. Terlampau kerap diugut.
Jika sering sangat mengugut, memarahi dan menghukum berlebihan maka natijahnya adalah sesuatu yang kita akan sedih dan kesali. Tegas dan marah ada caranya.
Tip Terbaik
1. Senaraikan siap siap apa akhlak yang baik dan adab yang kita ajarkan pada anak
2. Selalu bercerita pada anak tentang akhlak yang baik/ benda yang postitif/ adab dan prinsip hidup yang baik kepada anak sejak anak kecil lagi. Beli buku yang sesuai atau tunjuk gambar atau tunjuk situasi
3. Beri anak ganjaran positif setiap kali anak buat perkara POSITIF/AKHLAK YANG BAIK walaupun perkara kecil
“Alhamdulillah ummi tengok Kakak dan Adik main bersama, kongsi mainan baru ni. Bagusnya. Allah sayang, macam lagu Omar Hana tu kan. Ummi sayang anak ummi yang sharing barang main sama-sama. Syukur Alhamdulillah moga jadi anak soleh solehah” akhiri dengan ayat doa.
Beri ganjaran setiap kali anak tidak melakukan perkara NEGATIF/ akhlak buruk yang telah ibu bapa highlightkan sebelum ini
“ Izzah, Ummi bangga bila dengar Izzah cakap elok-elok tanpa jerit-jerit bila nak minta susu/sesuatu. Bila ummi masih tak dengar, Izzah datang bagitahu Ummi. Cakap elok-elok lembut lembut Allah sayang”
Digalakkan beri ganjaran NON MATERIAL kerana ianya long lasting. Seperti pelukan, kiss, hugs berbanding hadiah material yang lepas dapat, nak lagi dan nak lagi. Mak ayah pening.
Beri maklumbalas secara lembut tetapi tegas atas kesalahan yang telah dilakukan.
Jelaskan kepada anak cara yang betul dalam melakukan sesuatu perkara tersebut
Ads
“Izzah, (sambil pandang mata dan pegang bahu) cakap elok-elok dengan ummi, izzah nak minum susu please. Ummi tolong ambilkan please. Sayang ummi. Thank you ummi. “
Nampak mudah, namun tak mudah sebab tak biasa. Usah putus asa menjadi mak ayah yang lebih baik. Selalu renew niat didik anak berakhlak mulia.
Mingguan Wanita : Begitulah, anak-anak membesar. Mak ayah kena banyak bersabar, walaupun ada masanya tangan tetap sentuh kulit anak kan! Itu belum lagi hanger atau rotan. Sabar ajelah.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Kalau anda seorang manusia beriman, di mana pun anda berada Allah pasti yang pertama ada di dalam hati. Ini kisah Pembantu Pustakawan, Puan Ummi Soffi Ijam yang menetapkan satu peraturan di dalam perpustakaan tempatnya mencari rezeki. Iaitu setiap anak-anak yang berkunjung ada peluang lakukan giliran imam.
Anak-anak yang berkunjung ke Perpustakaan Desa Taman Muhibbah, Sabak Bernam sebaik mendengar azan, line Internet akan ditutup. Ini kerana anak-anak ini akan mengambil wuduk dan wajib solat berjemaah.
Rutin ini dilakukan secara konsisten, bagi melentur keperibadian anak-anak yang datang berkunjung ke perpustakaan tempatnya bekerja. Mak-mak boleh ambil pendekatan yang wanita ini lakukan.
Anak-anak Seronok Bergilir Jadi Imam
“Semua ini anak-anak yang datang ke library. Saya lantik beberapa orang sebagai sahabat perpustakaan. Biasanya sahabat perpustakaan ini yang akan mengajak teman-teman jom solat jemaah. Imam saya lantik seorang dua.
“Alhamdulillah, mereka seronok bergilir-gilir jadi imam. Sebabnya perpustakaan ini dekat dengan surau. Tak best, kalau dia orang asyik leka dengan komputer. Jadi lalai menunaikan tanggungjawab. Selalu juga dok membebel.”
Mudah Saja Tipnya – Tutup Line Internet
“Tak adalah tip yang spesifik. Sejak kena tukar ke perpustakaan desa, bila tengok anak-anak ini leka bermain komputer hingga mengabaikan waktu solat, naluri ibu… mungkin sebagai seorang ibu, pastinya saya nak yang terbaik buat anak-anak saya walaupun bukan anak sendiri.
“Tapi saya melihat, saya juga bertanggungjawab sedikit untuk mendidik anak-anak yang datang ke perpustakaan untuk menunaikan solat. Awal-awal dulu saya bagi nasihat. Alhamdulillah, anak-anak kat sini baik-baik, mahu dengar kata.
“Biasanya kat sini azan saja, saya tutup line Internet. No solat No Computer.
Yang Penting Konsisten
Biarpun usaha ini bukan sehari dua, yang penting adalah konsistensi. Contoh-contoh ini dapat dilihat daripada usaha Puan Ummi dan dikongsi dalam laman facebooknya.
Didikan Solat Perlu Konsisten
April 5
Hari ini 8 anak lelaki Achik Ray solat berjemaah.
Memang diakui sangat mencabar menundukkan 8 anak lelaki untuk bersolat.
Alhamdulillah. Imam Hadif yang mengimamkan solat.
April 6
Nampak tak budak Adip paling muda berbaju kelabu biru tepi sekali. Dia ikut apa yg abg-abg buat. Terima kasih kepada Ayi selaku sahabat yang tolong beri peringatan. Achik Ray
pandang aje tadi. Kot-kot dia orang lupa. Sebagai ibu di sini, pastinya Achik Ray nak
yang terbaik buat anak-anak lelaki Achik Ray.
Hari ini diimamkan oleh Imam Hadif. My Best Sahabat untuk Solat Berjemaah.
Sedikit usaha, moga membantu Achik Ray di sana nanti . Alhamdulillah.
March 23
Hari ini khas untuk pengguna perempuan bersolat.
Jangan kata Achik Ray tak payung.
March 30
Ingat senang nak jadi ibu kpd 6 anak lelaki.
Serak suara Achik Ray tau. Ada yg lari ada yg menendang ada yg melompat ada yg main-main. Tabah Achik Ray. Solat tetap solat.
March 31
Alhamdulillah, hari ini anak-anak lelaki diimamkan oleh Imam Hud. Nampak Ibu terus solat, tak payah di suruh, terus semua pergi ambil air sembahyang.
Sangat penting seorang ibu mematuhi waktu solat. Kesannya kepada anak-anak juga.
Kisah anak lelaki ibu 7 orang hari ini.
Sayang anak ibu aka Achik Ray.
Sumber/Foto: Facebook Ummi Soffi Ijam
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wow, kalau mak-mak bersalin dapat anak perempuan, kemungkinan termasuk dalam kategori wanita cantik yang dinyatakan dalam hasil kajian ini.Malah kajian juga menyatakan, wanita yang memiliki rupa paras cantik juga cenderung mempunyai ramai anak.
Memetik laporan newidea.com, menurut kajian yang dilakukan oleh Dr.satoshi Kanazawa dari London School of Economic, wanita cantik akan cenderung untuk melahirkan anak perempuan.
Kajian ini menjejaki 17,000 bayi British sejak mereka lahir pada 1958. Apabila bayi ini berumur 7 tahun, Dr. Kanazawa meminta guru-guru mereka untuk menilai kecantikan rupa paras mereka.
Pada usia 45 tahun, mereka sekali lagi di temuramah.Rumusan daripada kajian ini adalah wanita yang dinilai sebagai budak perempuan yang memiliki rupa paras cantik ketika ditemuramah dahulu kebanyakkannya mempunyai anak perempuan.
Penemuan Dr. Kanazawa ini disiarkan di dalam Journal of Reproductive Sciences yang turut memuatkan rumusannya tentang evolusi dan pemilihan pasangan.
Selain itu,terdapat satu lagi kajian berkaitan wanita cantik yang telah dijalankan oleh Markus Jokela dari University of Helsinki.
Hasil kajian beliau dilakukan terhadap 1,244 wanita dan 997 lelaki mendapati bahawa wanita cantik 16% mempunyai lebih anak manakala wanita yang sederhana cantik hanya 6% mempunyai lebih anak.
Malah, lelaki yang tidak mempunyai rupa fizikal menarik mempunyai 13% kurang anak berbanding lelaki yang lain.
Mungkin antara kita yang berfikir hasil kajian ini mungkin hanyalah satu kebetulan.Tidak semestinya seseorang itu mendapat anak lelaki atau perempuan, mahupun mempunyai anak ramai atau sikit bergantung kepada rupa paras kecantikan yang dimiliki ibunya.
Namun ia hanyalah satu kajian. Sebenarnya tak kiralah bagaimana rupa parasnya mak mahupun ayahnya. Dikurniakan rezeki dengan anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan pun adalah suatu anugerah yang tidak ternilai!
Bekas biru bertutup putih itu tak pernah lekang dari tangan Hafiz Rahman mahupun isterinya, Aishah Adnan. Sepanjang bercuti di Paris itulah ‘benda’ paling berharga bagi pasangan suami isteri ini.
Sebabnya dalam bekas biru itulah tersimpannya stok Susu Perahan untuk anak mereka. Dan mereka pernah juga suatu ketika dulu, mengabaikan betapa pentingnya bekas biru itu untuk ibu-ibu ‘travel’ yang sedang usaha konsisten memberikan susu ekskusif untuk bayinya.
Ini soalan yang ramai tanya saya masa trip Swiss Paris hari tu. Dan setiap kali orang tanya, jawapan yang sama saya beri. Sambil melemparkan senyuman paling manis.
“Susu ibu kak.”
“Owh. Boleh tahan eh?”
Ramai rupanya tak tahu cara nak bawa balik EBM (susu ibu) bila travel. Ada yang sudah pam, buang kat sinki macam tu je, siram kat pokok. Sama macam situasi kami dulu masa travel ke Osaka. Masa tu arman baru 3 bulan.
Ini Cara Handle Susu Perahan Waktu Bercuti Ke Luar Negara
Sebenarnya ada 2 situasi bagi kami dalam nak handle EBM ni masa travel.
Situasi 1 – Keluar hotel pagi balik malam ( 8 jam ) Situasi 2 – Travel Balik dari Paris ke Malaysia ( 14 jam flight + 3 jam airport )
Apa yang perlu ada untuk handle EBM masa travel? 1) Cooler Box 2) Ice Pack 3) Garam
Situasi 1
Ini biasanya susu yang baru di pam sepanjang sight seeing. Masa ni kami bawa ice pack je. Selalunya setiap kali travel paling kurang 3 ice pack akan kami bawa. Ice pack tu make sure simpan dalam freezer dulu. Kalau dalam bilik hotel tak ada freezer, minta tolong dengan receptionist untuk simpan dalam freezer di kitchen hotel.
Dan EBM sepanjang berada di sana kami simpan dulu dalam ice box.
Situasi 2
Ni situasi paling critical. Nak bawa balik EBM naik flight. Kena pula travel ke Europe yang makan masa lebih dari 12 jam. Garam dan ais benda yang wajib ada. Ice pack memang tak tahan untuk 12 jam.
Garam boleh melambatkan ais untuk cair.
Dan kami akan wrap cooler box. Incase penutup terbuka. Kami memang dah prepare luggage khas untuk cooler box. Masa check in, kami minta dia orang tampal sticker Fragile. So tak adalah kena campak sangat luggage tu.
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...