Khusus untuk mak-mak yang ada anak usia 8 bulan ke atas, dan selalu stuck nak sediakan menu sedap untuk anak. Boleh cuba 5 resepi berasaskan cream cheese yang sedap ini.
 Perkongsian daripada Ekin Tumiran   ini akan mudahkan kerja mak-mak. Sebab setiap resepi untuk bayi anda ini mudah sungguh nak sediakan. Tidaklah mak cuma sediakan bubur kosong untuk anak yang dah melepasi usia 6 bulan. 
 Setiap menu yang dikongsikan ini disediakan untuk anak kecilnya, Baby Qaila. Kata Ekin. “Kena pelbagaikan menu. Kalau tak nanti dia jemu pula .”
  
                 Resepi 1 : Butter Cheese Pancake  “Untuk anak yang susah nak makan tu, boleh try menu ini. Sedap sangat. Baby Qaila makan habis. Let’s cekidout resepi ini 
.” 
 Bahan-bahan   Unbleached Flour 6 Sudu Makan (kalau xde blh guna tepung faiza@cap ros)  Unsalted Butter  Cream Cheese Tatura  Sedikit Air     Cara Memasak   Satukan ke semua bahan dalam mangkuk.  Masukkan air dan gaul sebati. Kepekatan tu agak-agak je. Jangan pekat sangat. Jangan cair sangat.  Masak dalam pan macam biasa. Bau dia memang sedap.  Sedia dihidang    “Kalau baby belum tumbuh gigi, boleh suap sikit-sikit .”
  
 
    Resepi 2 : Potato Stick   Bahan-bahan   Kentang sebiji  Tepung unbleached 3 sudu besar  Tepung jagung sesudu  Cream cheese tatura – diparut  EVOO sesudu kecil  Minyak untuk menggoreng     Cara Memasak   Stimkan kentang sampai lembut. Kemudian lenyek.  Masukkan tepung gandum 3 sudu besar, tepung jagung sesudu dan sedikit cheese tatura. Masukkan evoo.  Uli sampai jadi doh. Bentukkan ikut citarasa masing-masing.  Goreng dalam minyak panas. Siap.     
 
    Resepi 3 : Mashed Potato   Bahan-bahan   Kentang sebiji  Puri Kurma (agak-agak je nak banyak)  Cream Cheese Tatura (2 sudu)    Cara Memasak
  Stimkan kentang dan cheese sampai kentang lembut.  Lenyek kentang dan cheese tadi. Bentukkan ikut citarasa masing-masing. Letak kat pinggan.  Kemudian siram puri kurma yang dah ditambah air panas tadi. Siap..sedia untuk dihidang.     
 
    Resepi 4 : PORRIDGE WITH CREAMY CHEESE CAULIFLOWER   Bahan-bahan   Beras 3 Sudu  Cauliflower  Cream Cheese Tatura  Kuning Telur Sebiji  Kurma Sebiji  EVOO     Cara Memasak   Masak bubur macam biasa  Bila bubur dah 90% kembang, masukkan cauliflower dan kurma  Kemudian masukkan telur. Masukkan juga cheese. Gaul sebati.  Matikan api. Masukkan EVOO sesudu.    “Untuk baby yang belum ada gigi dan masih makan yang blend, bolehlah blend ye .”
  
 
    Resepi 5 : Spinach Butter Cheese Pancake   Bahan-bahan   Tepung (Unbleached)  Puri Bayam  Unsalted Butter  Cream Cheese Tatura     Cara Memasak   Satukan semua bahan dalam mangkuk dan bancuh dengan air masak,  Gaul sebati semua bahan. Jangan terlalu pekat sangat. Agak-agak je.  Panaskan pan dan masak macam biasa.  Sedia dihidang.     Cream Cheese, Tepung Unbleched, Unsalted Butter Yang Ekin Guna  Saya guna unsalted butter brand anchor. Semua pasaraya ada jual.    
 Ni cream cheese tatura yang saya guna. Sodium paling rendah. Sesuai untuk baby.    
 Saya guna unbleached flour yang ni. Beli kat aeon ada. Kalau tak ada, boleh guna tepung gandum faiza atau tepung gandum cap ros.   Selamat mencuba!
 Sumber/Foto : Ekin Tumiran