Tahniah diucapkan buat pelakon Luqman Hafidz dan isteri yang bakal menimang cahaya mata pertamanya bulan hadapan. Isterinya kini sedang sarat mengandung.
Terdahulu Luqman telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nurul Atiqah Mad Apandi pada bulan Mac lalu ketika negara dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Perkongsian gembira ini dibuat oleh Luqman, 30, menerusi perkongsian di laman Instagramnya dengan memuatnaik foto terbaharu bersama isteri beberapa hari lalu.
Ads
“Doakan baby keluar dengan selamat Februari ini, insya-ALLAH. Harapnya kita semua masih dapat peluang bercuti dengan famili lepas pengumuman. Amin,” ujarnya.
Berita tersebut menarik perhatian rakan-rakan dan para pengikut di laman Instagrammnya yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan menitipkan doa buat keluarga pelakon filem Ola Bola itu.
Berita yang cukup menggemparkan industri seni pagi ini apabila selebriti Zarina Anjoulie memaklumkan dirinya kini sudah bercerai dengan suami.
Selepas enam bulan mendirikan rumah tangga perkongsian terbaru pelakon ini ternyata mengejutkan ramai.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram itu, Zarina memaklumkan hari ini merupakan hari paling bahagia dalam hidupnya apabila mendakwa dia dan suaminya, Eilyas Azhar sudah berpisah.
Untuk rekod, Zarina bersama suami Eilyas Azhar telah bernikah di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan pada Julai 2020 selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.
“Thank u so much for your support guys but ini adalah yg terbaik Buat anju sekarang , takde apa2 yg buruk jadi pun it’s just what’s best for me ️,” tulisnya menerusi kapsyen di salah sebuah entri Instagramnya.
Menerusi perkongsian yang sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga turut memuat naik sebuah video dan meluahkan rasa tentang keadaan dirinya yang terkini. Walaupun nampak bersahaja namun sesekali Zarina kelihatan sebak sambil menahan air mata dari terus mengalir.
“Saya secara rasmi telah bercerai. Kami tidak sehaluan lagi dan penceraian adalah pilihan sendiri.
“Terima kasih kerana ambil berat,” ungkap Zarina.
Zarina juga mengakui dia ingin menggunakan masanya kini untuk menumpukan soal anak dan keluarga.
“Saya nak fokus pada kerja, keluarga dan anak. Saya nak guna masa ini, terima kasih,” luahnya lagi.
Sebelum bernikah dengan Eilyas Azhar, Zarina pernah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun mahligai perkahwinan mereka berakhir pada Disember 2016.
Selebriti dan usahawan popular, Neelofa menerusi sidang medianya semalam mengakui hubungan dengan Pencetus Ummah Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail semakin pulih.
Akuinya lagi, seperti pasangan lain, hubungannya dengan Riz juga ada melalui tempoh salah faham dan ada dugaan tersendiri.
Mengimbas kembali sebelum ini, hubungan Neelofa dan Riz mula menjadi perhatian pada akhir Disember lalu apabila adik-beradik Neelofa dilihat memuatnaik beberapa ‘quote’ sama mengenai warna sebenar seseorang.
Lebih menimbulkan tanda-tanya apabila mereka tidak lagi mengikuti Instagram pendakwah tersebut termasuk ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohammed.
Malah kisah mereka semakin hangat diperkatakan apabila ada individu mendakwa, Neelofa terkena minyak pengasih dan sudah menikah secara rahsia di Kelantan, selain memindahkan sejumlah wang ke akaun Haris. Bagaimanapun semua dakwaan itu dinafikan Neelofa beberapa hari selepas itu.
Neelofa juga akui semua itu sudah diselesaikan secara baik menerusi perbincangan.
“Sebenarnya macam ini, tipulah saya cakap dalam setiap perhubungan itu tiada turun naiknya. Kami juga lalui benda yang sama.
“Ada masanya ada salah faham, ada perkara yang mengganggu. Tetapi kami berdua berjaya mengatasi cabaran itu, menerusi komunikasi dan bantuan keluarga juga.
“Kami juga banyak berbincang dan alhamdulillah sekarang ini semakin baik dan positif,” ungkapnya.
Neelofa juga menjawab pertanyaan media mengenai perhubungan Riz dengan keluarganya yang sebelum ini dilihat turut berantakan apabila adik-beradik Neelofa tidak lagi mengikuti Riz di media sosial.
“Ketika keadaan tegang baru-baru ini, kami beri masa untuk semua bertenang. Selepas itu saya dan Haris berbincang untuk cari penyelesaian terbaik.
“Kami kemudiannya pergi berjumpa kedua-dua buah keluarga untuk terangkan keadaan sebenar. Perlahan-lahan, semuanya makin baik, makin pulih.
“Kami tak paksa untuk semua orang faham dan terima, alhamdulillah ia membuahkan hasil yang positif.
“Bagi saya apa yang penting dalam situasi seperti ini adalah kami berdua. Alhamdulillah kami ada persefahaman yang baik dan ia membantu untuk memulihkan keadaan,” katanya.
Neelofa juga turut menerangkan tentang tarikh perkahwinan mereka yang khabarnya akan dipercepatkan.
“Buat masa ini, saya pun sukar untuk menjelaskan dengan situasi semasa dan pelaksanaan kawalan pergerakan sebagainya.
“Insya-Allah selepas semuanya pasti nanti, saya akan beri kenyataan dalam masa terdekat,” hurainya.
Pada pertemuan secara maya yang sama, Neelofa telah melancarkan aplikasi TheNoor.
Ia adalah sebuah aplikasi yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat, lokasi-lokasi masjid berdekatan. Selain itu, ia turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa berbeza iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Indonesia.
Salam takziah diucapkan buat personaliti media sosial, pelakon dan juga salah seorang pengacara Sembang Wanita (Mingguan Wanita), Kak Girl di atas kehilangan ibu tercinta.
Menurut perkongsiannya, arwah ibunya, Rohaya binti Haji Bostam telah kembali ke ramahtullah 17 Januari yang lalu.
“Al fatihah buat ibundaku ROHAYA HJ BOSTAM. Mama, Along sayang mama. Along sedih mama dah takde ngan along and adik2. Along nak mama. KENAPA MA?” tulisnya.
Walaupun berasa sangat sedih namun Kak Girl rasa bersyukur kerana Allah permudahkan semua urusan pengkebumian jenazah ibunya.
“Alhamdulillah ma. Allah permudahkan semua urusan dari mandikan mama buat kali terakhir,kafankan mama dan kebumikan mama.
“Mama meninggal dalam keadaan yang sangat tenang. umpama mama tengah tidur.
“Along syukur dapat jaga mama,dapat tengok mama sepanjang Along balik JB dduk dengan mama.
“Mama tak kasi along duduk KL balik sebab mama kata duduk je dengan mama. mama takde kawan. yelah adik2 semua ada kerjaya tetap lain yang memerlukan diorang duduk sendiri. takpelah Along faham. sape lagi kan nak ade ngan mama kalau2 ayah busy ade kerja.
“Along syukur dapat happykan mama. along tengok sebelum mama pergi,mama puas dapat jumpa adik beradik mama,kawan2 mama. mama belanja semua orang makan sempena birthday Along 9/1 hari tu.
“Walaupun kawan mama lagi ramai yang datang,kawan along tak ada, sampai along tanya,”mama, ni birthday sape sebenarnya?” luahnya.
Kak Girl juga berterima kasih kepada arwah ibunya yang merupakan seorang ibu terbaik.
“Terima kasih ma kerana menjadi ibu yang sangat penyayang,ibu yang sering mendengar cerita anak2. ibu yang sentiasa menerima setiap kekurangan anak2 nya. ibu yg pemaaf dan ceria. ibu yang banyak mengajar along adik beradik erti kasih sayang dan kehidupn. love you ma.
“Kawan2 kitaorang semua kawan2 mama. sebab mama memang jenis ramah. sebab tu bila mama dah takde semua kawan2 along and adik2 pun sedih. ada yg ngis,ade yg mendoakan. tak kurang yg bagi kata2 semangat utk kitaorang teruskan hidup tanpa mama. terima kasih para sahabat semua.
“Doakan mama ya. ROHAYA BT HJ BOSTAM (29/12/65 – 17/1/2021)” akhiri Kak Girl.
Baru ini tular video di media sosial seorang wanita yang didakwa sudah tinggal setahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.