
Bapa Pelajar
Kalau ikutkan rasa sedih dengan apa yang berlaku, namun bapa pelajar perempuan yang ditikam sehingga 16 kali di sebuah sekolah menengah di Banting bersedia bertemu dengan keluarga suspek berhubung kes berkenaan.
Namun Mohd. Firuz Ibrahim, 43, berkata, sehingga kini dia masih belum menerima sebarang panggilan daripada keluarga pelajar tersebut.
Tidaklah nak berdendam, malahan kesudiaan menerima permohonan maaf adalah bergantung kepada keadaan semasa.
Baca Artikel: Pelajar Perempuan Kena T*kam Waktu Rehat, Suspek Berusia 15 Tahun dan Pernah Dibuang Sekolah
“Setakat ini saya belum menerima panggilan daripada keluarga suspek.
“Kalau ada keluarga suspek menghubungi dan memohon maaf, itu payah hendak cerita kerana kena tengok keadaan,” katanya lagi.
Menurutnya, keadaan anaknya yang mengalami kecederaan akibat insiden berkenaan amat menyentuh perasaannya sebagai seorang bapa.
“Memang sedih sangat. Kalau luka sikit pun sudah sakit, ini pula luka akibat tikaman begitu. Memang sedih melihat keadaan anak.
“Namun benda sudah berlaku, kita kena terima dengan reda,” katanya.
Sebelum ini tular kisah pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera selepas dipercayai ditikam sebanyak 16 kali menggunakan pisau oleh rakan sekolahnya di kantin sekolah ketika waktu rehat.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk paru-paru dan kini menerima rawatan di hospital.
– Suspek, berusia 15 tahun dan merupakan anak tunggal, telah tidak bersekolah selama kira-kira 8 bulan serta sedang menjalani rawatan.
– Suspek pemegang KAD OKU
– Suspek pernah t3rjun dari tingkat satu sekolah.
– Suspek dipercayai mempunyai masalah keluarga kerana ibu bapanya telah bercerai dan kini tinggal bersama ibu serta neneknya.
– Pada hari kejadian, suspek dipercayai memasuki kawasan sekolah melalui pintu utama sebelum disedari oleh pengawal keselamatan.
– Pengawal keselamatan mengejar suspek sehingga ke kawasan tepi surau, di mana suspek kemudian menik4m seorang pelajar perempuan menggunakan sebilah pis4u.
– Pengawal keselamatan cuba menyelamatkan mangsa dengan membawanya ke arah pintu utama sekolah.
– Selepas kejadian, suspek melarikan diri ke dalam kawasan sekolah dan dipercayai naik ke kawasan bilik darjah sebelum turun semula ke tepi surau.
– Suspek kemudian berjaya ditenangkan oleh seorang guru sebelum pihak polis tiba dan menahannya.
Suspek yang berusia 15 tahun kini direman selama empat hari sehingga Jumaat ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Sumber: Kosmo!